Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Thursday, 27 October 2011

Review Filem : Laskar Pelangi

" Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya... "

Sumber : Nidji Lyrics : Laskar Pelangi

Hi korang!
Sweet tak intro untuk post kali ni? =)
*Perasan lebih nak dipuji*

Kali ni saya nak review sikit pasal filem yang saya tonton semalam iaitu Laskar Pelangi. Maybe ada diantara korang yang pernah menonton filem ini. Tapi bagi yang tak pernah, saya suggest filem ni masuk dalam 'must watch' list korang ye. =)


Kisah ni menceritakan tentang FRIENDSHIP, EDUCATION, DREAMS AND STRONG WILL. Laskar Pelangi adalah Karya Andre Hirata, seorang penulis novel di Indonesia. Kebanyakkan filem dari Indonesia yang berdasarkan novel semuanya ngetop ngetop juga kan? Contohnya, Ayat-Ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih. (Sekadar menyatakan beberapa novel sahaja). 

Berlatarkan scene di Belitung Islang (Memang cantik pulau ini), dan berpaksikan kehidupan rakyat-rakyat yang kurang mampu untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna, saya rasa filem ini sangat perfect dari segi sinematografi jalan cerita.




Ada yang lucu, yang membolehkan kita bergelak di dalam kesedihan. Dan ada yang sedih sehingga kita menitiskan air mata.

Filem ini mengisahkan 10 orang budak miskin yang mendapat pendidikan di sebuah sekolah agama yang famous di Pulau Belitung. Sekolah Agama Muhamadiyyah akan ditutup jika tidak mendapat 10 orang pelajar, dan luckily sepuluh orang budak ini telah menyelamatkan nasib sekolah ini.

Daripada sekolah yang terbiar (kondisi sekolah yang usang dan buruk) budak-budak ini mampu menjadi Juara untuk Karnival Di Antara Sekolah dan juga Juara untuk sebuah pertandingan yang serupa dengan pertandingan Sains & Matematik.

3 watak utama ialah Ikal, Lintang dah Mahar. Ikal adalah pelajar separa pandai, Lintang adalah seorang anak sulung dan dia adalah pelajar yang paling genius, dan Mahar pula tidak boleh berenggang dari radio buruknya. Manakala 7 pelajar yang lain adalah Sahara (satu-satunya pelajar perempuan), A Kiong, Samson, Syahdan, Borek, Trapani, Harun dan Kucai. 

Ikal berasal dari keluarga pertengahan. Bapanya adalah seorang pekerja di PN Timah (Syarikat yang paling famous di Pulau Belitung). Lintang pula berasal dari keluarga yang sangat miskin. Bapanya seorang nelayan. Hidupnya kais pagi makan pagi. Tidak mempunyai ibu dan hanya bergantung pada ayahnya sahaja. Manakala Mahar pula keluarganya adalah orang-orang yang biasa sahaja, seperti Ikal.

Di sekolah agama itu mereka dinilai bukan dengan gred, tapi dinilai dengan hati dan perasaan guru mereka iaitu Bu Muslimah dan Pak Harfan. Kiranya, mereka tidak mempunyai sistem pemarkahan yang khusus. Tapi seriously, semua meraka adalah orang-orang yang unik dan lain dari yang lain.

Filem ni banyak mengutarakan dialog yang kita mudah nak faham kerana dialek yang digunakkan ada sipi-sipi dialek Melayu. Bila tiba scene yang lucu, saya boleh gelak besar, tapi bila tiba scene yang sedih, saya bisa mengalirkan air mata.

Scene yang paling menyedihkan bagi saya adalah bila Lintang menarik diri untuk bersekolah. Lintang adalah pelajar yang pertama mendaftar untuk menjadi pelajar tetapi dia adalah orang yang first quit. 

Kenapa?
Kerana ayahnya meninggal (mungkin lemas di lautan) dan sebagai anak sulung, semua adik-adiknya bergantung harap kepadanya. Memang sedih giler scene ini. Seriously. 

Bila semua mereka sudah besar, Ikal telah berjaya dan akan ke Sorbonne, Perancis (masa dorang kecik, Lintang pernah menceritakan perihal Negara Perancis pada Ikal). Semasa dia pulang ke Pulau Belitung, dia bertemu dengan Lintang. Kehidupan Lintang masih seperti dulu, masih susah dan jauh berbeza dengan kehidupan Ikal yang sekarang. Tetapi semangat perjuangan Lintang tidak luntur. Semangatnya diterapkan pada anak perempuannya, yakni dia berharap agar anak perempuannya mampu berlajar setinggi yang dia pernah mimpikan satu masa dulu. Mahar pula telah menjadi seorang penulis novel yang terkenal.

Filem ini telah mengajar saya tentang HARAPAN dan CITA-CITA. Setiap kita amat beruntung kerana kita mampu mencapai cita-cita kita. Tapi apa yang berlaku pada Lintang adalah sesuatu yang kita perlu ambil iktibar. Walaupun dia tidak berjaya mencapai cita-citanya, tapi dia masih memberi semangat pada anaknya untuk melanjutkan cita-citanya. Semangat itu yang kita nak.

So, kawan-kawan yang kita suka, AYUH! Buktikan yang kita BOLEH! Kita Boleh!!
Rezeki kita ada dimana-mana. Tuhan memberikan rezeki yang berbeza untuk kita, jadi hargailah apa yang anda miliki.


Hati saya masih berasa sedih bila mengenangkan jalan cerita filem ini. Filem ni masih ada sambungan iaitu Sang Pemimpi. Adaptasi dari novelis yang sama. Dan ada dua lagi sambungan iaitu Endensor dan Maryamah Karpov. Tapi I don't know samada dua novel ni ada diadaptasikan kepada filem atau tak.

Hurm, macam nak cari je buku ni kan? Mesti best!

kalau korang nak Google pasal cerita ni, sila lah Google. I think encik Google akan tolong you all. =)

So, itu saja pasal filem Laskar Pelangi ni. Nanti bulan depan saya post pasal review untuk Sang Pemimpi ye?

I leave you a VC, Laskar Pelangi from Nidji. So, enjoy!

=)
xoxo,
Bai!
♥arabella♥



No comments:

Post a Comment