Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Saturday, 5 November 2011

Hari Bengang Sedunia

Hi semua!
Diharap semuanya sihat-sihat belaka ye.

Nak kabor kat korang ni. *Hari ni mood kecek Klate deh* Kelmarin adalah Hari Bengang Sedunia untuk saya dan Syikin.

Part 1 
Semalam balik dari Broga, saya dan Syikin pun bercadang nak basuh baju. Before tu nak cakap, basuh guna mesen ye, bukan tangan. Haha. Dengan tulang 4 keringat yang penat giler, (PENAT GILER!) saya dan Syikin seperti nak merangkak naik ke tingkat 4 untuk menunggu giliran mesen basuh. Memang ramai giler wa habaq you. Tiba giliran saya (muka ada senyum), tak ada apa-apa masalah. tapi bila tiba giliran Syikin, tetiba ada seorang pakcik maintenance tu mai and cabut plug mesen tu. &*%$#. (Hati rasa sebal giler). Ada 7 minit lagi untuk mesen tu berhenti, and tetiba pakcik tu dengan selambanya off plug mesen tu. Mak aii! Bengang beb!
*Nasib baik, pakcik tu tahu macam mana nak betulkan balik mesen tu, kalau dop, alamatnya memerah baju la saya dan Syikin semalam*

Part 2 
Kejadian kedua adalah berkenaan dengan TAXI. Saya ulang sekali lagi, TAXI. Bas gerak pukul 7.30 malam, Syikin dah call pakcik taxi yang bernama Pak Cik dotdotdot dari awal-awal lagi and mintak dia jemput kitaorang pukul 6.30. So, kiranya hal taxi dah selesai lah kan. Tapi apa yang membuatkan kita bengang adalah, pakcik tu jemput kitaorang LAMBAT! Janji pukul 6.30, tapi dia mai ambik pukul 7. Sapa tak BENGANG beb! Dah la dia ambil dengan kereta yang tak serupa taxi tu. Kalau nak sejukkan air-cond, kena sambung-sambung wayar pulak dah!!!
Nak tahu alasan dia ambil kitaorang lambat?
(Pakcik pegi BUANG AIR la dik)
Amboih amboih amboih pakcik, time-time ni pulak kau nak pegi BERAK yerr! Tadi tak pulak ko nak berak. Hangin giler!!
Lepas tu, sampai stesen bas kul 7.15 dengan rasa yang sengal giler. Dah la tambang MAHAL! RM5 seorang. Ewah ewah pakcik, sedap je kau angkut 5 orang student dalam kereta buruk kau tu, lepas tu kitaorang HIMPIT HIMPIT MACAM SARDIN, SERVICE PULAK LAMBAT, sedap-sedap kau je mintak bayar 5 ringgit seorang! Kalau taxi yang betul taxi, satu trip tu cuma 10 hengget je pakcik!!!!
*Bengang giler!*
So, bagi student-student UiTM yang lain, please beware dengan taxi mana korang call. Pastikan korang call taxi yang betul.

Part 3 
Dah la naik bas tambahan kan, yeyeoo je letak no seat kat tiket, tapi bila naik, jadi FREE SIT pulak dah. perghh, memang bajet Air Asia betul la. Lepas tu, bengang ni berlanjutan pada akak yang duduk kat belakang saya tu. Perghh, main selamba dia selit tapak kaki dia kat belakang sit saya. Walaoweh, ada free massage untuk bontot nampaknya. kau ingat bontot aku ni ape?

So, ada 3 kebengangan untuk semalam, tapi nasib baik budak lelaki yang duduk kat seberang saya tu HENSEM! Haha.
Ayat yang tak boleh dilupakan : Awak, terima kasih!
(Saya terjumpa tiket dia kat lantai bas)
*Hidung kembang semangkuk, mulut senyum lebar, hati berbunga-bunga*

Akhirnya saya dan Syikin berjaya menempuh perjalanan yang panjang. Duduk dalam bas selama 12 jam tu wei. hebat tak kita orang. Dan akhirnya, SAYA DAH BERJAYA MENJEJAKKAN KAKI KE NEGERI KELANTAN!!!!!!
YEAY!!!

Muka BANGGA giler bila dah sampai Kelantan.

Sampai-sampai je kat Kota Bharu, ma Syikin & kakak Syikin g bawa kitaorang makan Nasi Ayam Kampung. Perghh, TERBAEKKK!

Pengalaman yang saya tak akan lupakan. Ni baru hari pertama, tak sabar nak melalui hari-hari esok dengan SENYUMAN.

Ok, itu saja, Bai
xoxo,
♥arabella♥


No comments:

Post a Comment