Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Wednesday, 8 May 2013

Sahabatku Safwan

Terdetik untuk menulis lagi di blog ini. Lama sungguh rasanya tak menaip di sini. 

Semalam pergi Ipoh. Dah lama teringin nak ke Ipoh sebab tak pernah pergi. Tapi tak sangka, tujuan pergi kesana bukan untuk bersuka ria. Tapi untuk melawat keluarga rakan sekelas yang meninggal dunia kerana kemalangan di highway menuju ke Shah Alam. Safwan, nama rakan aku tu. 

Kenal Safwan sejak masuk degree. Sekelas. Budak poli masuk UiTM. Aku budak UiTM masuk UiTM berlagak macam UiTM ni aku punya. Safwan adalah budak lelaki pertama dalam kelas aku yang tegur aku. Masa tu kelas Structure, Mdm Oh punya class. Dia tanya aku macam mana nak cari moment. Teringat lagi soalan dia, "Kak, macam mana cari ni?". Aku jawab dan memberi tunjuk ajar pada dia walaupun masa tu aku sebal hari sebab dia panggil aku kakak.

Sepanjang aku kenal Safwan, dia seorang yang sangat baik. Sangat sangat baik. Senyum tak pernah lekang. Kita tanya dia, dia jawab dengan baik. 

Semester akhir ni adalah semester dimana aku banyak berborak dengan dia. Teringat lagi masa talk IDP, aku tak masuk dewan. Aku lepak luar dewan sambil menyalin nota. Safwan dan Mad datang. Safwan duduk bersila depan aku. Dan dia pun menyalin nota dari aku. Masa tu topik hangat PRU 13. 
 
Sempat aku berbicara politik dengan dia. Dia tanya aku akan undi siapa. Aku cakap undi rahsia. Aku tanya dia soalan yang sama. Dia senyum saja. Tapi dari respon dia, aku tahu yang mana akan dipangkah olehnya. Dia bercerita tentang pendapat politik dari sudut pandangannya. Dan setiap sudut pandangannya aku terima dengan baik. Ramai kawan yang berbincang politik dengan aku, tapi tiada yang seperti Safwan. Pandangan dia tidak ada satupun berunsur paksaan ataupun berat sebelah. Tapi pandangannya akan menyebabkan aku merenung dan berfikir panjang. Merungkai setiap butir katanya. Dan akhirnya, aku bersetuju dengan apa yang dia tuturkan. Tanpa paksaan.

Kali terakhir berbicara dengan Safwan masa kelas IDP. Sempat berkongsi pendapat tentang rangcangan We Got Married. Berkongsi pandangan tentang KPop. Dia senyum saja. Dia lepak kat meja group aku. Tapi lepas berbual sekejap, aku blah pergi meja lain. Arghhh, kalau aku tahu itu kali terakhir aku bercerita dengan dia, aku akan curi setiap masa yang ada dan berbual dengannya. Berbual tentang apa saja. 

Masa kelas IDP tu aku ada bawa kek lapis. Dan Safwan adalah orang terakhir yang makan kek lapis tu. Yang aku terkilan, dia paling last dan dia hanya makan baki yang paling last. Kalau aku tahu, aku akan bawa banyak lagi dari itu supaya dia makan kek lapis tu sampai dia kenyang. 

Tak sempat menatap wajah dia buat kali terakhir. Rakan rakan yang lain pun tak sempat. Terkilan rasa. Tapi nak buat macam mana. Hal sebegitu lebih elok jika dipercepatkan. 

Buat keluarga arwah Safwan, terima kasih kerana menerima kunjungan kami. Kami tidak akan lupakan arwah. Dia sahabat, rakan sekelas dan juga penjaga gol yang hebat untuk kelas kami. 

Semoga roh arwah tenang disana dan juga ditempatkan disisi orang orang yang beriman. 

"Hidup itu tidak pasti, tapi mati itu pasti. Dari Tuhan kita datang, kepada Dia juga kita kembali"

Arabella.