Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Tuesday, 4 October 2011

Hatiku Milik Azalea (Part 4)

Cuaca di Banda Acheh agak mendung. Menurut ramalan cuaca di Warta Indonesia, hujan mungkin turun bila-bila masa. Hafizi merenung ke langit. Awan-awan gelap berkepul-kepul menunggu masa untuk hujan. 

"Hurmm, macam berat je awan tu", Hafizi berkata di dalam hatinya. Dia meneguk kopi susu yang dari tadi tidak diminumnya.

"Huh, dah sejuk", Katanya lagi. Bermonolog sendiri. Dia memang tidak suka apabila minuman panas menjadi sejuk. Baginya, minuman panas memberi kecergasan pada minda dan sumber inspirasi.

Matanya masih melilau mencari ketenangan di balkoni hotel itu. Permandangan yang indah di luar hotel amat menyegarkan matanya. Lebih-lebih lagi ketika awal pagi seperti ini. Hari ini adalah hari yang kedua dia berada di Banda Acheh. Semalam Tuan Adrian telah berjaya membuat perjanjian bersama sebuah syarikat gergasi di Indonesia. Hari ini mereka akan mengadakan perjumpaan bersama sebuah lagi syarikat yang akan menjadi pembekal bahan kepada mereka. Dan hari ini juga dia akan membentangkan semua hasil penat lelahnya selama ini.

"Bangunan pencakar langit yang yang diperbuat sepenuhnya dari besi dan kaca", itulah rekaan terbaru Hafizi. Sebagai seorang arkitek, dia perlu menghasilkan rekaan-rekaan yang bermutu tinggi dan yang lain dari yang lain. Dengan itu dia dapat bersaing dengan arkitek-arkitek dari serata dunia. Cita-cita Hafizi tidak setakat hanya menjadi seorang arkitek yang berjaya di Malaysia, tetapi dia ingin menjadi seorang arkitek yang hebat di mata dunia. Dan hari ini adalah titik permulaan bagi kerjayanya untuk menembusi bidang yang amat dicintainya itu agar dia dapat berkarya untuk seluruh dunia.

Jika dia berjaya hari ini, dia akan mengotakan hasrat hatinya untuk meminang Azalea. Lagipun sudah lama dia mengenali dan bercinta dengan Azalea. Rasanya tidak elok jika membiarkan Azalea menunggu lebih lama. Cintanya pada Azalea bukan sedikit. Seluruh hidupnya adalah milik Azalea. Azalea adalah cinta pertamanya. Dan Azalea adalah cinta terakhirnya.

*     *     *    *
Adrian mencapai sehelai tuala dan mengelap air yang menitik di dahinya. Rambutnya segera dikeringkan. Dia mencari kelibat Hafizi. Matanya tertumpu ke arah susuk tubuh milik Hafizi yang sedang melayan perasaan di balkoni. Adrian melangkah perlahan-lahan menuju ke arah Hafizi.

"Gah!", Adrian menyergah Hafizi dari belakang. Lantas dia ketawa apabila melihat raut wajah Hafizi yang terkejut.

"Hei! Mangkuk hayun betul!", Jerit Hafizi. Dia masih terkejut.

"Nasib baik la aku pegang cawan ni dengan kuat, kalau tak ada yang mandi air kopi kang!", Sambung Hafizi lagi. Mulutnya mengukir senyuman. Baris giginya yang putih itu terserlah.

"A'alaa, rileks la bro. Itu pun nak marah ke? Aku cuma nak gurau je. Aku tengok kau termenung memanjang. Apa kes? Nak kata kau teringat orang rumah, kau ni tak kahwin lagi. Teringat awek ye? Ha, tu la. Aku cakap cepat-cepat kahwin, tapi kau tak nak. Sekarang ni, hah, padan muka kau. Teringat dari jauh aje", Ujar Adrian panjang lebar. Bercakap lagak seperti professor. Tangannya diletakkan ke bahu Hafizi dan sebelah lagi diletakkannya di pinggangnya.

Hafizi hanya tersenyum.

"Mana boleh kahwin lagi. Kerja tak selesai lagi", Hafizi menjawab. Kopi susu di dalam cawan dihabiskannya. Fikirannya merewang jauh kepada Azalea.

"Kahwin la bro. Aku tengok kau dah angau sangat dah ni", Gurau Adrian. " Ha, lupa pulak, sapa nama makwe kau tu? Yang call kau semalam kan?", Tanya Adrian.

"Azalea. Azalea Diyana Taufik. ", Jawab Hafizi. Matanya dialihkan kepada Adrian.

"Perghh, lawa nama tu bro. Mesti orangnya lawa",  Kata Adrian.

"Hanya aku je tahu dia lawa ke tak", Hafizi tersenyum lagi. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Meninggalkan Adrian yang terpinga-pinga di balkoni.

"Macam mana definisi lawa bagi kau?", Adrian bertanya lagi.

Hafizi mengerling ke arah Adrian dan menjawab, "Macam Azalea".

"Huh, poyonya jawapan. Yela, awek kau je la yang paling lawa. Tapi kan, haritu aku ada jumpa awek lawa tau. Kat airport.", Adrian membuka cerita.

"Kat airport? Bila?", tanya Hafizi. Tiba-tiba hatinya ingin tahu. Lagipun selama ini Adrian tidah pernah menceritakan perihal wanita dengannya. Selama dia mengenali Adrian, Adrian adalah seorang lelaki yang komited dengan kerjayanya. Dan Adrian tidak pernah memuji mana-mana wanita cantik, kecuali mamanya. Biarpun Adrian dikejar kesana-kemari oleh Julia, anak rakan baik ayahnya, Tuan Firdaus, namun Adrian tidak pernah menunjukkan minat terhadap Julia. Dibiarkannya wanita itu merengek atau menunggu seorang-seorang di lobi Bangunan Dana Corporation.

"Ala, aku tak pernah cerita lagi ke kat kau?", Tanya Adrian.

Hafizi menggelengkan kepalanya. Adrian sememangnya tidak pernah bercerita tentang itu kepadanya.

"Hari tu, kau ingat tak masa aku cakap aku nak pergi beli something kat tingkat bawah KLIA tu. Aku nak beli newspaper. Masa aku mencari-cari newspaper tu, aku ternampak la bungkusan Snickers yang kau minat sangat tu ha. So, aku ambil ka semua yang ada kat situ. Tapi tiba-tiba, pada masa yang sama, ada seorang perempuan tu, dia pun nak ambik Snickers tu gak. ", Terang Adrian panjang lebar.

"Terus?", Hafizi meminta Adrian menyambung ceritanya.

"Lepas tu aku cakap la yang Snickers tu milik aku sebab aku yang dulu pegang Snickers tu. Then aku blah and bayar kat kaunter. Habis terpinga-pinga perempuan tu", Kata Adrian.

"Ha, perempuan tu la yang aku nak cakap kat kau ni. Perempuan yang aku jumpa tu, lawa bro. Kalau la kau tengok dia hari tu, perghh. Cair hati bro. Aku pun cair dah", Jelas Adrian lagi.

Hafizi menggaru dagunya yang tidak gatal itu. Dia cuba mengingat kejadian di KLIA. Pada masa yang sama, Azalea ada bercerita dengannya bahawa dia berebut Snickers dengan seorang lelaki. Adakah lelaki itu Adrian?

"Masa tu perempuan tu pakai baju warna apa?", Tanya Hafizi.

"Ermm, kalau tak silap aku, dia pakai blouse jingga, jeans kelabu. Rambut dia lepas bahu. Ada ikal sikit kat bawah. Uihh, memang lawa la. Kalau dijadikan orang rumah, sumpah aku rajin balik makan kat rumah semata-mata nak menatap muka dia", Adrian berkata dengan bersungguh-sungguh. Jarinya dikepalkan dan digoncang. Seperti beria benar ingin menjadikan wanita itu sebagai suri hidupnya. Dia ketawa kecil.

Berlainan dengan riak wajah Hafizi. Hafizi kelihatan sedikit terganggu. "Sah! Memang Azalea!", Kata Hafizi didalam hati. 

Adrian memandang wajah Hafizi dengan tanda tanya. Hafizi diam. Dia melambai-lambai tangannya di depan muka Hafizi tetapi tiada respon. Bahu Hafizi digoncang.

"Fizi!", Jerit Adrian bila hafizi tidak memberikan sebarang respon kepadanya.

"Hah?", Hafizi menjawab dalam keadaan yang terpinga-pinga.

"Kau mimpi apa? Aku syok cerita kat depan kau, kau buat derk je. Hai, tadi bukan beria kau nak dengar cerita aku. Ni bila aku dah cerita, kau nganga aje", Jawab Adrian.

Hafizi cuba mengukir senyuman. Tetapi di dalam hatinya hanya dia dan Tuhan saja yang tahu. Dia cemburukah? Ini bukan kali pertama dia mendengar lelaki memuji kecantikkan Azalea. Dulu masa di universiti ada juga yang memuji Azalea. Tapi dia tidak merasa seperti ini. Adakah ini yang dikatakan cemburu. Bila seseorang yang kita sayang di puji dan dipuja oleh orang lain, hati kita menjadi sesak. Fikiran entah kemana. Hafizi mengawal hatinya. Arghhhh, kenapa aku berfikiran begini. Adrian hanya memuji Azalea. Tetapi zahirnya, Azalea milik aku. Dan apabila aku kembali ke Malaysia, aku akan meminang Azalea. Hafizi menjerit sendiri di dalam hati.

     *    *    *    *
Meeting berjalan lancar. Nampaknya wakil dari syarikat pembekal bahan itu berpuas hari dengan rekaan Hafizi. Dan akhirnya mereka berdua berjaya lagi mengikat perjanjian dengan sebuah lagi syarikat di Indonesia. Adrian kelihatan sangat gembira. pasti papanya berbangga dengan pencapaiannya kali ini. Dan sudah tentu kejayaanya itu adalah kerana usaha keras Hafizi. Idea-idea yang dibentangkan oleh Hafizi memang bernas dan menarik. Kalau tidak, masakan meeting yang sepatutnya berlangsung selama 3 jam cuma menjadi 2 jam sahaja. Dengan cepatnya wakil syarikat itu bersetuju dan mereka memuji-muji idea-idea dan bangunan rekaan Hafizi.

Hafizi dan Adrian berjalan seiringan menuju ke lobi. Diluar masih hujan. Lebat. Bagai tiada henti.

"Bro, kau nak bali terus ke hotel ke?", Adrian bertanya kepada Hafizi.

"Ye la kot. Meeting kita semua dah selesai. Kalau boleh aku nak balik ke Malaysia dalam masa yang terdekat",  jawab Hafizi.

"Weh? Nak balik Malaysia? Kan haritu secretary aku dah book tiket flight untuk balik ke Malaysia. Kita ada lebih kurang 4 atau 5 hari lagi kat sini. Rileks la dulu bro. Kita amik peluang ni untuk bercuti. lagipun aku dah cakap kat papa, kita memang kan berada di sini selama seminggu. Kau tak nak cuti ke?", Adrian agak terkejut dengan cadangan Hafizi. Masakan peluang keemasan dibiarkan begitu sahaja. Apa la Hafizi ni. Angau sangat la tu ngan makwe dia. Adrian bermonolog sendiri dalam hati. Dia ketawa dalam hati. Hafizi, Hafizi. Dalam hati ada taman rupanya.

Hafizi diam. Dia memang ingin pulang ke Malaysia. Kenapa dia ingin pulang secepat yang mungkin, dia sendiri tidak tahu. Mungkin perbualan dia bersama Adrian pagi tadi sedikit sebanyak mengacau kotak hatinya. Arghh, kenapa dengan aku ni. Arghh, kacau!

"Hah, fikir apa lagi? Nak balik jugak ke?" Tanya Adrian bila dia melihat Hafizi masih diam.

"Kalau kau nak balik juga, aku tak paksa. Tapi kalau boleh, kau tak payah la balik dulu. Cuaca di Banda Acheh ni tak elok sangat. Nanti tak terbang pulak kau. kau balik dengan aku je la eh?" Adrian masih memujuk Hafizi.

Hafizi akhirnya mengangguk. Apa yang dikatakan oleh Adrian itu benar. Cuaca yang tidak menentu di Banda Acheh pada waktu terdekat ini mungkin menyebabkan dia terkandas di airport.

"Kalau macam tu, tak apa lah. Aku balik dengan kau je la. Lagipun tiket free kan?" Hafizi cuba bergurau.

"Ha, macam tu la kawan. Kau jangan risau lah. Ni la masa kita nak bercuti. Nanti bila dah balik Malaysia, entah-entah takda lagi peluang nak bercuti. Ye dop?", kata Adrian sambil bergurau.

"Yela. Betul juga cakap kau tu. Mana la tahu lepas ni aku tak ada peluang lagi nak bercuti", jawab Hafizi dengan selamba. Dia memandang Adrian yang tersengih-sengih di sebelahnya. Kemudian dia mengambil briefcase dan kertas drawing yang berada di tangan Adrian.

*   *   *   *
Setibanya di hotel, Adrian menghempaskan badannya ke atas tilam. Dia mengerling ke arah jam tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 6.30 petang Waktu Indonesia Barat. Adrian terasa penat. Badannya letih. Sudah dua hari dia tidak tidur dengan tenang. Ini semua gara-gara memikirkan dua perbincangan bersama client yang berlangsung pada dua hari berturut-turut ini. Ini merupakan tugas luar negara yang diamanahkan oleh Tuan Firdaus kepadanya dan dia tidak mahu segalanya gagal. Dan pada ketika ini dia boleh tersenyum dengan gembira kerana semua perbincangan telah mencapai kata sepakat. Dan yang paling penting, kedua-dua perbincangan itu tidak mengambil masa yang lama seperti yang dirancangkan. Dan semua ini adalah kerana kerja keras Hafizi. Dia amat berterima kasih kepada Hafizi.

Hafizi baru sahaja habis mengerjakan solat Maghrib. Dia memandang Adrian yang sedang bersantai-santai di atas katil. 

"Bos, Maghrib bos", Hafizi mencelah kesunyian.

Adrian memandang Hafizi dengan seribu tanda tanya.

"Ni ayat perli ke?", Adrian cuba menyembunyikan rasa kagetnya. Dia dan Hafizi selalu berkongsi cerita tentang kehidupan mereka. Termasuklah perangai-perangai liarnya semasa belajar di UK satu ketika dahulu. Hafizi tahu dia adalah seorang yang liat untuk sembahyang. Bagaimana cara untuk sembahyang pun dia sudah lupa. Segala doa-doa itu sudah tertinggal jauh dari hidupnya.

"Tak lah. Saya sekadar mengingatkan. Kalau bos nak sembahyang, saya bentangkan sejadah ni. Kalau tak, saya nak lipat dan simpan dalam almari", Hafizi menerangkan maksudnya. Bukan maksudnya untuk memperli Adrian. Dia kenal siapa Adrian. Tapi adalah kewajipan sesama Islam untuk mengingatkan umat-umatnya untuk mengerjakan solat.

Adrian segera bangkit. Dengan perlahan-lahan dia membuka butang kemeja putih yang masih melekat di badannya.

"Ermm, kau lipatlah sejadah tu. Aku nak mandi dulu", Kata Adrian lalu mencapai tuala di atas rak tuala. Kemudian dia melangkah menuju ke bilik air.

Mata Hafizi menyoroti langkah Adrian. "Semoga hati Adrian diberikan hidayah dan petunjuk", kata Hafizi di dalam hati.

Di dalam bilik air, Adrian membuka shower ke tahap yang paling kuat. Air turun mencurah-curah ke atas badannya. Terasa segar dan nyaman. lama dia berdiri di bawah shower itu. Tiba-tiba dia terbayangkan perempuan yang berebut Snickers dengannya di KLIA tempoh hari.

"Arghh, wanita itu. Kenapa dia selalu berada di minda aku?", Adrian bermonolog dengan dirinya.

Wajah lembut perempuan itu selalu bermain di ruang matanya. Masih teringat lagi warna coklat anak mata milik perempuan itu. Adrian mengeluh. Sepanjang hidupnya, dia tercari-cari perempuan yang memiliki warna anak mata yang redup seperti itu.

Setelah sekian lamanya membersihkan diri, Adrian menutup shower. Badannya terasa segar kembali. Hilang segala penat lelahnya. Dia mencapai tuala yang digantungnya di belakang pintu bilik air. Ketila dia keluar dari bilik air, dia terdengar suara orang tengah mengaji. Dia menjengukkan kepalanya keluar. Dia terlihat Hafizi sedang mengaji di atas katil. Hati Adrian mula terusik. Ada sesuatu yang mengganggu mindanya. 

Sudah terlalu lama dia terpesong dari jalan yang benar. Tanpa dipaksa, Adrian melangkah menuju ke arah Hafizi. Perlahan-lahan dia menyentuh bahu Hafizi.

"Fizi, waktu Maghrib masih belum tamat kan?", Tanya Adrian. Wajahnya nampak hiba.

Hafizi yang kusyuk mengaji itu menghentikan bacaannya. Dia merenung wajah Adrian. Terukir senyuman di mulutnya.

"Sejadah masih di atas lantai. Sengaja aku tak lipat. Kau ambik la wuduk dulu. Lepas kau sembahyang Maghrib nanti, boleh la kita sama-sama berjemaah untuk Isyak pula. Tak lama lagi nak masuk waktu Isyak", Terang Hafizi kepada Adrian. 

Adrian segera menyarungkan pakaiannya dan terus melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Tetapi dia sudah lupa semua itu. Perlahan-lahan dia memanggil Hafizi.

"Fizi, sini kejap", Pinta Adrian.

Hafizi yang masih duduk di atas katil terus berdiri dah berjalan menuju ke arah Adrian.

"Ada apa bos?", tanya Hafizi. Dia melihat muka Adrian yang terpinga-pinga berdiri di depan pili air.

"Aku...aku...aku tak tahu macam mana nak berwuduk", Akhirnya Adrian mengaku keadaan yang sebenarnya.

Hafizi tersenyum. Wajahnya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda terkejut. Ini kerana satu masa dahulu Adrian pernah mengaku kepadanya bahawa dia tidak tahu macam mana nak berwuduk. Perlahan-lahan Hafizi menunjukkan cara-cara berwuduk kepada Adrian. Adrian menurut segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Hafizi.

Hafizi mengajar Adrian cara untuk bersolat. Hafizi juga mengingatkan Adrian segala doa-doa yang dibaca ketika solat. Adrian menurut kata seperti anak kecil. Dalam hatinya tersentak. "Jahilnya aku selama ini".

Setelah selesai bersolat, Adrian mengajak Hafizi untuk makan malam di hotel saja. Lagipun di luar sana masih hujan.

*   *   *   *
Setelah selasai makan malam, Adrian melayan perasaannya di balkoni. Tiba-tiba, handphonenya berbunyi.

"Hello, mama?", Adrian menjawab panggilannya. Dari Puan Melisa, mamanya.

"Hello Addy, mama ni.", Jawab Puan Melisa.

"Ada apa ma? Mama buat apa tu?", Tanya Adrian. Terasa rindu benar dia pada wanita itu. Dia memang rapat dengan mamanya berbanding papanya. Ini kerana mamanya selalu saja memanjakannya. Tambahan pula, dia satu-satunya anak lelaki tunggal Tuan Firdaus dengan Puan Melisa. 

"Mama tengah menonton TV ni ha. Addy buat apa? Dah makan?", Tanya Puan Melisa.

"Dah mama. Tadi makan dengan Fizi", jawab Adrian.

"Oh ya, macam mana dengan meeting? Is everything ok?", Puan Melisa amat concern terhadap puteranya yang tunggal itu. Dia tahu perjanjian di antara suaminya dengan Adrian. Adrian perlu berjaya mendapatkan contract bersama dua syarikat di Indonesia.

"Ok mama. Semua berjalan dengan lancar. And the best part is, dua-dua meeting tu dah mencapai kata sepakat.", Ada suara riang di hujung talian Adrian.

Puan Melisa tersenyum lebar. " Syukurlah Addy. Mama happy sangat!".

"Thanks mama. Papa mana?", Adrian bertanya tentang papanya.

"Papa kamu, biasalah. Duk memerap dalam library tu ha. Boring betul mama.", Puan Melisa merungut terhadap ulah suaminya. Tuan Firdaus memang suka menghabiskan masa untuk membaca buku di dalam library di rumahnya.

"Biasa la tu mama. macam la mama tak kenal papa. Mama borak la dengan Sarah si mulut becok tu", Cadang Adrian kepada mamanya.

"Hurm, si Sarah ada conference kat Putrajaya. Seminggu duk sana. Kalau dia ada, tak la mama bosan macam ni. Kakak kamu pulak, on call memanjang. Asyik-asyik on call. Entah berapa orang yang dia rawat dalam sehari. Semua lah tak ada masa ngan mama", Ujar Puan Melisa.

"Eh, mama mana boleh cakap macam tu. Kak Fezra tu membantu orang tau. Buat baik dibalas baik tau!" Adrian cuba bergurau dengan mamanya. Dia tahu kakaknya itu sangat komited dengan kerjayanya.

"Buat baik dibalas baik la sangat. Tolong orang tu, tolong la jugak. Tapi jangan sampai tak ada masa untuk keluarga sendiri. Ini baru mama dan papa, nanti kalau dah kahwin, tak kan la nak on call setiap hari. Alamatnya  muncung sedepa la suami kat atas katil", Puan Melisa menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada anak sulungnya, Fezra.

Adrian tersenyum. Dia tahu apa point utama mamanya. Mamanya risau Fezra tidak kahwin-kahwin lagi. Ini kerana semua anak-anak kawan mamanya yang sebaya dengan Fezra semuanya sudah berumah tangga. Cuma Puan Melisa saja yang belum mendapat cucu. Itu yang merunsingkan hati Puan Melisa. Dia ingin juga menimang cucu. Tapi itu lah, kalau disuarakat hasrat hatinya itu kepada Fezra, jawapan yang sama saja keluar dari mulut Fezra, "Tak ada jodoh lagi la mama". Lagi-lagi itu yang dikatakan oleh Fezra. Kadang-kadang dia berasa marah kepada suaminya, Tuan Firdaus. Kalau tak kerana kehendak Tuan Firdaus, sudah tentunya Fezra tidak menjadi seorang doktor dan sudah tentulah kehidupan Fezra berbeza berbanding sekarang. Tapi apakan daya, Tuan Firdaus amat tegas dengan kehendaknya. Cuma Adrian seorang saja yang mampu menolak kehendak Tuan Firdaus. Itu pun bertahun-tahun Tuan Firdaus merajuk dengan Adrian.

Adrian mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Kerana statusnya sebagai anak lelaki tunggal di dalam keluarga, dia selalu mendapat apa yang dipintanya. Kereta mewah, dia dapat. Kondominium peribadi, dia dapat. Belajar di UK, dia dapat. Belajar dalam bidang Seni Reka, dia dapat. Semuanya dia dapat lah. Berlainan pula dengan kakak dan adiknya. Semua bidang yang mereka ceburi semuanya adalah kehendak ayahnya, Tuan Firdaus. Kakaknya menjadi seorang doktor kerana permintaan papanya dan sekarang adiknya mengambil bidang Business Administration, juga kerana permintaan ayahnya.

Pada mulanya, bidang BA itu adalah bidang yang patut diambilnya, tetapi dia menolak. Tuan Firdaus mengharapkan Adrian untuk belajar dalam bidang BA kerana hanya Adrian sahajalah yang diharapkannya untuk menerajui empayar Dana Corporation. Tetapi malangnya, Adrian tidak berminat dan bertekad untuk mengambil Seni Reka.

Sepanjang Adrian di UK, tidak pernah sekali Tuan Firdaus melawat Adrian. Duit poket Adrian juga tidak dikirimkannya. Adrian hanya hidup dengan duit biasiswa yang diperolehinya. Puan Melisa lah yang mengirimkan wang belanja untuk puteranya itu.

"Addy? Kenapa senyap?", tanya Puan Melisa bila Adrian senyap sahaja.

"Eh, tak ada apa-apa lah mama", jawab Adrian.

"Hurm, ok lah. Mama nak letak telefon dulu. Addy tu jaga diri elok-elok. Nanti jangan lupa call mama. Ni asyik-asyik mama ja call. Addy tak rindukan mama ke?", Sayu suara Puan Melisa kedengaran di corong telinga Adrian.

"Sehari dua ni Addy bust sangat la ma. Esok dah tak busy dah kot. Ok, nanti Addy call mama lah ok. Kirim salam pada papa, Sarah dan Kak Fezra", Sahut Adrian.

"Ok. Addy pun", Jawab Puan Melisa. Ketika dia ingin meletakkan gangang telefon, tiba-tiba dia terdengar suara Adrian menjerit di hujung talian.

"Mama!", Jerit Adrian. Dia berharap mamanya belum lagi meletakkan ganggang telefon.

"Hah, ada apa Addy", Tanya Puan Melisa.

Adrian menarik nafasnya dan menghembus nafasnya satu persatu. Hatinya dalam dilema. Hendak bagitahu atau tidak.

"Ermmm, mama, hari ni Addy....Addy...", Kedengaran suara Adrian yang tersekat- sekat.

"Hari ni apa Addy", Tanya Puan Melisa lagi.

"Hari ni Addy bersolat. Hafizi tolong Addy", Lancar sahaja tutur kata Adrian. Dia melepaskan keluhan kecil. Hatinya lega.

Puan Melisa tersenyum gembira. "Syukurlah Addy. Mama harap itu permulaan Addy yang terbaik. Mama gembira", jawab Puan Melisa. Ikhlas.

Adrian tersenyum lagi. "Ok mama. Itu saja. Bye. ", Adrian menekat punat merah di handphonenya. Matanya melilau keluar. Terlihat cahaya yang tadinya terang, tetapi sekarang sebahagian dari lampu-lampu itu telah padam.

"Baru pukul 10 malam. Dah gelap. Lampu-lampu dah padam", Kata Adrian. Dia teringat akan UK. Cahaya lampu sentiasa menyimbahi bandar-bandar di UK. UK tidak pernah gelap. Cuma yang gelap adalah kehidupannya. Hari-hari yang dilaluinya sentiasa terang, tetapi hatinya gelap. Dia alpa. Dia lupa pegangan agamanya. Dia jauh tersasar.

Adrian mengucap. Buat pertama kalinya dia mengucap setelah lama dia tidak mengucap kalimat itu. Dia meraup wajahnya.

"Ya Tuhan, besarnya cintamu padaku. Terima kasih Ya Allah, kau hadiahkan aku sahabat seperti Hafizi.", Adrian berterima kasih kepada Tuhan. 

Adrian melangkah masuk ke dalam bilik. Dia melihat Hafizi sedang kusyuk menonton sinetron Indonesia. Hah, kalau sudah di Indonesia, apa lagi, layan sinetron lah. Adrian melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Hem..kusyuk nampak", celah Adrian.

"Ah? Tak ada lah. aku tengah tengok drama Indon ni. Mai la join", Jawab Hafizi. Matanya masih tertumpu kepada skrin televisyen.

"Mamat Indon jugak kau ni eh. Perghh, mantap", Adrian mengangkat ibu jari kanannya ke atas dan menunjuk ke arah Hafizi.

"Hah, malam ni tak jugak kau begayut dengan buah hati pengarang jantung kau tu", Tambah Adrian lagi. Hairan, bila free macam ni, tidak pula Hafizi menelefon kekasihnya.

"Dia dah tidur agaknya. Lagipun sekarang kan dah lewat. Aku tak nak la ganggu dia. Esok dia kena bangun awal, kerja", Jelas Hafizi. pada mulanya tadi dia ingin menelefon Azalea. Tetapi port begayut di balkoni sudah diambil oleh Adrian. Jadi dia membatalkan niatnya untuk menelefon Azalea. lagipun sekarang sudah lewat. Biarlah. Esok masih ada.

"Hei, perempuan, kalau dah cinta, dia tunggu jugak tau. Kau ni tak sensitif langsung la bro. Kau tengok hari tu. Hah, pukul berapa dia call kau, pukul 1 pagi tau! Maknanya dia tunggu kau call, tapi kau tak juga call. Akhirnya, dia juga yang call kau. Apa la kau ni", Adrian menyurakan rasa tidak puas hatinya kepada Hafizi. Dia tidak tahu sejauh mana ego Hafizi atau memang sifat Hafizi seperti itu.

Hafizi tidak menjawab sepatah pun. Akhirnya Adrian mengambil keputusan untuk berdiam diri dan melayan saja sinetron Indonesia itu.

"Addy, kalau aku mati nanti, boleh tak kau jaga Azaela?", Hafizi memecah kesunyian.

Adrian yang sedang berbaring di atas sofa itu segera bangkit. Bagai terkena kejutan elektrik.

"Hah! Kau mengarut apa ni Fizi oii. Mulut tu jangan puaka sangat. Kang dimakbul Allah kang", Adrian membaling bantal kecil ke arah Hafizi.

"Aku cakap serius ni. Aku rasa hayat aku tak lama bro", Sayu sahaja suara Hafizi. Dia memandang Adrian.

"Kau ni, tu la aku cakap jangan tengok drama Indon, jangan tengok. Kau tengok juga. Ni ha, sekarang ni kau dah merapu macam dialog drama Indon ni hah. Dah, pegi tidur!", Adrian mencapai remote control dan memadamkan televisyen. Dia bangun dan menuju ke arah katil. Ditinggalkannya Hafizi yang terpinga-pinga di atas katil.

Adrian membaringkan badannya di atas single bed di sebelah kanan. Single bed di sebelah kiri berdekatan dengan balkoni itu sengaja dikosongkannya. Untuk Hafizi. Biar Hafizi dapat menenangkan perasaannya bila menghadap balkoni itu.

Adrian memejamkan matanya. Tapi dia tidak berupaya. Kata-kata Hafizi sebentar tadi masih bermain di mindanya. Dia mengiring menghadap televisyen. Hafizi masih duduk di sofa.

"Fizi, dah la tu. Tidur lah", Adrian memujuk Hafizi. "Kenapa dengan mamat ni. Over pulak dia malam ni", Kata Adrian di dalam hati.

Hafizi bangkit. Dia baring di atas katil yang satu lagi. Hafizi mengeluh panjang. Lengan kanannya di letakkan ke atas dahi.

"Bro, aku tanya kau sekali lagi. Sudi tak kau jaga Azalea kalau aku dah tak ada nanti?", Hafizi mengutarakan soalan yang sama kepada Adrian.

Adrian dalam sedar tak sedar pun menjawab, "Hah, yela yela yela. Aku akan jaga Aza...apa nama dia, Azalea tu nanti. Dah, aku mengantuk la", Jawab Adrian dalam keadaan yang separuh sedar. Matanya terasa berat. Dan akhirnya dia lena tanpa menghiraukan Hafizi yang masih melayan perasaannya di katil sebelah.

Hati Hafizi terasa lapang. Akhirnya dia bertemu jawapan terhadap soalannya. Entah kenapa dia menyuarakan soalan itu kepada Adrian. Ringan sahaja mulutnya bertanya soalan itu.

"Tuhan, apa jua yang Engkau telah titip dan tuliskan untuk kehidupanku, aku menerima semuanya dengan hati yang ikhlas. Jika kau ambil nyawaku, aku berharap agar orang yang amat aku cintai terjaga hatinya. Dan berbahagialah dia bersama insan yang aku pilih untuk menjaganya", Hafizi berdoa dalam hati.

~Andai cinta itu milik Azalea, ia tetap milik Azalea ~


*To be continue*

penat berfikir,
Bai!
♥arabella♥





No comments:

Post a Comment