Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Thursday, 29 September 2011

Siapa Kamu Wahai Sang Bulan

Hari ini menaip lagi,
Menaip tanpa henti.
Hati bercelaru lagi
Entah kenapa fikiran tidak tenang
Fikirkan kamu atau yang lain
Entah, aku bingung.

Menarik nafas lega
Cuba kosongkan minda
Tapi tak berupaya
Bayangan kamu masih di mata
Siapa kamu?
Siapa kamu wahai bulan?
Kenapa kamu menghantuiku?
Apa salahku?

Aku sedar aku manusia biasa
Tidak punya rupa dan harta
Kau tahu aku selalu mimpikan kamu
Tapi kenapa dahulu kamu tidak pernah muncul?
Aku separuh mati merindukanmu
Aku menantimu.
Huh, aku kesal.

Aku bukan manusia yang terdesak
Umur bukan faktor untuk aku berkhayal
Berkhayal tentang kehidupan di masa depan
Tapi khayalan itu adalah impian semua orang yang bergelar manusia.
Aku tidak dapat lari dari kenyataan itu.

Kenapa kamu mengambil masa yang terlalu lama?
Kenapa tidak hari ini?
Kenapa tidak esok?
Aku dilahirkan bukan untuk menunggumu Bulan
Aku lahir untuk memujamu
Untuk mencintaimu
Dan aku lahir untuk berada di sisimu

Bulan,
Jikalau kau mengerti apa perasaan aku,
Hadirlah Bulan
Hadirlah
Biarpun hanya dalam mimpiku

Bulan,
Aku merindui kehadiranmu
Aku bosan menunggu
Aku cemburu pada yang tidak menunggu

Siapa kamu Bulan?
Istimewakah kamu?
Berhargakah kamu?
Beertikah kamu?

Jika ya,
Aku sanggup menantimu hingga akhir nafasku.

♥arabella♥

No comments:

Post a Comment