Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Tuesday, 30 August 2011

Love Story : Hatiku Milik Azalea (Part 2)

Azalea dan Hafizi memilih untuk duduk di ruang luar restoran. Lebih selesa katanya. Lagipun tak ramai orang duduk di luar. 

"Lea nak makan apa?", Tanya Hafizi.

"Hurm. Apa-apa je lah Fizi. Lea tak kisah. Fizi pilih la apa yang Fizi nak", jawab Azalea.

Hafizi memilih set makanan untuk dua orang beserta salad. Dia tahu Azalea suka makan fresh salad. Raut wajah Azalea ditatapnya. Lama. Cantik.

"Kenapa Fizi pandang Lea macam tu?", tanya Azalea. Dia tidak selesa bila Hafizi memandangnya begitu. 

Hafizi hanya tersenyum. Wajah Azalea masih dipandangnya.

"Saja. Rindu.", pendek sahaja jawapan Hafizi.

"Rindu la sangat. Tu la. Fizi tu sibuk sangat. Kerja sana sini. Nak jenguk Lea kat kedai bunga pun tak ada masa.", Azalea merungut.

Hafizi seorang yang komited dengan kerjanya. Kadang-kadang Azalea merasa terpinggir dengan sikap Hafizi. Pernah suatu ketika, Hafizi membatalkan dinner ulang tahun relationship mereka semata-mata kerana kerja. Azalea hanya mampu menahan rasa. Bila disuarakan pada Hafizi, Hafizi hanya menjawab, 'Kerja sayang, kenalah buat.'

Tidak lama selepas itu makanan yang dipesan pun sampai.

"Lea, lusa Fizi outstation. Ada project besar. Bos suruh Fizi uruskan.", Hafizi mencelah suasana.

"Outstation kat mana? Berapa lama?", Tanya Azalea. Tangannya menguis makanannya.

"Indonesia. Seminggu. Company Fizi dapat project. It's a join venture project between Dana Corporation and some other company di Indonesia. Developement project di Acheh.", jelas Hafizi panjang lebar.

"Acheh?", Azalea mengangkat keningnya. Kemudian tersenyum.

"Kenapa senyum? Takut tsunami ke?", Hafizi meneka.

Azalea mengangguk. Hafizi membalas senyuman Azalea.

"Lea ni. Ada-ada je. Tsunami tu dah lama berlaku.", kata Hafizi.

"Fizi pergi dengan siapa?", Azalea bertanya. Bukan maksudnya untuk jadi busybody. Tapi dia harus tahu, untuk mengelakkan salah faham.

"Secretary bos, Maya", jawab Hafizi acuh tak acuh. Dia terus leka menyuap makanannya. Azalea tidak ditenungnya.

Muka Azalea berkerut. Nini? Ishh, tak kan kot. Azalea berhenti menyuap makanannya.

"Kenapa Lea? Dah kenyang ke?", Hafizi bertanya. Dipandangnya wajah Azalea. Dia tahu apa yang bersarang di dalam hati wanita itu. Cemburu lah tu. Hati Hafizi ketawa kecil.

"Fizi pergi dengan anak bos Fizi la. Adrian.", Hafizi tersenyum. Mengejek Azalea.

Azalea mencebik. Tahu ye, nak kenakan aku! Sengaja la tu. Nak tengok aku cemburu.

"Malas la nak layan Fizi ni. Ada je benda yang nak sakitkan hati Lea. Geram", Azalea merungut. Geram.

"Takkan nak merajuk kot. Ha, ibu apa khabar? Sihat?", Hafizi teringatkan Puan Aida.

"Sihat. Ibu kirim salam. Dia tanya, bila Fizi nak masuk meminang?", soal Azalea. Wajah Hafizi di tatapnya. Azalea tersenyum.

"Ikutkan hati Fizi ni, malam ni juga nak masuk meminang", jawab Hafizi. Ada senyum di bibirnya.

"Tapi, ye lah, sekarang ni Fizi terikat dengan kerja. Fizi tak nak janji apa-apa dulu. Nanti kalau Fizi tak balik-balik lagi, kang, janji tu tinggal janji je. Nanti Lea hentam Fizi pulak.", gurau Hafizi. Dia ketawa.

"Fizi ni. Apa cakap macam tu. Fizi akan balik lah. Bukan nya lama pun outstation tu kan. Akhir-akhir ni Fizi banyak kali dah cakap macam tu. Hati Lea tak tenang lah.", jelas Azalea.

Sejak akhir-akhir ini Hafizi banyak bicara tentang benda yang pelik-pelik. Hati Azalea menjadi rawan. Bila ditanya kenapa, Hafizi hanya tersenyum kecil. Dikatanya Azalea pula yang fikir bukan-bukan. Azalea berdoa dalam hati, Tuhan, Kau jagalah Hafizi walau dimana dia berada. Hambamu ini sangat mencintainya.

                       *                 *                    *                     *                    

Semalaman Azalea tak tidur tenang. Fikirannya masih memikirkan kata-kata Hafizi malam tadi. Hafizi adalah lelaki terbaik untuknya. Lelaki yang sabar dan tenang. Dia api, Hafizi air. Bila dia marah, Hafizi lah yang menenangkannya. Hafizi banyak membantu dia dan ibunya. Ketika ayahnya, En Taufik meninggal, Hafizi lah yang banyak membantu kewangan mereka. Hafizi juga yang menyelamatkan kedai bunga Puan Aida daripada di jual. Azalea sangat terhutang budi pada Hafizi.

            *                 *                       *                       *                         

Keesokkan harinya. Di kedai bunga.

"Lea, pukul 10 nanti jangan lupa ya. Hantar pesanan Dana Corporation.", Jelas Puan Aida.

"Ok bu. Lea ingat. Mana bunganya?", Tanya Azalea. 

"Cuba tanya Maria kat belakang tu. Dia yang gubah bunga tu tadi.", jawab Puan Aida.

Azalea mengangguk. Dia terus melangkah ke ruang belakang kedai untuk mencari Maria. Maria adalah pembantu ibunya di kedai bunga itu. Maria mempunyai kepakaran yang tinggi dalam menggubah bunga.

"Kak Mar, mana bunga untuk Dana Corporation?", tanya Azalea kepada Maria.

"Tu kat atas meja tu.", Maria menjuihkan mulutnya ke arah sebuah meja.

"Ohh, Ok. Wah! Cantiknya bunga-bunga ni. Kak Mar memang terror lah. Nanti Kak Mar gubah bunga untuk majlis Lea ok!", Azalea memuji hasil tangan Maria.

Maria bangkit dari duduknya. Dia berjalan menuju Azalea.

"Boleh je. Suruh la si abang Fizi awak tu masuk meminang cepat-cepat!", seloroh Maria. Tangannya mengusap lengan Azalea. Dia sudah menganggap Azalea sebagai adiknya sendiri.

Azalea hanya tersenyum. Dia teringatkan Hafizi. Rindu. Dia terus mengangkat bunga-bunga itu ke dalam keretanya. 

"Lea pergi dulu ibu'\.", ucap Azalea. Setelah mencium dari tangan ibunya, Azalea berlalu pergi.

                                *                            *                       *                          

Setibanya di bangunan pejabat Dana Corporation, Azalea terus mengangkat gubahan bunga yang telah siap itu ke dalam pejabat besar Dana Corporation. Sebahagian lagi ditinggalkannya di kereta. Nantilah angkat, katanya dalam hati.

Setibanya di kaunter receptionist.

"Hi. Saya Azalea Diyana, dari Aida Florist. Saya nak hantar bunga ni. Pesanan untuk Tuan Firdaus, CEO Dana Corporation.", jelas Azalea.

"Tunggu sebentar ye cik.", jawab receptionist yang kecil molek itu.

Azalea mengangguk. Jambangan bunga diletakkannya di atas meja. 

"Cik, Tuan Firdaus suruh cik masuk.", Pelawa wanita itu. 

Azalea membalas senyuman receptionist itu. Dia terus melangkah masuk ke bilik Tuan Firdaus. 

"Silakan masuk Cik Azalea.", pelawa Tuan Firdaus.

Azalea tersenyum. Dia melangkah masuk ke ruangan Tuan Firdaus.

"Terima kasih Tuan. Ini bunga yang Tuan pesan. Nak taruk kat mana ni?", tanya Azalea. 

"Yang besar tu awak suruh pembantu saya letak kat depan pejabat. Kalau yang kecil-kecil tu, letak dalam bilik saya satu, dan yang lain tu letak dalam bilik orang kanan saya yang lain. Nanti saya suruh pembantu saya yang letak.", terang Tuan Firdaus panjang lebar.

Azalea hanya mengangguk faham.

"Ada apa-apa lagi Tuan?",  tanya Azalea.

Tuan Firdaus menggeleng. "Itu sahaja. Terima kasih Cik Azalea. Bunga-bunga itu sangat cantik. Sebab itu saya suruh pambantu saya pesan setiap selang 3 hari. Saya sukakan bunga-bunga segar.", kata Tuan Firdaus.

"Sama-sama. Maria, pembantu ibu saya yang menggubahnya. Terima kasih kerana menempah bunga-bunga dari kedai bunga kami.", jawab Azalea sambil tersenyum. Setelah itu dia pun berlalu.

Mata Azalea mencari-cari kelibat Hafizi di ruang pejabat itu. Mana Hafizi ni? Desis hatinya.

"Cik, Encik Hafizi mana eh?", tanya Azalea kepada penyambut tetamu Dana Corporation.

"Ohh, Encik Hafizi keluar Cik. Ada meeting dengan klien.", jawab receptionist itu.

Azalea mengangguk. Dia membalas senyuman wanita di hadapannya. Kemudian dia berlalu pergi.

                      *              *                   *                  *                  

Pagi ini Azalea bangun awal. Dia telah berjanji pada Hafizi untuk menghantar Hafizi ke KLIA. Setibanya di KLIA, Hafizi terus check in bagasinya. Azalea pula meminta izin untuk membeli tid-bit di tingkat bawah. Azalea tahu Hafizi suka makan Snickers jika dia berada di dalam flight. Snickers adalah tid-bit kegemaran Hafizi. 

Azalea tercari-cari bungkusan Sinckers di ruangan chocolate. Ehh, mana pulak Snickers ni? Takkan dah habis kot. Azalea menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Tiba-tiba matanya terlihat dua bungkus Snickers bertimpa dengan bungkusan Crunchie.

"Ah! Ni dia.", tangannya mencapai bungkusan Snickers itu. Tetapi belum sempat tangannya mencapai bungkusan itu, sudah ada tangan lain yang mencapai bungkusan itu.

"This is mine.", jawab pemilik tangan itu.

Mata Azalea buntang. Dia terus memandang wajah pemilik tangan itu.

"Tapi, saya yang dulu melihat Snickers itu. Itu milik saya.", tegas Azalea. Dia menggigit bibirnya.

Tetapi lelaki itu hanya tersenyum. "You cuma melihat, tapi I yang mencapainya dulu. So, this is mine.", jawab lelaki itu dengan angkuh dan terus meluru ke kaunter untuk membayar Snickers itu.

Hati Azalea sebal. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah lelaki itu. Huh! kurang ajar kau ya! Dua-dua kau ambik!

Azalea memandang jam tangannya. Opss! pukul 10 pagi! Hafizi! Hafizi akan berangkat dalam masa 45 minit lagi. Azalea terus meninggalkan kedai itu dan terus naik ke atas.

                      *                   *                   *                    *               

Di ruang menunggu di tingkat atas, Adrian berdiri sambil menggalas beg laptopnya. Dia memandang Hafizi yang keresahan di sebelahnya. 

"Bro, kenapa? Macam ayam berak kapur je.", gurau Adrian. Dia dan Hafizi memang rapat. Hafizi adalah pekerja terbaik di Dana Corporation. Dan Hafizi juga merupakan pekerja kesayangan Tuan Firdaus, ayahnya. Dia sendiri menyenangi Hafizi. Mereka rapat. Tetapi perwatakkan mereka berbeza. Hafizi seorang yang penyabar, tetapi dia tidak. Oleh sebab itu dia senang bekerja bersama Hafizi.

"Tak ada apa-apa la Tuan Addy.", Hafizi senyum.

"Hey, you are so official bro. Addy, not Tuan Addy. Kau nak aku sepit ke mulut kau tu? Kita dah macam saudara bro. Relax. Ini bukan pejabat. Tak payah official sangat.", jelas Adrian. Dia kurang senang dipanggil begitu. Baginya Hafizi bukan sahaja kawan. Tak payah panggil dengan panggilan yang rasmi sangat.

"Ok, Aku nak masuk dulu. Kalau kau nak duduk sini, kau duduk dulu la. Tapi, don't miss the flight. Aku tunggu kau kat ruangan Gate C. Nanti kita naik train sama-sama. Tak nak lah naik sorang-sorang.", kata Adrian. Dia menepuk bahu Hafizi. Dia tahu Hafizi menunggu buah hatinya. Hafizi ada memberitahunya tadi. Adrian tersenyum. Hafizi, Hafizi, bertuah la wanita itu dapat kau. 

Hafizi melirik kearah jam tangannya. Hurm, Masih ada waktu lagi. Kelibat Azalea dicari.

"Fizi!" jerit Azalea.

Hafizi senyum. 

"Sorry. Lea tak jumpa la Snickers tu. Jumpa, tapi ada seorang lelaki rampas dari Lea. Then dia terus bayar and blah. Geram betul!", rungut Azalea.

"Tak apa la Lea. Fizi tak nak la tengok muka Lea macam ni. Senyum la sikit. Takut nanti Fizi tak dapat nak tengok senyum Lea tu lagi.", pujuk Hafizi.

Arghhh! Hafizi mula lagi dengan kata-kata itu. Hati Azalea bungkam. Hafizi ni kenapa?

"Fizi ni. Lea kan dah pesan. Jangan cakap macam tu lagi. Degil la Fizi ni.", Azalea mencubit lengan Hafizi.

Hafizi tersenyum lagi. Dia mencapai tangan Azalea.

"Lea, ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Yang penting, hati kita terikat. Fizi masuk dulu. Nanti lama pulak Tuan Adrian tunggu.", kata Hafizi. Tangan Azalea masih digenggamnya. Azalea hanya menurut.

"Fizi jaga diri elok-elok. Nanti dah touch down, call Lea tau.", pinta Azalea.

Hafizi mengangguk. Azalea hanya melihat Hafizi melangkah masuk ke boarding hall. Dia melambai tangannya pada Hafizi. Hafizi pun membalasnya. Hafizi senyum lagi. Senyuman yang menenangkan hati Azalea.

'Tuhan, selamatkanlah dia', detik hati Azalea.

Cinta tak perlu diucap, kerana hati kita telah terikat.




To be continue,
xoxo♥
♥arabella♥




No comments:

Post a Comment