Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Wednesday, 5 October 2011

Sebab Wanita Zaman Sekarang Demand Tinggi

Hi korang! Hari ni saya nak share pandangan saya dengan korang semua. =)

Okae kawan-kawan yang saya suka, hari ni Cik Arabella nak share pendapat tentang *Sebab Wanita Zaman Sekarang Demand Tinggi*. Yang lelaki sila baca, yang wanita, kalau nak tokok tambah, sila leave your comment.

1. Kerjaya Wanita Setanding Dengan Kerjaya Lelaki
Point yang pertama, KERJAYA. Sekarang ni kat institut-institut pengajian tinggi, bilangan pelajar lelaki dan wanita hampir sama. And tidak salah jika saya nyatakan bahawa mungkin bilangan pelajar wanita adalah lebih ramai berbanding lelaki. Sekarang zaman moden, bukan macam dulu lagi. kaum wanita telah diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menerajui syarikat-syarikat besar. Kalau dulu lelaki yang menjadi ketua. Tak kisah lah, ketua jabatan ke, ketua bahagian ke, bos ke and even nak pilih ketua kelas pun kena calonkan pelajar lelaki. Pelajar wanita hanya menjadi penolong kelas je. Padahal yang banyak kerja adalah penolong kelas. Nak ambil kapur lah *owh, zaman saya dulu masih guna chalk ye*, lepas tu nak hantar buku kedatangan muris pun penolong kelas yang buat. Kalau ketua kelas, harem, hampeh je. Zaman yang serba moden ini, ramai kaum wanita yang berkerjaya dan mereka boleh bersaing dengan kaum lelaki. Di negara kita sendiri dah ada beberapa menteri wanita. Arkitek, lawyer, engineer or apa jenis proffesion pun, kaum wanita pasti ada. So, tak hairan lah kalau ada wanita yang demand tinggi dalam memilih bakal suami. Ye dop?

1. Serba Mampu
Kalau zaman datuk nenek kita dulu, suamilah yang mencari rezeki dan memberi wang kepada keluarga. Tapi sekarang berlainan pula. Rata-rata pasangan yang berkahwin di Malaysia adalah pasangan-pasangan yang bekerja. Maksud saya, suami dan isteri sama-sama mencari nafkah. Ye la, harga barang semua mahal. Kalau nak harapkan tulang empat kerat suami tu, berapa sangat la nak dapat kan. Lain la kalau suami kita tu memang yang bergaji besar. Tapi ada juga wanita-wanita di luar sana yang tidak suka menjadi suri rumah sepenuh masa. Contohnya, mereka ada membuat online business or jadi pengedar produk kecantikkan. Nah, kan bekerja juga namanya tu. Wanita zaman sekarang adalah wanita yang serba mampu. Wanita zaman sekarang bukan hanya memasak atau mengemas rumah saja. Bagi wanita-wanita single yang di luar sana, kemungkinan faktor 'serba mampu' ini lah yang membuatkan mereka demand lebih dalam mencari calon suami. Nak shopping, mereka ada duit sendiri. Tak perlu mintak @ merayu dari suami/BF/teman tapi mesra/dan sewaktu dengannya. Tapi disebalik serba mampu ini, kaum wanita masih memerlukan perlindungan dari kaum lelaki kan? So, guys, take your this as a good advantage to attract your women. =)

3. Terpengaruh Dengan Watak Drama
Okae, point yang ini saya tidak nafikan sekali kali. Kerana saya pun beranggapan yang sama. Sekarang ni kan zaman drama korea and drama melayu juga banyak diadaptasikan dari novel-novel yang terlaris di pasaran. Dan kita sedia maklum bahawa novelis-novelis itu kebanyakkannya berimaginasi tinggi untuk menghasilkan satu watak hero yang sempurna. So, bila novel itu di adaptasikan ke dalam drama, terjadilah fenomena-fenomena watak-watak seperti Seth Tan yang handsome itu. Tambah-tambah lagi Aaron Aziz yang membawa watak itu. Perghh, memang cair lah. So ramai la kaum wanita yang berkeinginan untuk memiliki pasangan yang super duper hot dan romantik macam watak drama. Hey, even isteri Aaron Aziz sendiri cakap yang Aaron Aziz tidak seromantik itu bila di alam nyata. So girls, itu cuma watak romantik itu cuma dalam drama semata-mata. Bukan kaum wanita yang single saja yang mempunyai keinginan yang sama, yang dah berkahwin pun bermimpi agar suami dorang jadi macam watak-watak drama. Sampai ada yang merajuk sebab suami dorang tak angkat dorang masuk bilik bila dorang tertidur depan TV. Hewhewhew. (Oh, ini ayat rekaan semata-mata ok!). Bagi wanita yang dah berkahwin, accept your husband as what they are meant to behave. Kemudian demam Korea pulak. La ni ramai remaja-remaja di luar sana yang tengah mencari stok-stok berwajah comel macam artis Korea. Kalau ikut logic, memang jauh sangat la rupa orang Malaysia dengan orang Korea kan. So, akhirnya mereka-mereka itu (khususnya saya), masih single sampai hari ini. *Itu la, bajet korea sangat kan!*

4. Wanita Ego Tinggi
Selalunya kita dengar lelaki yang mempunyai ego yang tinggi. But now, wanita pun ramai yang ego tinggu tau!. Wanita zaman sekarang bukan jenis wanita yang makan pujuk rayu Romeo tau! Ha! Guys, watch out! Jangan korang fikir korang je ada ego. And, hati wanita nampak je lembut, tapi bila dah dikecewakan, baru la korang tahu betapa kerasnya hari wanita. Pujuk rayu and air mata korang tu dah tak berguna lagi dah. 

5. Nak Yang Perfect
Siapa yang tak nak Mr Perfect?? I pun nak. Tapi manusia dalam dunia ni mana la ada yang perfect kan. Even yang luarannya perfect, tapi dalamannya ada juga cacat cela. (Dalaman yang I maksudkan itu adalah hati budi ok. Jangan salah paham! Haha). Tak suka lelaki yang merokok kononnya, tapi rata-rata lelaki zaman sekarang (lelaki-lelaki macho) merupakan seorang smokers. Yang tak merokok tu pulak nampak noob & nerd (tak semua ok. Jangan ambik hati pulak korang yang non smokers ni). Bila tengok noob @ nerd je, perempuan terus taknak, terus reject. Padahal tadi nak cari yang tak merokok. Tapi bila dah jumpa calonnya, nak juga tambah 1 lagi kriteria --> tak merokok + handsome bergaya. Bia dah jumpa yang tak merokok + handsome bergaya, tapi dia pakai moto je. Lepas tu kaum wanita nak juga tambah satu lagi kriteria --->tak merokok + handsome bergaya + ada kereta. So, memang tak kan jumpa la kan yang memang perfect macam itu. Jadi, the best way to overcome this problems, tepuk dada tanya selera. And to guys, maksud 'perfect' bagi setiap wanita adalah berlainan, so, maybe you adalah salah seorang lelaki perfect yang kaum wanita inginkan. Right? =)

So guys, ini la few points yang korang perlu tahu. (Yang dah tahu tu, diam-diam je la eh) Ada lagi points yang saya nak share, tapi saya rasa kurang sesuai lah. Nanti ada yang beranggapan I ni over demand pulak! Haha!

Apa yang I cakap kat atas ni, I cakap bercerminkan diri I sendiri. (Yela, ukur baju kena la ukur badan sendiri, ye dop?) Sometimes demand ni menyusahkan juga. Sampai bila nak demand? itu hanya kita sendiri yang tahu.





loves,
xoxo,
♥arabella♥

No comments:

Post a Comment