Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Saturday, 26 November 2011

Girlfriends Outing

Hello!

Today me and my beloved friend, Syikin had a GREAT GREAT outing together.

We choose Sunway Pyramid as our venue. =)

Tujuan utama adalah untuk release tension kitaorang dengan menonton wayang. This is our favourite activity. Filem pilihan untuk minggu ini adalah, Aku Bukan Tomboy.

Kitaorang memang supporter filem Melayu. Yeah!!
Filem ini memang lawak giler. Korang cuba la try tengok filem ni instead of korang tengok Twilight iteww. Hewhewhew.

Lepas tu kitaorang melantak bagai badak di Hartz Chicken Buffet. Punyala pening nak cari HCB, rupa-rupanya dah berpindah tempat ke sebelah Jusco. Adoi-adoi. Nasib baik tanya kakak jual 1901 sausages itu. Thanks akak! Kalau tak, berbuih la mata mencari HCB kat tempat lama tu. And maybe we end up our lunch with McD?

Lepas makan, kitaorang masuk Jusco and beli dot dot dot. Haha. Item dirahsiakan atas kehendak sesetengah pihak.

Biasa lah kan, Year End Sale dah bermula, so apa lagi, grab as many as you can! Kat Sunway memang sale yang giler kentang punya sale! 

Tadi masuk Padini Concept Store, and try some of those Vincci flats shoes (ini memang favourite!), dan bila dah berkenan and nak pergi bayar, queue pulak bapak giler panjang!

Tapi oleh kerana hati dah terpikat pada kasut itu, rela juga la berbaris selama setengah jam. 50% sapa tak nak?

Dapat la kasut dengan harga 22 ringgit.

Lepas itu kami jalan-jalan dan meng-grab barang yang di idamkan hati memasing. Antara benda yang saya grab untuk hari ini adalah:

Two headbands, 2 @ RM10

This is the very important item!
My own Christmas Tree!!!!! Yeay!!!!

Kaki memang penat. Otak tak penat. Perut lapar and I makan my favourite Sister's Crispy popia.
Not so crispy sebab dah sejuk. Huhu.

So, saya nak chow dulu!

xoxo,
♥arabella♥






Thanks For Giving Me A Big Damn Christmas.

Totally not in the good mood.
Thanks.

Damn! I got common test which fall on 24th December. And the most damn part are, it is my daddy's birthday, Christmas Eve and the day after is Christmas Day. Damn thank you for giving me such a great great Christmas present ever! No Christmas for this year, no Christmas dinner, and no holiday. Should I say it is more than a damn? I've been waiting for a year to celebrate this Christmas Day, and this is the end of my waiting? No Christmas for this year, plus no Gawai and Christmas for next year too. Oh by the way, UiTM memang sentiasa "dihatiku".

So, tomorrow I will be going to buy myself a cute Christmas tree and buying a new Santa's hat. I really miss my Santa's hats but I left three of them at my home. Damn!

p/s : tak ada chance nak skodeng ucak-ucak rumah panjai di kampung.


I copy paste from my Facebook. I don't have the intention to retype the status.

I gonna be CRAZY soon!!!!

♥arabella♥


Friday, 25 November 2011

Damn

Today, tomorrow and the days after are:

DAMN busy

DAMN sick

DAMN bored

DAMN shit

DAMN DAMN DAMN

ok, that's all.
Bai!
♥arabella♥

p/s: will update this blog after these DAMNS go away!

Saturday, 19 November 2011

Malam Ekspresi Santai Budaya II "Tribute To P.Ramlee"

Bila ditinggalkan oleh kawan kawan yang kita suka, hidup memang agak sesak sedikit. Pergi mana-mana sensorang je. Sedih la juga. Tapi kalau di Miri, saya tak kisah kalau shopping sensorang. Tapi bila spend weekend sensorang di UiTM dan hanya ditemani Little Hadi yang nakal itu, memang rasa agak pelik.

Tapi finally, my Saturday tak berakhir dengan kebosanan sebab malam ini ada Malam Ekspresi Santai Budaya II "Tribute To P.Ramlee" anjuran Faculty of Administrative Science and Policy Studies. 

Ni kali kedua saya tengok performance dorang. 
Students dari FSPPP memang berbakat semuanya. 
Tak rugi kalau mai dan tengok dorang menyanyi, menari dan bersajak.
THUMBS UP!

I love when one of the singer sings the song Tunggu Sekejap by P.Ramlee. 
Memang sangat SUPERB!
Her voice memang sangat SUPERB!
Boleh masuk AF.

Antara lagu-lagu yang dorang nyanyi:
Menceceh (I hope the spelling is correct)
Tunggu Sekejap
Gelora Jiwa
Malam Pesta Muda Mudi
Bunyi Gitar
Bila Larut Malam
Tanya Sama Hati
Dalam Air Ku Terbayang Wajah
Aci Aci Buka Pintu
Dimana Kan Ku Cari Ganti
Getaran Jiwa

Seriously I said, bila dorang nyanyi lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti, 
I memang nak menangis.
Lebih-lebih lagi bila ada montaj yang berkaitan dengan kisah hidupnya.


"P. Ramlee, anda adalah sebutir bintang yang tiada galang gantinya"

♥arabella♥

Friday, 18 November 2011

Having Fun At USJ Murni With Girlfriends

Tadi tetiba time kelas MATLAB yang boring iteww my classmates ajak dinner kat USJ Murni Restaurant.

So, bagi seekor badak air  yang tak kurang comelnya ^hewhewhew^, pelawaan itu TAK KAN KU TOLAK WALAU APA JUA HALANGAN SEKALIPUN.

So, me and my kawan kawan yang kita suka iaitu Syikin #sorry, nama budak kecik ini lagi!#, Aini #nama dia ni juga#, Sha, Ayu dan seorang lagi Sha pun mengada-ngada pergi dinner jauh-jauh. From Shah Alam to Subang Jaya. 
#kelass kau Maria!#

Sekarang ni nak cerita pasal food pulak. I odered NASI GORENG AYAM MARYLAND. (I hope betul la nama tu). Dan untuk drink pula I odered Pink Panther.

Pink Panther (as stated above)
I think it was a combination of watermelon + strawberry. Plus ada topping nata de coco + lychee + watermelon slice
Slurpee!

Nasi Goreng Ayam Maryland
Licin beb!

Ini Nasi Goreng Lamb Chop santapan Cik Aini kiteww.

Ini Nasi Goreng Chicken Chop pilihan Syikin

p/s :Me, Sha, Ayu & Sha ordered the same menu

The beverages. Memang superb!

Syikin, Aini & Sha

Me #the cute one#, Ayu, & Sha

Ok, keperasanan diri telah mencapai tahap maksima.
Chow dulu!

p/s: I try cari belog restaurant ini tapi tak jumpa. Apa-apa hal, korang tanya la encik Google ok? Dia bertugas 24/7. Hewhewhew.

Nak tambah info, #sorry la, cik kepoh ni banyak idea lagi nak tulis#, SERVICE kat sini memang MEMUASKAN. Makanan cepat sampai. So, bagi yang kebuloq iteww, boleh la try melantak sepuas-puasnya kat sini.

Layan bola : Owh, teruja bila menonton Malaysia vs Indonesia tadi. Malaysia 1 - Indonesia teloq ayam.
^Owh Khairul Fahmi Che Mat^
 sumber inspirasi untuk malam ini
I type nama Khairul Fahmi Che Mat, tapi keluar gambar dot dot dot.
Phewww...

♥arabella♥




Thursday, 17 November 2011

Ternganga

Pernah tak korang ternganga seluas luas alam? #cehh..hiperbola#

Siapa pernah, angkat kaki anda!

Antara sebab-sebab saya TERNGANGA adalah:

1) Bila melihat MAKANAN FAVOURITE SAYA.
^Butter Prawn^

Ni memang fav saya dari saya mengenali makanan lagi. The first Butter Prawn yang saya makan adalah Butter Prawn (Udang Galah). Menang sedap hingga menjilat sudu.
Kedainya adalah Seng Kee Restaurant.
p/s: Kedai TAK HALAL. Owner dia Chinese.

2) Bila tengok BENDA-BENDA COLOURFULL

Saya ni memang alah dengan benda-benda yang kaler-kaler giteww. Serious saya cakap, I do not have any fav colour because I LOVE EVERY COLOUR.
Tak kisah la kaler hijau taik lembu ke, ape ke, saya minat gak.
Bagi saya, apa-apa saja jenis colour, mereka mempunyai keunikan tersendiri.

3) Bila tengok HEELS & OUTFIT YANG SUPERB!

Perempuan memang tak bolek dipisahkan dari heels & outfit. Begitu juga saya.
Even dah beli kasut @ heels @ flat sandals yang banyak, tapi nak juga beli yang baru. Nak juga beli yang terbaru di pasaran. Dan kedai kasut yang saya akan serang adalah VINCCI. Kasut dari VINCCI bukan sahaja selesa, cantik, dan menarik malah ianya sangat berpatutan.
#Mari menyokong BARANG BUATAN MALAYSIA#
^pesanan penaja^
p/s : setakat ini saya telah mengumpul lebih kurang *** pasang kasut/heels/sandal/selipar jepun.

 I sengaja gedik pilih kaler Purple. Hewhewhew.

4) ADI PUTRA


Yang ini kita tak payah cerita panjang la ek? Hewhewhew.

Ok, saya nak cabut lari dengan kelajuan 3 meter per jam.
xoxo,
<3 arabella <3

UiTM Idol


Baru balik dari menonton secara LIVE program UiTM Idol yang JULUNG-JULUNG kalinya diadakan di UiTM Shah Alam, khususnya di Kolej Mawar.
#perghh, intro..macam rancangan AIM18 pulak#

Semalam tengok Mawar Idol, hari ni UiTM Idol pulak. Ini semua kupon aktiviti punya pasal.
*nasib baik ada NORANIZA IDRIS tadi. Syok la sikit kan*

Untuk pertandingan malam ni ada 9 orang peserta kesemuanya. 3 peserta mewakili Kolej Mawar. ^yeay!^ #angkat genggaman tangan kanan ke atas#

Taknak cakap banyak, sebab dah sengal dan sebal dengan keletah emcee lelaki yang kononnya havoc gila itu. #kenkadang menyamps gak tengok gelagat dia. Tapi kenkadang best pulak#

Juara UiTM Idol pada malam ini adalah Joshua #nama penuh dia aku tak tahu#. Tapi yang penting dia orang SABAH BAH. Dia bawa lagu You Raise Me up. Memang umphh la suara dia.
The winner. Mr Joshua. Cute la juga.

First Runner Up is Miss Mazwin #sorry kalau spelling salah#
Dia ni favourite I tau!
Ini Mazwin. Orang Sabah juga!
Malam tadi dia nyanyi lagu Mengapa.
#teringat ngan Farah Breep breep#

And the Second Runner Up is Marcell
#sorry, I memang failed kalau bab eja-eja nama orang. Ye la, sekarang ni kan ejaan lain, sebut lain. Macam Ali, sekarang ni maybe dah moden sikit, terus di eja Alee. Miahahaha!#
Dia nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa dari Afgan

Inilah jejaka itu. Dan untuk pengetahuan korang, dia juga ORANG SABAH!!

Konklusinya, ORANG SABAH MEMANG MENANG BESAR MALAM INI.
Boleh bah kalau KAU!!

Malam ni ada artis jemputan. 
Noraniza Idris.
Dia memang ramah dan baik gila!
And plus, dia sangat gorgeous!


#speechless!!#
memang GORGEOUS!

And last sekali, haruslah ada gambar I!
Hahaha!
adakah I bakal jadi UiTM Idol nest sem?? Hahaha!
Omaigod! saya sangat SELEKEH!!
#cabut lari sambil menekup muka!#

Ok Bai!
♥arabella♥






Wednesday, 16 November 2011

Fake Braces

Tadi tengah scroll my facebook home, tetiba ternampak satu post dari group yang I've joined. Dan post itu berkaitan dengan FAKE BRACES.

Apa kebenda FAKE BRACES ni? Before ni pernah dengar pasal braces je. Lebih-lebih lagi bila one of my friend, Wani yang sekarang ni tengah hot pakai braces.
#macam comel je#

Lepas tu kan, hati pun dup dap dup dap nak cari pasal FAKE BRACES ni, so jari jemari yang tak seberapa runcing ni pun gatal sungguh nak type pasal FAKE BRACES ni kat encik Google.

Dan akhirnya, THANKS MR GOOGLE! You solved my problem! HAHA. Akhirnya saya terjumpa satu blog yang diberi nama BraceFace.

Here's the link : Gigi Besi!!

Dalam blog ni, dorang ada jual FAKE BRACES yang macam saya katakan tadi. Apa yang unique pasal FAKE BRACES ni, dia ada macam-macam motive. Ada Hello Kitty, Motive -O, Mickey Mouse dan macam-macam lagi. Plus, mereka ada sediakan bermacam-macam colours. Memang menarik tertarik da bomb.

Tapi! Tapi, tapi tapi, #jari telunjuk bergerak ke kiri dan ke kanan# FAKE BRACES ini hanya untuk korang korang korang yang mempunyai susunan gigi yang normal. Means that, yang gigi tersusun lah katakan. Bukan rongak dan bukan yang tumbuh sana sini. Because, FAKE BRACES ini sekadar accessories sahaja. Macam korang pakai anting-anting and cermin mata tanpa cermin itu. Hewhewhew. So, FAKE BRACES ini tidak akan mengganggu STRUKTUR GIGI ANDA. Bagi yang gigi tumbuh merata itu, sila dapatkan braces yang betul betul punya dari doctor ye. Tapi korang boleh tempah motive braces dari pembekal ini and korang boleh mintak doctor itu pasangkan untuk anda.

Bila dah berminat dengan FAKE BRACES ni, mesti la nak tahu harganya kan? Hewhewhew. BraceFace menawarkan harga yang berpatutan untuk korang yang berminat. Sekarang ni dorang ada buat harga pengenalan untuk sesiapa yang berminat, harganya cuma RM 120 sepasang (gigi atas & bawah) dan kalau yang nak gigi atas or bawah aje, harganya RM90. So, better beli yang sepasang kan?

So, lepas ni saya macam bercadang nak pakai FAKE BRACES ini sebab macam cute+lawa la pulak bila pakai braces. Lebih-lebih lagi yang ada colour-colour itu. Kan kan kan?

Dan yang penting, bila teringat braces, teringat kat Redza Minhat yang cute+hensem tertarik da bomb itu. Hewhewhew.

Lalalala

So, kalau kroang berminat, sila la layari@visit blog BraceFace sekarang juga.
Credit to BraceFace.

p/s: nanti ada la entry mengenai "My Fake Braces". hewhewhew.

Ok, bai!
xoxo,
♥arabella♥

Tuesday, 15 November 2011

Air Dimana Kau Air?

Hi kamu!

Semalam hari Isnin, my class starts at 10.30 am. So, bagi seorang yang sangat CINTA PADA TIDUR, masa untuk bangun adalah 9.30 am.

Bila saya berjalan menuju ke tandas terdekat, saya lihat tandas tu sunyi je. Tak ada orang langsung. Perghh, ni yang BEST ni. Tak payah rebut-rebut nak mandi.

So, I terus la masuk kat dalam bilik shower. Bila I pulas tombol shower tu, OH MY GOD! AIR TAK ADE! Macam mana nak mandi ni?
#hati risau dan melompat-lompat ala-ala Mr. Bean#



Saya turun naik tingkat 4 and 2 (bilik saya di tingkat 3), saya pusing satu blok untuk mencari setitik air, TAPI SAYA TAK BERJUMPA TANDAS YANG ADA AIR.



Jadi, apa yang saya perlu buat?

Nasib baik pengalaman banjir di Arau semasa final semester dulu-dulu telah banyak mengajar saya macam mana nak survive untuk mandi dengan menggunakan kuantiti air yang sedikit.

Saya mandi dengan AIR MASAK. I repeat, AIR MASAK. Perghh, kau ada? Kau pernah?
#nasib baik hari sebelum tu saya terfikir untuk masak air, kalau tak, NASIB LAAAA#

Akhirnya dapat juga attend kelas dengan muka yang separa gembira. Balik dari kelas, terus bergegas-gegas balik kolej dan finally, dah ada air. So, apa lagi, MANDI LA! Haha.

Happy!!

p/s: teringat masa di Matriks Labuan dulu. Bekalan air tak ada sampai sebulan. Mak aii. Memang naya betul la. Kena mandi air tangki. Tu pun kena jimat-jimat. Hampehhhh...

xoxo,
♥arabella♥

Monday, 14 November 2011

Hatiku Milik Azalea (Part 7)

Azalea dan Arman berangkat pulang ke Malaysia pada tengah hari keesokkan harinya. Segala hak milik Hafizi dibawa Azalea pulang. Hanya itu kenangan terakhirnya bersama Hafizi. Sisa-sisa kenangan yang ada itulah yang akan menjadi sebahagian dari hidupnya sekarang. Azalea dan Arman dihantar oleh Fezra.

Setibanya di lapangan terbang, Arman terus menuju ke kaunter check-in. Azalea dan Fezra menunggu di ruang menunggu. Fezra mengalihkan pandangannya pada Azalea. Mata Azalea sembab kerana tidak berhenti menangis dari semalam lagi. 

"Azalea.", Ujar Fezra sambil meraih tangan Azalea.

"Kakak sekeluarga mintak maaf dengan apa yang berlaku. Kakak pun sedih dengan pemergian Hafizi. Azalea bersabar ya?.", Pujuk Fezra.

Azalea memandang Fezra. Air matanya jatuh lagi.

"Rela atau tidak, saya harus menerima kenyataan ini. Biarpun saya masih mendambakan kehadiran Hafizi, tetapi dia tidak akan kembali jua.", Sahut Azalea. Tangannya mengesat air matanya yang berjuraian di pipinya.

"Kakak tahu, tak semudah itu Azalea melupakan Hafizi. tapi percayalah, ada hikmah di sebalik semua ini." , Pujuk Fezra lagi.

"Hikmah? Apa hikmahnya? Apa yang tertinggal? Kakak tak rasa apa yang saya rasa. ", Tukas Azalea.

"Kakak tak rasa betapa hancurnya hati saya. Hidup saya, kak. Hidup saya gelap gelita. Akak tak nampak semua itu. Akak tak nampak kerana akak tak rasa kehilangan. Kehilangan ini hanya saya yang rasa!. ", Azalea mula membentak. Hatinya sayu.

"Akak rasa Azalea. Akak rasa apa yang Azalea rasa.", Jawab Fezra. Tangannya menggenggam erat jari jemari Azaela.

"Akak tak rasa. Akak tak rasa kerana akak masih ada adik akak. Adik akak masih hidup kan? ", Pintas Azalea. Dia melemparkan senyuman sinis pada Fezra. 

Fezra terkejut. Tapi dia cuba menyembunyikan rasa terkejutnya.

"Apa maksud Azalea?", tanya Fezra.

"Akak tahu apa maksud saya.", Jawab Azalea. Dia tidak lagi memandang Fezra. Pandangannya dilemparkan ke luar bangunan.

"Azalea, kakak mintak maaf atas semuanya. Kejadian ini bukan salah siapa-siapa. Memang betul, Adrian yang memandu kereta pada malam itu. tapi tidak wajar jika Azalea menyalahkan Adrian. Tambah lagi, hari hujan lebat pada malam itu. Apa-apa boleh jadi Azalea. Ini semua takdir Tuhan.", Ujar Fezra panjang lebar.

"Adrian juga parah,Azalea. Kami juga mengunggu tindak balas darinya. Kakak harap Azalea paham keadaan kami.", Tambah Fezra lagi. Dia tidak mahu sekiranya Azalea terus menyalahkan Adrian. Adrian juga menanggung kesakitan yang sama. Dan Adrian juga mungkin mengikut jejak Hafizi.

Azalea merenung wajah Fezra. Pandangannya kosong. Hatinya juga kosong.

"Saya tak akan pernah memaafkan siapa yang menyebabkan kematian Hafizi. Saya minta diri dulu. ", Jawab Azalea dan terus bangkit menuju ke arah Arman. Dia meninggalkan Fezra yang terpinga-pinga di ruangan menunggu.

"Azalea! Tunggu! ", Jerit Fezra. Dia cuba menahan langkah Azalea. Dia mencapai bahu Azalea. Azalea menoleh ke belakang.

"Azalea ambil la sebanyak mana masa yang Azalea perlukan. Tapi kakak harap, Azalea maafkan Adrian walau apa pun yang berlaku.", Kata Fezra pada Azalea.

'Azalea, Adrian tak bersalah Azalea. Semua ini takdir. Dan satu hal yang kau perlu tahu, jantung Hafizi adalah milik Adrian. Sekarang, dan selamanya. Maafkan kakak, Azalea.' Jerit Fezra dalam hati. Biar pahit kenyataan itu, harus ditelannya. Semua ini kehendak Hafizi. Amanat terakhir Hafizi. Mata Fezra menyoroti langkah Azalea dan Arman. Arman tersenyum sambil mengangkat tangannya ke arah Fezra. Fezra membalas lambaian Arman. Azalea pula tidak sedikit pun memandang ke belakang.

*  *   *  *
Pesawat Air Asia Boeing 737 AK1305 terbang laju meluncur di atas langit biru. Mata Azalea tertancap pada kepul-kepul awan putih di luar tingkap. Fikirannya kosong. Handphone Hafizi masih lagi berada didalam genggaman tangannya. 

'Suatu hari nanti,Fizi nak bawa Lea bulan madu di Indonesia'. Kata-kata Hafizi beberapa hari lalu terngiang-ngiang di dalam ingatan Azalea.

Azalea menutup kelopak matanya. Bayang Hafizi menjelma lagi. Senyuman Hafizi menerawang dalam kotak ingatannya. Senyuman yang mendamaikan hati wanitanya.

'Fizi, jauh Fizi pergi. Lea rindu.'. Detik hati Azalea. Dia teringat kali pertama Hafizi meluahkan perasaan kepadanya. Dia telah mematahkan VCD pemberian Hafizi. Dan dia masih lagi teringat bila buat pertama kalinya Hafizi datang bertandang ke rumahnya dan berjumpa dengan ayah dan ibunya. Hafizi Rashid. Lelaki yang terlalu istimewa dalam hidupnya.

Tiba-tiba Azalea merasakan bahunya disentuh. Azalea menoleh ke kanan. Dilihatnya Arman senyum padanya.

"Lea, tabahkan hati Lea. Lea perlu kuat.", Entah kali keberapa Arman cuba memujuk Azalea dan memberi semangat pada adiknya itu. Azalea tidak membalas dengan kata-kata. Hanya air mata berjuraian di pipinya. Pandangannya di alihkan semula ke luar tingkap.

"Lea nak makan apa-apa tak? Dari semalam lagi Lea tidak makan apa-apa. Kalau Lea nak makan, abang boleh panggilkan stewardess. ", Tanya Arman.

Azalea hanya menggelengkan kepalanya. Mulutnya seperti dikunci. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. 

"Tu handphone siapa pula Lea?", Arman tetap mahu berbicara dengan Azalea.

"Hafizi. Hafizi Rashid.", Perlahan-lahan Azalea menyahut soalan abangnya.

"Mana Lea dapat?", Tanya Arman lagi. Setahunya semalam hanya beg pakaian Hafizi sahaja yang diserahkan oleh Tuan Firdaus dan Puan Melissa kepada mereka.

"Kak Fezra yang bagi.", Jawab Azalea. Kemudian suasanya menjadi sepi. Arman tidak lagi  bertanya itu dan ini pada Azalea dan hanya membiarkan Azalea melayan perasaannya.

*  *   *   *
Puan Aida menekan butang di handphonenya berkali-kali. Nombor telefon Azalea didailnya sudah berpuluh-puluh kali tapi tidak berjawab. Semuanya disambut oleh peti pesanan suara. Puan Aida berjalan mundar mandir di dalam kedai. Duduk tak senang, berdiri pun tak senang. Hatinya tak tenang. Mustahil Azalea terlupa untuk menelefonnya. Dia sendiri sudah berkali-kali berpesan kepada Azalea agar terus menghubunginya  apabila sudah mendapat tahu keadaan Hafizi di Banda Aceh. Tapi sampai sekarang Azalea langsung tidak menghubunginya. Arman pun sama.

Tok tok tok! Bunyi pintu diketuk. Seraut wajah Maria muncul di balik daun pintu. Di tangannya ada secawan kopi.Maria tersenyum. Puan Aida memalingkan mukanya pada Maria.

"Ada apa Mar? Masuklah.", Tanya Puan Aida.Maria masuk kedalam ruangan peribadi Puan Aida setelah di jemput masuk. Maria duduk di sofa. Puan Aida masih berdiri dan berjalan mundar mandir di hadapan Maria.

"Mar tengok puan dari tadi asyik mengurungkan diri dalam bilik ni. Ni Mar buatkan kopi favourite puan.", Jawab Maria. Dia menyuakan cawan kopi yang dibawanya tadi pada Puan Aida.

Puan Aida menyambut cawan kopi dari tangan Maria. Diteguknya sedikit dan cawan itu diletakkannya di atas meja. Puan Aida duduk di atas sofa yang bertentangan dengan Maria. Maria masih lagi memandang wajah Puan Aida dengan tanda tanya. Puan Aida mengeluh panjang.

"Saya risau dengan Azalea, Mar. Dari semalam tak call call saya. Risau saya dibuatnya.", Puan Aida meluahkan rasa hatinya.

"Jangan la risau puan. Mungkin line kat sana tak elok sangat kot. Nanti-nanti ada la Lea call.", Sahut Maria.

"Apa pulak yang tak eloknya. Saya dah buat roaming dah. Tak kan la tak boleh nak call kot. Hari tu saya tengok Lea senang aje nak call Hafizi. Arman ni pun satu, kalau adiknya tak call, abangnya pulak la yang kena call. Dua beradik ni sama aje. Dua-dua bikin risau.", Keluh Puan Aida. Dia mengeluh lagi.

"Saya pun tak tahu apa lagi nak cakap dengan puan. Kita tunggu aje la ye. Ni dah nak pukul 4 ni. Nak buka lagi ke sampai 5.30?", Tanya Maria pada Puan Aida. Keningnya diangkat ala-ala Ziana Zain.

"Awak tutup je la kedai ni Mar. Saya rasa tak ada orang nak beli bunga petang-petang ni. Saya pun tak ada mood hari ni. Awak kemas barang-barang kat luar tu, lepas selesai, awak hantar saya balik.", Jawab Puan Aida. Dia memicit tengkuknya.

"Boleh aje puan. Saya memang suka balik awal ni.", Seloroh Maria. Dia segera bangkit dari tempat duduknya dan keluar dari bilik Puan Aida.

*   *   *   *   *
Puan Aida dan Maria sama-sama menyepikan diri di dalam kereta. Kedua-duanya seperti sedang melayan perasaan masing-masing. 

"Mar, kalau saya tanya awak sikit boleh tak?", Celah Puan Aida. Maria yang memandu di sebelahnya hanya mengangguk.

"Tapi awak jangan la fikir yang bukan-bukan pulak ye.", Tambah Puan Aida lagi. Maria tersenyum.

"Puan tak tanya lagi. Macam mana saya nak marah? Apa soalannya?", Jawab Maria.

"Awak sukakan Arman?", Soal Puan Aida.

Maria tersentak. Dia segera memalingkan wajahnya pada Puan Aida. Puan Aida juga sedang memandangnya.

"Puan ni, ada ada aje la benda nak tanya. Macam mamarazi pulak dah ", Sahut Maria. Dia cuba menyembunyikan rasa terkejutnya. Namun dia masih ketawa kecil.

"Saya tanya sungguh ni. Bukan main-main.", Ujar Puan Aida. Kepalanya dianggukkan. Maria masih lagi ketawa kecil. Pertanyaan Puan Aida dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Sebenarnya ingin sahaja Maria memberitahu tentang perasaannya kepada Puan Aida. Biar Puan Aida tahu apa yang telah dipendamkannya selama ini.  Tapi semuanya tak semudah itu. Dia takut jika dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Walaupun sekarang ini Arman sudahpun bercerai dengan isterinya, belum tentu lagi Arman suka padanya. 'Arghh, biarlah aku simpan saja rasa ini. Aku banyak berhutang budi pada Puan Aida dan Arman.' Kata hati Maria. Puan Aida dan Maria terus membisu sehingga mereka sampai di hadapan pagar rumah Puan Aida.

"Mar, macam biasa lah. Awak drive kereta ni. Besok pagi awak ambil saya.", Kata Puan Aida sebaik sahaja mereka sampai dihadapan rumah.

"Ye la puan. Esok saya jemput puan macam biasa ye.", Sahut Maria sambil menganggukkan kepalanya tanda paham.

"Ada apa lagi puan?", tanya Maria pada Puan Aida apabila Puan Aida tidak berganjak dari tempat duduknya.

"Mar, kalau Mar sukakan Arman, saya senang hati. Saya yakin, suatu hari nanti, Arman akan sukakan Mar. ",  Ujar Puan Aida dan terus keluar dari perut kereta. Maria terkedu.

*   *   *   *   *

Puan Aida menyelak langsir di ruang tamu. Dilihatnya keluar jendela. Ada sebuah kereta merah berhenti di depan pagar rumahnya. Puan Aida membuka daun pintu. Keluhatan kelibat Arman dan Azalea di luar pagar. Puan Aida segera keluar dari rumah.

"Arman! Lea! ", Jerit Puan Aida sebaik sahaja Arman dan Azalea melangkah masuk ke perkarangan rumah.

"Lea, Man kenapa tak call ibu dulu? Kenapa balik naik teksi? Mana Hafizi?", Tanya Puan Aida bertalu-talu.

"Kita masuk dulu bu.", Sahut Arman. Azalea hanya mendiamkan diri dan masuk ke dalam rumah.

"Lea, kenapa ni? Kenapa mata bengkak macam ni?", Tanya Puan Aida pada Azalea. Dia merenung wajah Azalea yang kelihatan bengkak di bahagian mata.

Azalea melabuhkan dirinya di atas sofa. Puan Aida duduk di sebelah Azalea. Puan Aida merenung bagasi yang diheret oleh Azalea sebentar tadi.

"Ni beg siapa pula Lea?", Tanya Puan Aida.

Azalea menoleh kearah ibunya. Azalea memeluk Puan Aida dan terus menangis.

"Ibu! Hafizi...Fizi dah tak ada bu!", Azalea meraung di dalam pelukkan Puan Aida.

"Apa!? Arman, betul ke apa yang Lea cakap ni?", Puan Aida menyoal Arman untuk kepastian.

Arman hanya mampu menganggukkan kepalanya.

"Ya Allah, Hafizi!", Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Puan Aida. Dia memeluk Azalea dengan kuat. Tangis Azalea semakin menjadi-jadi.

"Sabar Lea, sabar nak." Puan Aida memujuk anak perempuannya itu.

*   *   *   *
Malam itu hanya Puan Aida dan Arman sahaja yang menjamu selera. Azalea sedari tadi mengurungkan dirinya di dalam bilik tidur.

"Arman, kamu bermalam lah di sini dulu. Ibu risaukan keadaan Lea.", Pinta Puan Aida sambil mengemas meja makan. Arman yang baru bangkit dari kerusi hanya mengangguk.

"Ibu nak hantar makanan ni pada Lea. Kamu duduk la kat sini dulu.", Ujar Puan Aida.

"Ye lah bu.", Jawab Arman.

Puan Aida mengetuk pintu bilik Azalea. Dia membawa dulang yang berisi dengan makanan.

"Lea, ibu ni. Ibu masuk ya?", Pinta Puan Aida. Dia mendekatkan telinganya ke daun pintu. Tiada jawapan dari Azalea. Puan Aida memulas tombol pintu bilik Azalea dan melangkah masuk ke dalam bilik Azalea.

"Lea, ni ibu bawa makan malam untuk Lea. Dari tadi Lea tak makan apa-apa. Ibu suapkan. Lea makan ya?", Ujar Puan Aida.  Azalea menggelengkan kepalanya.

"Lea tak lapar bu." , Sahut Azalea.

"Ala Lea. Makan la. Sikit pun tak apa. Ibu masak ayam masak merah favourite Lea ni.", Pujuk Puan Aida lagi.

Azalea merenung makanan yang dibawa oleh ibunya. Matanya tertumpu pada masakan ayam masak merah yang di dalam pinggan putih itu.

"Fizi pun suka ayam masak merah macam ni bu. Tapi sekarang dia dah tak boleh makan masakan ni lagi.", Azalea mengingat kembali lauk kegemaran Hafizi. Azalea menangis lagi.

"Sudah lah Lea. Lea harus relakan pemergian Fizi. Lea kena redha. Biarlah Fizi tenang di sana. ", Puan Aida tidak putus asa untuk memujuk Azalea. Dia tahu perasaan Azalea. Dia pun pernah merasa kehilangan orang yang tersayang satu masa dahulu. Dia tidak mahu Azalea lemah. Azalea harus bangkit dari kesedihan ini.

"Lea rindukan dia bu. Lea sayangkan Fizi. Lea tak sangka dia akan tinggalkan Lea secepat ini.", Ujar Azalea.

"Lea, semua ini takdir Tuhan. Ada hikmah di sebalik semua ini. Lea kena tabah.", Kata Puan Aida.

"Tak ibu. Ini semua salah Adrian. Dia yang menyebabkan Hafizi mati. Ini semua salah dia!", Jerit Azalea.

"Lea, tak baik Lea menyalahkan orang lain. Kemalangan itu bukan salah siapa-siapa. Mungkin jalan licin waktu itu. Tambah-tambah pula hujan lebat. Lea, jangan salahkan sesiapa Lea. Jangan simpan dendam dalam hati Lea.", Tambah Puan Aida lagi.

"Mana ibu tahu tentang kemalangan tu?", Soal Azalea.

"Tadi masa makan ibu tanya pada abang kamu. Arman cakap, budak Adrian tu pun sekarang masih tak sedarkan diri lagi. Lea ada lawat dia?", Tanya Puan Aida pada Azalea. Tadi sewaktu makan malam dia berbual panjang dengan Arman tentang kemalangan yang menimpa Hafizi dan bosnya itu.

"Buat apa Lea nak lawat orang yang menyebabkan kematian Fizi? Tak ada gunanya bu. Lea benci!", Tegas Azalea.

Puan Aida mengeluh kecil. "Lea, kematian Fizi bukan disebabkan oleh budak tu. Ibu tak mahu Lea berdendam. Nanti dendam Lea akan makan diri Lea sendiri. Seharusnya Lea patut doakan keselamatan bos Fizi tu. Bukan membenci dia. Ini bukan caranya untuk melepaskan marah Lea. Dendam bukan penyelesaiannya.", Tutur Puan Aida panjang lebar. Dia memaut tangan Azalea.

"Lea, walau pahit bagaimanapun, ibu tak mahu Lea berdendam dengan bos Fizi. Ini bukan salah dia. Dia sendiri pun sedang bertarung nyawa. Lea sabarkan hati, ya?", Puan Aida menggenggam erat jari Azalea.

"Ibu bantu Lea. Lea tak kuat nak menghadapi semua ni. Lea tak kuat. Setiap kali Lea buka mata, Lea hanya ingatkan Fizi. Bayang-bayang Fizi sentiasa ada di hadapan Lea.", Pinta Azalea. Dia menangis buat kesekian kalinya.

"Manusia mana yang kuat, Lea. Dekatkan diri pada Tuhan. Dia pasti membantu kita.", Ucap Puan Aida. Dia memeluk Azalea.

*   *   *   *
Fezra melabuhkan dirinya di atas kerusi di sebelah katil Adrian. Ruang bilik itu sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi mesin-mesin yang disambungkan ke badan Adrian dan juga nafas Adrian yang mendesah lemah. Fezra mencapai jari jemari Adrian. Sejuk dan kaku. Seperti hari-hari sebelumnya. 

"Addy, bangunlah dik. Jangan tidur terlalu lama. Bangun lah. Papa dan mama rindukan Addy. Kakak dan Sarah pun rindukan Addy.", Rintih Fezra. Air matanya menitis lagi.

Fezra memandang wajah kaku Adrian. Tiba-tiba dia melihat ada air mata mengalir di tubir mata Adrian. Fezra lekas mendekatkan mulutnya ke telinga Adrian.

"Addy, kakak tahu Addy dengar apa yang kakak cakapkan. Addy bangun lah sayang. Bangun dik. Bangun Addy.", Kata Fezra. Dia tahu Adrian mendengar apa yang diucapkannya. Walaupun Adrian koma, tetapi itu tidak bermakna Adrian tidak mendengar apa yang berada di sekelilingnya.

Fezra merasa tangannya digenggam kecil. Dia segera menoleh kearah gengamman tangannya. Jari Adrian bergerak sedikit demi sedikit!

"Addy, ni kakak ni. Addy!", Jerit Fezra kecil.

"Papa! Mama! Bangun pa, ma!", Jerit Fezra. Fezra bingkas bangun dan mengejutkan Tuan Firdaus dan Puan Melissa yang sedang tidur di atas sofa.

"Ada apa Fez?", Tanya Tuan Firdaus dengan mata yang terpisat-pisat.

"Addy pa! Addy dah mula memberikan reaksi!", Sahut Fezra. Ada keceriaan pada senyumannya.

Tuan Firdaus bingkas bangun. Dia mengejutkan Puan Melissa.

"Lissa, Lissa, bangun. Anak kita dah mula beri reaksi.", Kata Tuan Firdaus. Puan Melissa pun turut bangun dan berdiri di tepi katil Adrian.

"Pa, ma, cakap dengan Adrian. Dia dengar apa yang kita cakap. Fez nak panggil Doktor Indra dulu. Jangan berhenti bercakap pa, ma.", Jelas Fezra dan terus berlari keluar untuk mendapatkan Doktor Indra.

Tuan Firdaus dan Puan Melissa mengangguk pantas.

"Addy, ini mama. Bangun nak. Bangun sayang mama.", Ujar Puan Melissa. Dia menggenggam jari Adrian.

Puan Melissa dapat merasakan genggaman tangannya berbalas.

"Bang, Addy balas balik genggaman tangan saya bang! Abang cuba pegang tangan dia yang satu lagi.", Ujar Puan Melissa.

"Ini papa. Addy, bangun nak. Bangun lah Addy. Papa rindukan Addy.", Ujar Tuan Firdaus. Dia menurut kata isterinya dan menggenggam tangan kiri Adrian. 

Tiba-tiba kelopak mata Adrian bergerak-gerak seolah-olah ingin terbuka. Sesaat kemudian, Fezra muncul bersama Doktor Indra.

"Doc, adik saya sudah mula memberi reaksi.", Terang Fezra pada Doktor Indra.

"Ya doktor. Kelopak matanya juga hampir terbuka.", Celah Puan Melissa.

"Biar saya lihat dulu keadaannya ya.", Jawab Doktor Indra. "Kalian keluar dulu la. Nurse, sediakan ubatannya.", Kata Doktor Indra lagi.

Fezra, Tuan Firdaus dan Puan Melissa hanya menurut kata-kata Doktor Indra.

"Harap-harap Addy akan sedar ya bang.", Ujar Puan Melissa. Tuan Firdaus memegang bahu isterinya dan mengangguk.

"Moga Tuhan makbulkan permintaan kita.", Jawab Tuan Firdaus.

Lima belas minit kemudian, Doktor Indra keluar dari bilik Adrian. Dia berjalan menuju ke arah tiga beranak itu.

"Syukurlah pada Tuhan. Anak bapak sudah sedar. Tapi keadaannya masih lemah. Jangan biarkan dia bercakap banyak. Dia masih perlukan rehat.", Ulas Doktor Indra. Ada senyuman gembira di bibirnya.

Puan Melissa menekup mulutnya. Dia mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuan Firdaus memeluk isterinya. Fezra menangis gembira. Dia memeluk kedua-dua orang tuanya.

"Alhamdullilah pa, ma. Akhirnya Addy sedar.", Ujar Fezra. Dia tersenyum gembira.

"Non Fezra, bisa saya bicara sebentar?", Pinta Doktor Indra.

"Papa, mama, masuklah dulu. Jengun Addy. Nanti Fez masuk.", Kata Fezra.

Tuan Firdaus dan Puan Melissa terus melangkah masuk ke dalam bilik Adrian.

"Ada apa ya doc?", Tanya Fezra pada Doktor Indra.

"Keadaan adik anda masih kritis. Sangat kritis. Saya nasihatkan agar anda dan keluarga anda segera mendapatkan perkhidmatan di luar negara. Di sini, ubat serta mesinnya amat terhad. Saya sudah menghubungi teman saya di Jerman. Katanya, dia bisa menjalankan rawatan rapi untuk adik anda. Dan saya sarankan agar adik anda menerima rawatan secepat yang mungkin.", Terang Doktor Indra panjang lebar pada Fezra.

"Ya doc. Saya faham. Jika keadaan Adrian stabil sedikit dan dia boleh menaiki pesawat, kami akan membawanya ke Jerman. Saya harap doktor boleh menguruskan perpindahan Adrian ke rumah sakit di Jerman itu.", Pinta Fezra.

"Oh, itu. Ya, bisa. Saya akan uruskan semuanya.", Ujar Doktor Indra.

"Thanks, doctor!", Ucap Fezra.

"Ya, sama-sama. Pergilah. Jenguk adik anda.", Kata Doktor Indra lalu berlalu pergi.

Fezra melangkah masuh ke dalam bilik Adrian. Dilihatnya papa dan mamanya berada di sebelah Adrian. Dia melabuhkan punggungnya di hujung katil Adrian.

"Ka...Kakak.", Ujar Adrian tersekat-sekat.

Fezra terus memeluk Adrian. Air matanya tidak mampu ditahan lagi.

"Syukurlah Addy. Addy dah sedar. Alhamdullilah.", Ucap Fezra. Dia mengucap syukur pada Allah kerana memberikan Adrian satu lagi peluang untuk bersama mereka.

*   *   *   *
Puan Melissa mengelap tubuh Adrain yang sedang tidur. Tuan Firdaus duduk di sofa sambil membaca surat khabar. Fezra membelek fail rawatan Adrian yang berada di atas meja.

"Papa, semalam Doktor Indra cakap, lebih baik kita bawa Addy ke luar negara secepat mungkin. Rawatan di sini terhad.", Celah Fezra.

Tuan Firdaus melipat surat khabar yang dibacanya tadi. Dia menarik kaca matanya. Matanya terpisat-pisat.

"Yang itu, papa serahkan pada Fez. Fez ikutlah Addy ke mana pun yang dicadangkan oleh Doktor Indra. Berapapun biayanya, papa tak kisah. Yang penting, Adrian sihat sepenuhnya.", jawab Tuan Firdaus.

"Kalau Addy stabil dalam masa seminggu ni, Fez cadang nak bawa Addy ke Jerman." , Jelas Fezra. Dia duduk di sebelah Tuan Firdaus. Matanya dihalakan kearah Puan Melissa yang setia di sisi Adrian.

"Ikut Fez lah nak bawa Addy kemana. Papa tak kisah. Tapi papa tak boleh nak ikut Fez dan Addy ke sana. Papa kena uruskan syarikat di Malaysia. Sarah tak mampu nak uruskan syarikat tu lama-lama. Dia pun masih baru lagi.", Ujar Tuan Firdaus. Dia belum bersedia untuk menyerahkan Dana Corporation kepada Sarah sepenuhnya. Anaknya itu masih mentah dan masih belum tahu lagi liku-liku perjalanan dunia keusahawanan. Cuma Adrian sahaja yang diandalkannya. Tapi, buat masa sekarang dia tidak boleh mengharapkan apa-apa dari Adrian. Adrian harus sembuh sepenuhnya sebelum dia menyerahkan Dana Corporation kepada Adrian.

"Kalau Fez pergi Jerman, nanti mama nak ikut.", Celah Puan Melissa.

"Eh eh, awak pun nak ikut juga ke? Saya ni siapa nak jaga?", Gurau Tuan Firdaus. Dia ketawa kecil. Lama benar dia tidak berasa senang hati.

"Sarah kan ada nak jaga awak.", Ujar Puan Melissa. Mulutnya mencebik.

"Tak payahlah Lissa. Awak duduk kat rumah je. Jaga makan minum saya. Biar Fez yang jaga Addy kat Jerman nanti.", Balas Tuan Firdaus.

"Ye lah. Mana-mana awak lah. Kalau saya nak pergi juga, tapi awak tak izinkan, nanti berdosa pulak saya tak dengar cakap suami kan.", Kata Puan Melissa.

"Ala mama, jangan la merajuk. Fez janji, Fez akan jaga Addy. Bila Addy dah sembuh sepenuhnya, Fez akan bawa Addy pulang. Tapi before that, Fez nak papa dan mama janji satu benda pada Fez.", Kata Fezra.

Tuan Firdaus dan Puan Melissa berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak faham dengan permintaan Fezra.

"Janji apa Fez?", Tanya Puan Melissa.

Fezra tersenyum. "Tentang operation ke atas Addy tempoh hari. Kalau boleh, jangan bagitahu sesiapa tentang pemindahan jantung tu. Not even Sarah. Please?", Pinta Fezra.

Tuan Firdaus dan Puan Melissa mengangguk. Pembedahan pemindahan jantung Hafizi pada Adrian tidak siapa yang harus tahu. Jikalau tidak, seumur hidup Adrian tidak akan mendapat kemaafan dari Azalea dan keluarganya. Cukuplah kejadian tempoh hari telah meragut nyawa Hafizi. Itu pun sudah lebih dari sebuah luka pada Azalea. Apa lagi jika dia tahu bahawa jantung yang menjadi nadi kehidupan pada Hafizi selama ini telah didermakan kepada Adrian, seorang lelaki yang telah dikatakan penyebab kematian Hafizi. Hati Azalea pasti akan menjadi lebih hancur. Oleh itu, tiada sesiapa selain mereka bertiga dan Doktor Indra yang tahu tentang hal ini. Adrian sendiri pun tidak harus tahu.

*  *  *  *
Seminggu telah berlalu. Keadaan Adrian menjadi lebih stabil. Adrian sudah boleh duduk di atas katil dan dia juga boleh berjalan sedikit demi sedikit. Hati Fezra menjadi semakin senang apabila melihat adik lelakinya itu sudah semakin sembuh. Tiket kapal terbang ke Jerman sudahpun ditempah. Dalam masa dua hari lagi, dia dan Adrian akan berangkat ke Berlin, Jerman. Semua persiapan sudahpun di buat. Dengan bantuan Doktor Indra,  Adrian akan mendapatkan rawatan lanjut bersama Doktor Muller, pakar jantung di sebuah hospital di Berlin.

Fezra mengemas barang-barang Adrian. Hari ini Adrian keluar dari Rumah Sakit Banda Aceh. Sudah hampir sebulan Adrian terlantar di situ.

"Kak, papa dan mama kat mana?", Tanya Adrian yang duduk di hujung katil. Dia memerhatikan Fezra yang tekun mengemas baju-baju miliknya.

"Papa dan mama kat hotel la. Diaorang nak tempah bilik yang besar sikit. Boleh muat untuk kita berempat. Nanti tak payahlah nak book dua bilik. Membazir. ", Jawab Fezra. Dia tersenyum melihat Adrian.

Adrian memandang di setiap sudut bilik itu. Bilik itulah yang menjadi tempat persinggahannya selama hampir sebulan. Dia memandang ke arah mesin-mesin yang telah banyak berjasa kepadanya. Tetapi semenjak dia sedarkan diri, dia tidak melihat kelibat Hafizi. Papa, mama dan kakaknya juga tidak membuka apa-apa cerita tentang Hafizi. Seingatnya, pada malam kemalangan itu, dia bertegang urat dengan Hafizi dan kemudian dia tidak mampu mengawal stering kereta dan mereka terbabas. Setelah itu semua dunianya menjadi gelap sehinggalah dia sedarkan diri seminggu yang lepas. Dimana Hafizi? Selamatkah dia?

"Kak, sejak Addy sedarkan diri, Addy tak nampak pun mana Hafizi. Dia baik-baik saja kan?", Tanya Adrian pada Fezra. Tangan Fezra berhenti mengemas. Matanya tertancap pada wajah Adrian. Riak wajahnya yang cuak itu sedaya upaya disembunyikan.

"Er...Hafizi...Dia..dia...", Jawab Fezra terketar-ketar.

"Dia kat mana kak? Dia baik baik sahaja kan?", Soal Adrian lagi.

"Ha..dia baik baik saja.", Jawab Fezra. Dia tidak mempunyai jawapan yang sepatutnya diperkatakan pada Adrian.

"Dia dimana sekarang?", Tanya Adrian semula.

Fezra menghabiskan kerjanya dan kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Adrian. "Hafizi baik baik saja. Hafizi lebih awal sedarkan diri dari Addy. Keadaannya tidak parah. Seminggu kemudian, dia stabil dan boleh balik ke Malaysia. Addy jangan risau. Kakak dah maklumkan pada Hafizi yang Addy akan berangkat ke Jerman untuk rawatan lanjut.", Jawab Fezra. 'Maafkan kakak, Addy. Kakak tahu, kakak tak sepatutnya menipu kau. Tapi kakak tak berdaya untuk memberitahu perkara sebenar. Lebih-lebih lagi pada waktu ini kau tidak boleh menghadapi apa-apa tekanan. Suatu hari nanti, kau akan tahu hal sebenar. Kau akan tahu juga.' Fezra merintih dalam hatinya. Besar tanggungjawab yang perlu digalasnya. Rahsia tetap rahsia. Amanat Hafizi harus dijaga. Amanat itu adalah kehidupan baru Adrian.

"Semua dah dikemas. Jom kita balik ke hotel.", Pelawa Fezra. Adrian hanya mengangguk. Dia menuruti langkah Fezra keluar dari rumah sakit.

"Addy tunggu dalam kereta dulu. Kakak nak jelaskan semua bil rawatan.", Ujar Fezra pada Adrian.

"Ok.", Jawab Adrian. Pendek.

Fezra terus berjalan menuju ke kaunter bayaran.

"Non, ini bilnya." , Ujar jururawat yang bertugas di kaunter bayaran.

"Ini kad kredit saya. Maaf, saya tidak sempat nak keluarkan cash tadi.", Ujar Fezra.

"Ini juga bisa non. Tunggu sekejap ya.", Pinta jururawat itu.

Fezra menganggukkan kepalanya. Tatkala itu dia melihat Doktor Indra sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Udah mau berangkat Non Fezra?", Sapa Doktor Indra.

"Ya doc. Saya dan Adrian akan berangkat ke Jerman esok.", Sahut Fezra.

"Oh begitu. Baguslah. Saya harap Adrian akan sembuh sepenuhnya.", Kata Doktor Indra.

"Ya. Saya pun berharap begitu juga doc. Lagi satu doc, saya harap pembedahan tempoh hari, bisa dirahsiakan dari pengetahuan Adrian. Saya mohon.", Pinta Fezra. Dia memandang wajah Doktor Indra.

Doktor Indra mengangguk faham. Dia melemparkan senyuman pada Fezra. "Ya, saya mengerti kok. Usah risau. Kalau begitu, saya pamit dahulu. Sampai ketemu lagi ya.", Kata Doktor Indra. Dia menghulurkan tangannya pada Fezra dan salam itu disambut baik oleh Fezra. Doktor Indra banyak membantunya sepanjang Adrian dirawat di rumah sakit itu.

"Thanks doctor. Till we meet again.", Sahut Fezra.

"Non ini kartu kreditnya. Bil rawatan semuanya udah selesai.", Ujar jururawat tadi.

"Ok, terima kasih nurse.", Ucap Fezra.

"Sama-sama.", Jawab jururawat itu. Seraya itu Fezra terus berjalan menuju ke tempat letak kereta dimana Adrian sedang menunggunya.

Setibanya di kereta, dia melihat Adrian sedang menekan-nekan butang telefonnya.

"Addy tengah buat apa tu? Kakak tengok kusyuk aje tekan telefon tu. Kang terkeluar butang tu kang, baru tahu", Gurau Fezra. Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta.

"Addy try call Fizi. Tapi asyik-asyik voice mail. Mesej pun tak delivered. Adoi! Mana Fizi ni! ", Rungut Adrian tanpa menyedari raut wajah Fezra yang terkejut berada di sebelahnya.

"Handphone low battery kot. Nanti try lagi lah. Dah la tu Addy. ", Ujar Fezra.

Adrian mengeluh lagi. "Mamat ni. Bila kita cari, dia tak ada. Haish.", Kata Adrian.

Fezra hanya mendiamkan diri dan terus memandu sehinggalah mereka sampai di hotel tempat mereka menginap.

*   *   *   *
Lapangan Terbang Banda Aceh kelihatan sibuk dan sesak. Kelihatan ramai pelancong asing yang mengerumuni di setiap ruang lapangan terbang itu. Indonesia sememangnya tempat pilihan untuk melancong. Di satu sudut, Tuan Firdaus dan Puan Melissa sedang berbual-bual dengan Fezra dan Adrian.

"Fez, kamu jaga la adik kamu ni baik-baik. Call mama tiap tiap hari tau.", pesan Puan Melissa pada Fezra. 

Fezra dan Adrian akan berangkat ke Jerman. Manakala dia dan suaminya akan berangkat pulang ke tanah air.

"Ye mama. Fez tahu ma. Mama jangan risau lah.", Ujar Fezra. Mamanya tidak putus-putus berpesan kepadanya. Pesanan yang sama.

"Addy kat sana nanti jaga diri baik-baik. Mama doakan Addy cepat sembuh sepenuhnya.", Ujar Puan Melissa. Wajah anak terunyanya itu dipandang lembut.

"InsyaAllah ma. Addy akan jaga diri. Mama doakan supaya Addy cepat sembuh ya. Papa, kirim salam pada Sarah. Bagitahu dia, Addy dah ok. Lagi satu pa, nanti bila papa pergi office, suruh Fizi return call Addy. Addy call dari semalam lagi, tapi tak dapat la papa. Masuk voice mail je.", Ujar Adrian.

"InsyaAllah, nanti papa sampaikan.", sahut Tuan Firdaus. Dia memandang satu persatu wajah Puan Melissa dan Fezra.

Tiba-tiba handphone Fezra berbunyi. Panggilan dari Sarah. Fezra menekan butang hijau dan menyambut panggilan itu.

"Hello?", Sahut Fezra.

"Hello, kakak? Sarah ni.", Jawab Sarah.

"Yes Sarah. Ada apa?", Tanya Fezra. Dia menjauhkan dirinya sedikit dari Adrian dan juga papa dan mamanya.

"Sarah nak cakap ngan abang kejap. Rindu lah. Hari tu Sarah call, tapi tak dapat cakap dengan dia.", Pinta Sarah. Semalam dia menelefon mamanya, tetapi dia tidak berpeluang untuk bercakap dengan Adrian kerana abangnya sedang tidur.

"Sarah, tolong jangan bagitahu Addy yang Hafizi dah meninggal. He's not going to Germany if he knows about that.", Pinta Fezra.

"Okay kak. I will not tell him. Trust me.", Ujar Sarah.

"You have my trust.", Jawab Fezra dan menyerahkan handphonenya pada Adrian.

"Siapa kak?", Tanya Adrian pada Fezra apabila kakaknya menyerahkan telefon kepadanya.

"Sarah is on the line.", Jawab Fezra.

Adrian terus menyambut telefon itu dan berborak dengan Sarah. Sudah lama dia tidak mendengar suara adik kesayangannya itu. Dia dan Sarah memang rapat. Ini kerana Sarah sangat manja dengannya dan Sarah juka kaki bodek. Kalau ada barang yang diinginkan hatinya, Adrianlah tempatnya untuk meminta. 

"Papa, Fez harap semuanya clear bila papa dan mama sampai di Malaysia nanti.", Kata Fezra pada papanya.

"Don't worry Fez. Nobody will spread the news to Addy. Fez jangan fikirkan sangat tentang itu. Papa akan uruskan semuanya nanti.", Jawab Tuan Firdaus. Dia tahu anak sulungnya itu takut jika berita kematian Hafizi sampai ke telinga Adrian.

"Perhatian kepada penumpang-penumpang pesawat Boeing 737 MH2453 ke Kuala Lumpur, anda diminta  untuk berada di Pintu C untuk pemeriksaan kastam."

"Ha, pengumunan untuk kita lah tu bang.", Ujar Puan Melissa.

Tuan Firdaus mengangguk. "Fez, papa dan mama pergi dulu. Addy!", Tuan Firdaus memanggil Adrian yang masih berbual dengan Sarah di telefon.

"Oklah, Sarah. I've got to go. Nanti abang call balik. Bye.", Kata Adrian pada Sarah dan terus mematikan talian.

"Yes papa?", tanya Adrian pada papanya.

"Papa dan mama berangkat dulu. You take care.", Ujar Tuan Firdaus lantas memeluk Adrian. Puan Melissa dan Fezra juga berpelukkan mengucapkan selamat jalan. Adrian memeluk mamanya.

"Take care papa, mama." Ucap Fezra.

Tuan Firdaus dan Puan Melissa berjalan menuju pe pintu dimana pesawat mereka akan berlepas. 

"Jom Addy. Kita masuk ke borading hall. Flight akan berlepas within 30 more minutes.", Ujar Fezra.

"Okay. Come.", Jawab Adrian. Mereka berjalan seiringan menuju ke boarding hall.

Tiga puluh minit menunggu, akhirnya pesawat yang dinaiki oleh Adrian dan Fezra pun berlepas ke Berlin, Jerman. Fezra menoleh ke luar tingkap pesawat. 'Selamat tinggal Hafizi. Selamat tinggal kenangan. Terima kasih dik, kerana memberikan kehidupan baru pada Adrian. Maafkan kakak, Azalea. Maafkan kakak kerana ketamakkan diri ini. Ketamakkan ini adalah demi sebuah kehidupan. Kehidupan yang diamanahkan oleh Hafizi.' Fezra hanya mampu berkata di dalam hatinya.

Adrian berpura-pura membaca majalah yang disediakan di dalam pesawat. Tetapi hati dan fikirannya masih menerawang jauh kepada Hafizi. 'Kenapa Hafizi tak sambut call aku? Mana Hafizi pergi?'. Soalnya dalam hati. Hatinya menjadi gundah. Semalam kakaknya berkata bahawa Hafizi baik baik sahaja dan Hafizi telah pun kembali ke Malaysia. tetapi kenapa Hafizi tidak dapat dihubungi? Adrian meraup wajahnya. Selagi dia tidak mendengar berita dari mulut Hafizi sendiri, selagi itulah hatinya tidak tenang.

Adrian meraba dadanya. Ada parut sepanjang lebih kurang 20 sentimeter pada dadanya. 'Kenapa ada parut macam ni? Apa yang telah berlaku pada aku?' Hatinya berkata lagi. Adrian menoleh kearah Fezra yang kusyuk membaca majalah disebelahnya.

"Kak, Addy nak tanya sikit boleh?", Tanya Adrian.

"Hurm. Apa dia?", Jawab Fezra tanpa memandang Adrian. Matanya tertumpu pada helaian majalah yang dibacanya.

"Kenapa dada Addy ada parut panjang? Sebelum ni tak ada pun parut macam ni.", Tanya Adrian.

Fezra memandang Adrian. Tanpa berkelip. Dia cuba mencari satu lagi ayat pembohongan yang sesuai untuk dikatakan pada Adrian.

"Er..er...masa accident tu, injap jantung Addy tidak mampu untuk mengepam darah dengan normal, so, Doktor Indra terpaksa melakukan pembedahan by-pass surgery ke atas Addy.", Jawab Fezra. 'Aku harap itulah jawapan yang terbaik'. Detik hati Fezra.

Adrian hanya menganggukkan kepalanya. Jawapan dari Fezra memuaskan hatinya. Tangannya masih lagi berada di atas dadanya. Dia merasakan degupan jantungnya deras. Dia merasakan sesuatu yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Dia rasa aneh. Lebih aneh bila beberapa hari lepas dia bermimpi tentang seorang wanita. Mimpi itu hadir untuk tiga kali berturut-turut. Dia bermimpi akan seorang wanita yang sedang menangis. Dan wajah wanita itu seiras dengan wajah wanita yang ditemuinya di KLIA sebelum dia dan Hafizi berangkat ke Banda Aceh.

Dia yakin! Wanita itulah yang hadir di dalam mimpinya tiga kali berturut-turut. 'Tetapi kenapa wanita itu menangis?'. Detik hati Adrian. 'Dalam ramai-ramai wanita yang pernah aku jumpa, kenapa harus raut wajah wanita itu yang muncul?'. Adrian bertanya dalam hati.

'Azalea'. Tiba-tiba sebaris nama itu terlintas di fikiran Adrian. Wajah Hafizi bermain di matanya.Dia teringat akan permintaan gila Hafizi pada malam mereka terlibat dengan kemalangan. ' Arghh, Kak Fezra cakap Hafizi baik baik saja. Jadi, tak perlu lah aku nak tunaikan permintaan Hafizi itu.' Adrian bermonolog sendiri di dalam hatinya.

Adrian melelapkan matanya. Namun wajah wanita itu hadir lagi di bayangannya. Wanita itu. Siapakah dia? Kenapa dia muncul lagi? Apakah maksud semua ini?

Wanita hadir di dalam mimpi. Mungkinkah dia yang dicari? Atau dia yang bakal dicintai?

Bawalah Cintaku by Afgan

*to be continue*

♥arabella♥