Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Sunday, 14 August 2011

nak cari mr. perfect

Esok Ahad!!haha..hari minggu kata orang kan. So, bagi korang yang dah bekerja dan masih bersekolah tu, silalah lepaskan segala tensyen anda pada hari ahad ni. Lantak korang la nak buat apa kan. Itu hak korang. Sebab selepas Ahad, hari Isnin menjelma. Saya tau, semua orang paling malas bila tiba hari Isnin. Kenapa ya? Isnin permulaan minggu, so tenaga and azam kota sepatutnya masih tip top lagi. Semenja dua menjak saya bercuti 4 bulan ni kan, semua hari-hari yang saya lalui semuanya sama. Sampaikan saya tidak tahu hari ini hari apa. huhu. Maybe lepas masuk semester baru nnti baru la ternganga bila tibanya hari Isnin. Ye la, baru je bertungkus lumus siapkan homework pada Sabtu and Ahad yang lepas, hari Isnin da dapat assignment yang baru. Mana la tak bengang kan. Tapi bila cuti terlalu lama ni, otak pun jadi semakin mampat dan sempit. Kenapa ya? Nak tahu kenapa? Sebab terlalu banyak makan masa cuti. haha. Semua void dalam badan dah tersumbat ngan makanan. haha. Badan pun naik banyak masa cuti ni. Kalau cuti je, memang selera makan berada di tahap yang maximum. Ye la, dah kat rumah tu mak yang masak. of course la melantak abis-abisan. Rezeki jangan di tolak. Nanti da balik kampus, kurus lah balik. Opss...kalau kurus. haha..Tapi selera makan tu ada la kurang sikit nanti sebab kat kampus tu memang takde makanan yang sedap sehingga menjilat jari. Yang ada hanyalah makanan yang harganya mahal sampai rasa macam nak mencukur bulu kaki! 

Semester baru nanti saya nak buka la buku baru ye. Nak belajar rerajin supaya result bertambah-tambah, tanak keluar shopping lagi, nak jimat ptptn saya, tanak keluar tengok wayang lagi. Cehh...azam nak bagai. Kita tengok aje la nanti. Kalau tercapai. haha. Dan yang penting, saya nak cari Mr. Perfect. 

Mr. Perfect? Alamak, mana nak cari?? Student Civil takde yang handsome2!! Student Mechy pulak, semuanya muka ala-ala lelaki melayu terakhir. Haaa, jom cari budak Chemy pulak! Budak chemy cun siot! Semuanya kulit cerah. Biasa la, dak-dak chemy ni bukannya keja kat luar. Asyik dok dalam ekon je. Kalau budak Civil & Mechy tu, sah-sah la dok buat projek kat luar. Kulit pun hitam legam. Budak Elec pun tak kurang handsomenye yerr. haha..

Ok, Target untuk semester baru nanti:
Result : AD
Mr Perfect : kita tinjau fac chemy & elec
Tabiat makan : akan dikurangkan
Sifat malas : akan dinyahkan
Shopping : yang ni KIV dulu la ye

So, amacam? Ada bran?

kekabu-kekabu bantal
♥arabella♥


No comments:

Post a Comment