Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Wednesday, 12 October 2011

Sekadar Abang Pos Je Pun!!!

Hi korang.
*Tak ade mood*
Serius!

Rabu, 12 Oktober, saya, Syikin dan Aini pergi ke Stesen Bas Shah Alam, Seksyen 17 (Omaigod, nak jugak type nama penuh). Kitaorang beli ape? Beli tiket bas lah! Hoho.

Seperti biasa, tiket bas untuk Hari Raya Haji ke destinasi ter-hot di Malaysia, Kelantan (Yeah! Memang macam pisang goreng panas!) sememangnya DAH HABIS! SOLD OUT! *Tu la ko Syikin, lambat sangat beli tiket*. Sampai kat stesen bas tu, ada sorang abang pakai baju oren, dia tanya "Dik nak pegi mana? Nak pegi mana? Nak pegi mana?". Kita orang buat derk je. Seriously, saya sangat tak suka kena tanya macam tu. Macam memaksa pulak. Kita kan negara yang bebas. So, sebagai customer, saya tak suka kena kacau and ditanya macam-macam soalan macam itu. Sama la juga bila kita pergi supermarket, and sales girl itu asyik ikut bontot kita. Of course la kita tak selesa kan?

So, kitaorang memang ignore je abang tu. Dan saya rasa dia pun memang dah biasa la kena ignore macam tu.  Seperti yang dijangka, tiket ke Kota Bharu memang sold out. Licin! Tak ade langsung. So, terpaksa la saya ngan Syikin naik BAS TAMBAHAN. *Owh, mudah-mudahan bas ini in a good condition!* Harga? Jangan tanya lah, memang mahal! RM49 seorang. 


Lepas tu kitaorang terus book tiket untuk balik ke Shah Alam. Kali ni nasib baik ada kosong kat Transnasional *Bas fevret kitaorang*. Harga dia RM 42.90. 



Owh saya sangat TERUJA nak pergi Kelantan. Lepas ni nak pergi Terengganu pulak, then Johor. So, selepas itu dengan secara rasminya saya dah keliling SATU MALAYSIA! =)


Then lepas tu kitaorang pergi Kompleks PKNS. Syikin nak masuk duit ASB dia and kitaorang nak bayar PTPTN kat Pejabat Pos. *Hutang beb!*. Pada mulanya memang tak ada masalah. Aini and Syikin dah selesai bayar dah PTPTN dorang. So masa giliran saya, (saya dapat kaunter 1, dengan seorang pekerja lelaki). Saya dengan bangganya serahkan resit untuk bayar PTPTN. Tetiba dia tanya saya, "Ada no rujukan tak?". Saya dengan terpinga-pinga tanya dia balik, "No ic ke bang?". Then dia bagi tahu, No IC tu lain, no rujukan tu lain. Saya argue la ngan dia, kawan saya tadi boleh je bayar kat kaunter lain (kaunter bersebelahan). Tapi abang tu tetap gak nak no rujukan. Alasannya, nanti ada masalah tak sampai la, n bla bla bla lah dia lecture kat saya. Saya pun malas lah nak panjangkan lagi perbualan ngan orang macam tu. Mulut puaka mengalahkan makcik. Serius, memang perangai macam lelaki yang tak ada perasaan betul. *OMG, memang aku tak kan buat calon suami kalau macam tu*

Bila teringat balik, rupa-rupanya abang tu adalah orang yang sama kena kutuk ngan sorang budak last few weeks. Sebab? Apa lagi, mulut puaka lah. Budak tu nak tanya abang tu pasal sesuatu, tetiba abang ju jawab, "Tak nampak ke orang tengah buat kerja ni?". Pheww, cantik nyerr bahasa kau! Kalau aku la terkena masa tu, memang aku dah saman mulut puaka kau tu. Aku dah adu kat pihak Pejabat Pos. Budi bahasa la sangat kan. Huh.

Marah tak abis lagi ni. Memang tak abis lagi. Tergendala semua plan nak bayar hutang. Kalau jumpa kat depan mata, siap jadi sambal belacan muka abang tu.

Harap-harap tak jumpa abang tu lagi! Harap - harap!

Ok, itu saje. Nak study pulak.

Bai!
♥arabella♥

No comments:

Post a Comment