Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Saturday, 1 October 2011

Apa Yang Best Tentang Twitter?

Hey hey hey hey! * buat peace tepi pipi sambil mulut muncung ala-ala mulut murai*

Topic kita hari ini ye kengkawan, Apa Yang Best Tentang Twitter? Sebelum tu, I nak tanya dulu, manis tak kurma itu? Kihkihkih

Hari tu ada my classmate, *his name Akmal* , dia tanya saya satu soalan. *Soalan terhangat di pasaran*

Akmal: Belle, ko ade Twitter tak?
Saya: Ada. Kenapa? *Sambil buat muka noob*
Akmal: Aku nak tanya sikit.
Saya: Tanya apa? *Bajet dia nak tanya account Twitter I. Haha*
Akmal: Apa yang best tentang Twitter ha?
Saya: *Dang!* Er, entah lah. * Kemudian berlakunya conversation ala-ala Makcik Timah dan Pak Mahat*

p/s : Aku pun tak kenal sapa Makcik Timah dan Pak Mahat.

So, di sini saya nak bagitau la my own pendapat tentang Twitter. So, Akmal, ko kena baca post ini! Hewhewhew.

1. Korang boley update seberapa banyak status yang korang nak. UNLIMITED.
Bagi yang memang tak berenggang dengan laptop @ handphone/smartphone tu kan and korang ni memang kaki social network, so Twitter adalah social network yang you must have. Why saya cakap macam tu? Sebab, you all boley update your status seberapa banyak yang korang nak. Tak kisah la 100 status per day or more than that. You can tweet as many as you want. Tak ada sesiapa yang nak komen banyak or nak lempang you. Sebab Twitter just have time line. So apa-apa post or status yang korang update, semuanya akan diuruskan oleh timeline you all. So, kalau ada your friends yang tak listed kan korang dalam list dia, so dia tak akan dapat baca timeline korang. Lain la if you ni artis hot or diva la kan? Hehe. Berbeza ngan FB, your updated status akan terus dipaparkan kat Home kawan korang. So nak tak nak, your friends kena la juga menatap beribu-ribu status korang. Walaupun dalam keadaan yang meluat sangat sampai mata terbuntang. Sehingga at the same time, they wanna remove you from their friend list. kah kah kah. Then, ada la friend korang yang fade up akan buat status macam ini "Wei, jangan bajet diva sangat la kan sampai beratus-ratus status ko update. Buat penuh wall aku je!". Kalau terasa, gulp, tahan je la.

2. Terasa privacy terjaga
Dengan Twitter, korang tak kan ada photo or album yang macam FB tu. So, kalau korang nak upload gambar korang yang kiut miut tu, korang kena la ada account Flickr ke, or social network yang lain yang simpan gambar. So, your friends tak boleh la stalk gambar korang UNLESS korang wat status, "this is my photo dengan bla bla bla", then korang letak link gambar itu. Tambahan pula, korang boleh jimat masa or upload data korang. 

3. No chat box
The most clear difference between FB and Twitter is, Twitter takde chat box. So, tak ada orang-orang yang korang tak kenal yang akan kacau korang and hantar chat berbahasa basi. So, memang private and confidential la kan. Lagipun kalau chatbox kat FB tu, dia punya bunyi *macam bunyi kentut* tu memang annoying kan? So, korang boleh rasa selesa la. 

4. Tak ada Games Application
Twitter tak ada Games Application. So, ini menjimatkan masa korang untuk surf internet la. Korang just tengok je timeline korang, and bila ada orang tweet korang, korang just reply. So, tak perlu bazir banyak masa untuk games. Lebih baik masa itu untuk membaca buku *chewah!*. I'm addicted to Farmville in FB. And honestly I said, I memang tak boleh duduk lena kalau I tak buka Farmville. Tapi bila I buka Twitter I, I tak perlu masa yang banyak untuk online. So, kan dah jimat masa saya. Boleh la saya gunakan masa itu untuk melabur di tandas. Perghh. Tapi kalau I buka FB, I perlukan masa berjam-jam hanya untuk menatap Farmville saya padahal tak ada hasil pun yang I dapat. Cuma kepuasan di alam maya je. Tapi realitinya I tak la sekaya seperti I dalam Farmville itu. Huhu.

5. Boleh follow artis yang korang suka
Bagi die hard fan macam saya, saya lebih suka follow my fav artists kat Twitter. Kenapa? Sebab, account Twitter mereka adalah yang benar. *I mean, the Twitter accout is belong to them. Not fake*. Bukan semua lah, tapi ramai. Tak macam kat FB, kalau type je nama Siti Nurhaliza, ada ramai giler yang nama Siti Nurhaliza. Lepas tu guna pulak gambar Siti sebagai prof pic. Sah-sah la penipu kan. So, kat Twitter, memang ada yang real. And kalau nak tahu itu memang yang real or tak, korang boleh try follow and kalau mereka ada update and status/tweet mereka munasabah * memang menggambarkan mereka ni artis*, so itu memang yang ori punya. 

So, I think itu je la kot yang I boleh fikir. Dah tak boleh fikir banyak dah ni. Otak dah tepu. Hewhewhew. So, apa lagi, cepat-cepat create your own Twitter account! Hehehe. And add saya! ---> Twitter saya! =)

Itu je la kot.
Bai,
xoxo
♥arabella♥

No comments:

Post a Comment