Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Monday, 31 October 2011

Auf Wiedersehen Oktober


Hello semuanya!
Korang korang korang! Apa cer malam malam ni?

Dengan mata yang berat *serious sangat berat!*, nak juga update belog ni. Hehe. Esok kita akan melangkah ke bulan yang baru iaitu November. 

So, mari kita ucapkan goodbye pada Mr. October yang hensem dan macho ini. HAHA.
Jom buat pesanan ramai-ramai pada beliau. Jom jom jom!
*Please leave your COMMENT okae!*
=)

So, ini adalah surat cinta saya pada Mr October :
Dear Mr October, thank you so much because you made my day full of happiness & joy. The Sun shines everyday. I hate when the rain fall down, never fail. My evening full of afraid because you give my day some big storms.  I have to postpone my trip to Broga Hill, just because of the rain didn't stop. 

Mr October, I have to sit for many tests in your month. And I hate it so much. I hate it more when I cannot answer all of the questions. Hey, why you make my life become more difficult? Please answer me.

I love you and I hate you.

Bye, 
♥arabella♥

Happy Halloween everyone!!
"Aku tengok macam angri bird je ni" HAHA!




Berbakti di Rumah Amal Limpahan Kasih

Hello semua!
Apa cer hari ni? Saya sihat-sihat saja. =)

Seperti yang saya janjikan (walaupun terlambat sehari), saya nak berceloteh pasal aktiviti saya pada hari Sabtu yang lepas. Boleh? =) 

Hari Sabtu lepas, saya dan kawan kawan yang saya suka iaitu Syikin, Aini dan Cik Ina telah join satu program anjuran PERKA (Persatuan Budak-budak Civil Engineering). Kitaorang telah melawat Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong, Selangor.

Ini first time kitaorang ikut aktiviti macam ni. Semua ni gara-gara nak kumpul markah untuk Kemahiran Insaniah. HAHA. Tapi ikhlas tau! *wink*

muka bajet comel tapi ikhlas =)

Kitaorang buat gotong royong. Semua tunjuk rajin. Haha. Angkut pasu la, kutip sampah la, sapu daun kering la. Tapi sangat best!

Alang-alang pakai tudung macam Yuna, kerja pun kena bajet Yuna la.

Kerja sampai tangan menjadi HITAM! Tadaa!


Ini bukan DUSTA! Ini BENAR belaka! Hehe

Lepas kerja gotong royong ni, kitaorang ada LDK. Tapi SEDIH sekali sebab saya TAK DAPAT join LDK ini sebab saya tak dibenarkan masuk dalam surau. Hati rasa oren je. So, jadi la penunggu kat luar surau tu. Nasib baik ada jugak geng-geng tersisih. Haha.

Geng tepi surau. HAHA. Cantik kan kami? *ouh, perasan!*
Part paling best adalah bila tiba bab-bab makan. Memang superb! Rugi kalau tak join!
Sedap! Tengss la makcik makcik yang masak ni untuk kami.
p/s: Sambal belacan dia paling best! Ada kuini. Memang sedap + pedas.

Lepas lunch, ada LDK lagi dan lagi. Oleh kerana saya tak dapat join LDK, jadi apa lagi, mula la mengambil beberapa gambar yang bajet DIVA. 


Baby ini sangat comel. Muah3! Bagi je la kat sapa-sapa pun, dia tak nangis. Memang bagus betul budak ni.



Antara gambar DIVA yang di captured. HAHA.

Aset penting DIVA. Bunga kena BESAQ!








Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Macam klise sangat kan dengan apa yang korang maybe pernah lalui. Tapi budak-budak ni enjoy je. =)

Kitaorang balik lewat petang. Before balik, kitaorang makan nasi beriyani pulak. Perghh, memang rezeki jangan ditolak betul lah! Haha. Gambar nasi beriyani tak sempat nak snap sebab tak sabaq nak makan. Haha.

So, seperti biasa, bila nak balik tu, kena la ambil gambar diva sekali lagi. HAHA!






Done with the photos! Haha.

So, itu je la yang saya nak share untuk kali ni. More photos ada dalam my Facebook. Hehe.

Sempena dengan melawat anak-anak yatim ni kan, saya nak share la satu VC. Boleh kan? 



So, that's all.
Bai!
xoxo,
♥arabella♥

Pesanan penaja : Sekarang ni saya sedang bertungkus lumus memerah otak untuk menyiapkan novel online saya. Horay!




Saturday, 29 October 2011

Letih

Hello everyone!
 I miss you all.
Lama tak jumpa kat belog ni kan?
=)

Sorry, dua tiga hari ni sangat busy. Ada 2 test dalam 1 hari so terpaksa study 48 hours non-stop. Tapi bila mai test, dapat soalan yang entah apa-apa, dan akhirnya TAK DAPAT JAWAB!
 Memang FRUST MENONGGENG! Serious, saya memang frust. mintak-mintak la ada markah terselit kat mana-mana jawapan tu.

Hari ni my start at 7 am. Saya bangun lambat. Ada program Bakti Ilmu kat Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong. Rumah anak-anak yatim.

Story & gambar, saya update esok la eh? Sekarang sangat letih la. Sorry.
Hope korang check check check it out esok okae?

Before tu, layan video clip ni. =)

Here Comes Goodbye by Rascal Flatts.
Cheers!

Love,
xoxo,
♥arabella♥ 

Thursday, 27 October 2011

Review Filem : Laskar Pelangi

" Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya... "

Sumber : Nidji Lyrics : Laskar Pelangi

Hi korang!
Sweet tak intro untuk post kali ni? =)
*Perasan lebih nak dipuji*

Kali ni saya nak review sikit pasal filem yang saya tonton semalam iaitu Laskar Pelangi. Maybe ada diantara korang yang pernah menonton filem ini. Tapi bagi yang tak pernah, saya suggest filem ni masuk dalam 'must watch' list korang ye. =)


Kisah ni menceritakan tentang FRIENDSHIP, EDUCATION, DREAMS AND STRONG WILL. Laskar Pelangi adalah Karya Andre Hirata, seorang penulis novel di Indonesia. Kebanyakkan filem dari Indonesia yang berdasarkan novel semuanya ngetop ngetop juga kan? Contohnya, Ayat-Ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih. (Sekadar menyatakan beberapa novel sahaja). 

Berlatarkan scene di Belitung Islang (Memang cantik pulau ini), dan berpaksikan kehidupan rakyat-rakyat yang kurang mampu untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna, saya rasa filem ini sangat perfect dari segi sinematografi jalan cerita.




Ada yang lucu, yang membolehkan kita bergelak di dalam kesedihan. Dan ada yang sedih sehingga kita menitiskan air mata.

Filem ini mengisahkan 10 orang budak miskin yang mendapat pendidikan di sebuah sekolah agama yang famous di Pulau Belitung. Sekolah Agama Muhamadiyyah akan ditutup jika tidak mendapat 10 orang pelajar, dan luckily sepuluh orang budak ini telah menyelamatkan nasib sekolah ini.

Daripada sekolah yang terbiar (kondisi sekolah yang usang dan buruk) budak-budak ini mampu menjadi Juara untuk Karnival Di Antara Sekolah dan juga Juara untuk sebuah pertandingan yang serupa dengan pertandingan Sains & Matematik.

3 watak utama ialah Ikal, Lintang dah Mahar. Ikal adalah pelajar separa pandai, Lintang adalah seorang anak sulung dan dia adalah pelajar yang paling genius, dan Mahar pula tidak boleh berenggang dari radio buruknya. Manakala 7 pelajar yang lain adalah Sahara (satu-satunya pelajar perempuan), A Kiong, Samson, Syahdan, Borek, Trapani, Harun dan Kucai. 

Ikal berasal dari keluarga pertengahan. Bapanya adalah seorang pekerja di PN Timah (Syarikat yang paling famous di Pulau Belitung). Lintang pula berasal dari keluarga yang sangat miskin. Bapanya seorang nelayan. Hidupnya kais pagi makan pagi. Tidak mempunyai ibu dan hanya bergantung pada ayahnya sahaja. Manakala Mahar pula keluarganya adalah orang-orang yang biasa sahaja, seperti Ikal.

Di sekolah agama itu mereka dinilai bukan dengan gred, tapi dinilai dengan hati dan perasaan guru mereka iaitu Bu Muslimah dan Pak Harfan. Kiranya, mereka tidak mempunyai sistem pemarkahan yang khusus. Tapi seriously, semua meraka adalah orang-orang yang unik dan lain dari yang lain.

Filem ni banyak mengutarakan dialog yang kita mudah nak faham kerana dialek yang digunakkan ada sipi-sipi dialek Melayu. Bila tiba scene yang lucu, saya boleh gelak besar, tapi bila tiba scene yang sedih, saya bisa mengalirkan air mata.

Scene yang paling menyedihkan bagi saya adalah bila Lintang menarik diri untuk bersekolah. Lintang adalah pelajar yang pertama mendaftar untuk menjadi pelajar tetapi dia adalah orang yang first quit. 

Kenapa?
Kerana ayahnya meninggal (mungkin lemas di lautan) dan sebagai anak sulung, semua adik-adiknya bergantung harap kepadanya. Memang sedih giler scene ini. Seriously. 

Bila semua mereka sudah besar, Ikal telah berjaya dan akan ke Sorbonne, Perancis (masa dorang kecik, Lintang pernah menceritakan perihal Negara Perancis pada Ikal). Semasa dia pulang ke Pulau Belitung, dia bertemu dengan Lintang. Kehidupan Lintang masih seperti dulu, masih susah dan jauh berbeza dengan kehidupan Ikal yang sekarang. Tetapi semangat perjuangan Lintang tidak luntur. Semangatnya diterapkan pada anak perempuannya, yakni dia berharap agar anak perempuannya mampu berlajar setinggi yang dia pernah mimpikan satu masa dulu. Mahar pula telah menjadi seorang penulis novel yang terkenal.

Filem ini telah mengajar saya tentang HARAPAN dan CITA-CITA. Setiap kita amat beruntung kerana kita mampu mencapai cita-cita kita. Tapi apa yang berlaku pada Lintang adalah sesuatu yang kita perlu ambil iktibar. Walaupun dia tidak berjaya mencapai cita-citanya, tapi dia masih memberi semangat pada anaknya untuk melanjutkan cita-citanya. Semangat itu yang kita nak.

So, kawan-kawan yang kita suka, AYUH! Buktikan yang kita BOLEH! Kita Boleh!!
Rezeki kita ada dimana-mana. Tuhan memberikan rezeki yang berbeza untuk kita, jadi hargailah apa yang anda miliki.


Hati saya masih berasa sedih bila mengenangkan jalan cerita filem ini. Filem ni masih ada sambungan iaitu Sang Pemimpi. Adaptasi dari novelis yang sama. Dan ada dua lagi sambungan iaitu Endensor dan Maryamah Karpov. Tapi I don't know samada dua novel ni ada diadaptasikan kepada filem atau tak.

Hurm, macam nak cari je buku ni kan? Mesti best!

kalau korang nak Google pasal cerita ni, sila lah Google. I think encik Google akan tolong you all. =)

So, itu saja pasal filem Laskar Pelangi ni. Nanti bulan depan saya post pasal review untuk Sang Pemimpi ye?

I leave you a VC, Laskar Pelangi from Nidji. So, enjoy!

=)
xoxo,
Bai!
♥arabella♥



Wednesday, 26 October 2011

Deepavali!

Hello korang!
Apa cer hari ni?

Saya nak ucap Happy Deepavali kepada semua yang beragama Hindu. Diwali Diwali Hey!

Korang pergi sambut @ berkunjung ke rumah kawan-kawan yang menyambut Deepavali tak arini? Mana la tau kan kalau ada yang menari Bollywood kat Brickfield tu ke. 1 Malaysia la katakan.

What about me? Saya tak sambut pun. teringin juga nak sambut Diwali ni. Tak pernah sambut. Teringin nak pakai sari yang cantik-cantik tu. Wah, bergaya de vas gitu. *Amboi, ko berangan nak pakai sari ye, body tak solid, TAK PAYAH berangan!!* HAHA!

Tapi apa salahnya kan? Tak semestinya body macam Aishwarya Rai je yang layak pakai sari. Sekarang ni sari ada saiz besar ape? Haha! *Perasan*

Tak ape, next year kita sambut Diwali beramai-ramai okae? *Moga-moga*

So, mode untuk hari ni adalah Bollywood la. Apa lagi kan.
*Bahu goyang-goyang ala hero Tamil. Siap pakai sunglass*
Amacam, lawa tak? Haha!

Jadi sempena Diwali ni, saya share la satu videoclip Boolywood yang always be my favourite since I was 9 years old.
Video ape tu??

Naa! Tadaa!


Evergreen lagu nih!

That's all.
xoxo,
Bai!
♥arabella♥

Tuesday, 25 October 2011

Nak Makan Ke Tak?

Hi korang semuanya di serata dunia!
Wanita-wanita yang cantik dan lelaki-lelaki yang handsome. Semuanya dijemput untuk baca blog saya!
Bagi yang first time terjumpa blog ini, thanks sebab sudi membazir masa korang untuk membaca carutan saya. Hehe. Bagi yang dah selalu baca, terima kasih banyak-banyak. Muahh! Korang memang yang the best!

Nak dipendekkan cerita, tadi saya singgah di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam. Memang port yang wajib dikunjungi bila habis kelas. Untuk ape? Cari makan lah. =). Hari ni memang tak ada idea nak makan apa, so last-last saya dan kawan-kawan yang saya suka (Syikin & Aini) pun decide la nak beli Nasi Kerabu. Wehewhewhew. Selera Pantai Timur pula petang ni ye.

Kitaorang pergi la gerai No 1 (Kalau tak silap). Bagi yang selalu makan kat DC tu, kedai ni memang famous la dengan tag line kakak-kakak Indon yang kerja kat situ. Tag line nya ialah, "Panas panas panas. Panas dik!". Walaupun hanya bawa sambal belacan je pun! Nak juga sebut tag dine depa tu.

Manusia memang ramai. Beratoq panjang noh. Tunggu giliran untuk di serve. Apa yang saya nak share ngan korang hari ni adalah KETIDAKPUASAN HATI saya pada kakak kakak Indon yeng bekerja di situ. Lama dah saya asyik mengomel pasal atitude dorang ni. Kalau nak cakap pasal attire tu, memang out of class lah. Tangan pula tak berlapik/berbungkus kalau nak ambil makanan. Lepas tu yang paling saya tak boleh terima, kakak tu boleh pulak menguap dengan seluas-luas mulut ternganga dia depan makanan. And tambah lagi BERSIN!!!! 

Arghhhh!!!!!!!!!!! Pengotoq!!!!!!

Nak je saya cabut lari!!!!!!!!!!!!

RM5 melayang begitu sahaja dengan membeli Nasi Kerabu yang dot dot dot.

Nak MAKAN ke TAK??

Nampaknya, makan ayam & roti je la malam ni.

Rasa hati : Sangat sengal, sebal, marah, nak pitam pun ada.
Iktibar: Tidak akan makan di situ lagi.
Conclusion: Anggap je la RM5 tu sedekah.

Ok, itu saja.
Bai!
xoxo,
♥arabella♥

Monday, 24 October 2011

Rascal Flatts - What Hurt The Most

Hi!
Nak share satu lagi VC.
Layan je la eh?


xoxo
♥arabella♥

Lady Antebellum - Just A Kiss

Hi korang!
Nak share satu videoclip.
Tadi saya share Mistletoe by Justin Bieber.
So, now saya nak share Just A Kiss by Lady Antebellum.
Enjoy!



So, what say you?

xoxo,
♥arabella♥

Mengarang Dari Hati


Hujan turun lagi
Tapi sudah berhenti
Kilat sabung menyabung
Guruh berdentum dentum
Ahh hujan
Kenapa kau datang?

Hati ini mengarang lagi
Mengarang sebuah puisi
Entahlah
Aku tak tahu dari mana bakat ini hadir
Ia seperti angin
Mengimbas pendengaran
Idea pun datang
Kadang-kadang banyak
Kadang-kadang satu pun tak ada

Apa cerita hari ini?
Biasa-biasa saja
Seperti insan lain
Aku juga bergelak ketawa
Bersama kawan kawan yang aku suka

Hidup bertambah ceria
Kita lupakan segala duka
Duka itu satu cubaan
Ahh! Biarkan!

Moga hari esok bisa bertemu kebahagiaan


xoxo
♥arabella♥

p/s: Zahiril Adzim akan melangsungkan perkahwinannya dengan bidadari hatinya @ pelengkap rusuk kirinya tak lama lagi.

Iktibar untuk diri sendiri : Aku masih mencari empunya rusuk milikku.

Khas untuk korang semua
Layan~~

Mistletoe by Justin Bieber

Sekian.

Sunday, 23 October 2011

Live Chat With Adi Putra

Hello korang!
How's your day?
Mine was going that well. Yea, you know, hostel's life. Boring. I woke up and I took my bath and then I went to the cafe and had my lunch.
What a simple life chronology. 

My day went well. Syikin was sick. Gastric. So I accompany her to Klinik Najat, Seksyen7. Balik dari klinik, kitaorang makan kat Bintang. Sedap. Macam selalu. Lepas tu balik kolej la. Jalan kaki ok!

Back to the post title, I had a live chat with my favourite actor, Adi Putra. (Calon suami ni! HAHA!). Memang best. Walaupun dia tak reply my chat. (HUHU), tapi bila tengok dia kat webcam tu, memang teruja and happy giler. Yang webcam tu pun gambar Adi tersekat-sekat (biasalah, wifi lembab), tapi dapat juga dengar Adi menyanyi and bercakap-cakap secara live. Wah wah wah, malam ni mimpi Adi Putra lah ye!

Adi Putra with his cap! suka! ♥♥



Dia lagi!


My chat : bila DON 2 nak ditayangkan
Adi replied : tak tahu lagi bila filem SRK nak ditayangkan.
Saya sangat happy! Adi reply tweet yang ini!!

Untuk pengetahuan korang, Adi Putra live chat ni sempena Anugerah Skrin 2011 yang akan datang. 
Tele-drama Adi Putra yang tercalon adalah Air Mata Nur Salina. So, marilah kita undi beramai-ramai untuk tele-drama ni, ok? Hehe.

So, itu je lah nak bagitahu korang. Apa-apa info tentang Adi, korang boleh tweet Adi kat Twitter dia. @ADPadiputra. Saya adalah salah seorang followers Adi Putra. =)

Well, I think that's all. Bubbye lovers!

xoxo,
♥arabella♥

p/s : Hatiku Milik Azalea Part 6 dah release. Yang part 7 pulak maybe dalam seminggu dua ni.
Thanks pada yang dah baca. Please do leave your COMMENT yea?


Saturday, 22 October 2011

Kehidupan Di Hari Sabtu

Hello korang!
*lambai tangan dengan kelajuan 80km/hr*
Macam mana dengan weekend korang? I hope you enjoyed your Saturday.

So, how's mine?
Yesterday one of my classmate invited me to join his small tour to Broga Hill, Semenyih. Saya pun memang super duper excited lah nak pergi. Tambah-tambah lagi Broga Hill memang salah satu tempat in my 'MUST GO & VISIT' list. Sebab saya dengar kat sana memang pemandangan dia sangat cantik. And the sunrise juga sangat lawa. So, sepanjang petang Jumaat tu saya memang happy giler! OMG! Happy happy yeay! 


owh! Sangat teringin nak pergi sini!!

Very nice!

Tapi tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya. Plus dengan package encik guruh dan encik kilat. Terima kasih la pada encik berdua kerana hadir menemani encik hujan dan sekaligus membuat semua rancangan saya GAGAL! Patah seribu hati saya dan Syikin. Menangis tak berlagu. Dah la time kawan saya hantar SMS yang mengatakan plan itu tak jadi, Syikin and I dah berada di dalam lift Kondominium Kristal. (Syikin and I nak bermalam kat tumah Pikah, so that my friend senang la nak jemput kitaorang awal-awal pagi). 

Ini saya. Syikin..er...er...gambar lain. Haha.

So, plan nak pergi Broga Hill telah bertukar kepada 'SEHARI BERSAMA SOSO DAN PIKAH DI KRISTAL'. Amacam, fun tak? Dalam sedih dan kecewa, ada fun jugak. Rumah dorang best. Besar dan selesa. Kitaorang chat sampai ke tengah malam. HAHA.

Pagi-pagi lagi Pikah buat breakfast untuk kitaorang. Roti telur dan milo panas. Ferghh (bukan typo yer, tapi ini ajaran dari Soso). Memang sedap! HEHE. Lepas tu, Soso and her house mates buat jemput-jemput yang comel dan molek. Memang sedap. Terima kasih korang semua! Mwahh!

Sedap!



Pukul 3.30 petang baru lah Syikin dan saya balik. Tapi tak balik ke hostel. Kitaorang keluar cari makan di McD PKNS Seksyen 2 pula. HOHO! Before that kitaorang jalan-jalan kat Taman Tasik Shah Alam. Buat apa ye? Apa lagi, SNAP SNAP & SNAP lah! HAHA.









^inilah diantara gambar-gambar perasan yang kitaorang captured..ada BANYAK lagi. ^

Lepas kenyang, apa lagi, balik la. Naik bas kesayangan kitaorang. BIT masuk, BIT keluar. Haha. So, sekarang dah kat hostel. Masa untuk berlingkar di dalam selimut. 

So much fun today.
Bai!

xoxo,
♥arabella♥