Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Tuesday, 30 August 2011

Love Story : Hatiku Milik Azalea (Part 2)

Azalea dan Hafizi memilih untuk duduk di ruang luar restoran. Lebih selesa katanya. Lagipun tak ramai orang duduk di luar. 

"Lea nak makan apa?", Tanya Hafizi.

"Hurm. Apa-apa je lah Fizi. Lea tak kisah. Fizi pilih la apa yang Fizi nak", jawab Azalea.

Hafizi memilih set makanan untuk dua orang beserta salad. Dia tahu Azalea suka makan fresh salad. Raut wajah Azalea ditatapnya. Lama. Cantik.

"Kenapa Fizi pandang Lea macam tu?", tanya Azalea. Dia tidak selesa bila Hafizi memandangnya begitu. 

Hafizi hanya tersenyum. Wajah Azalea masih dipandangnya.

"Saja. Rindu.", pendek sahaja jawapan Hafizi.

"Rindu la sangat. Tu la. Fizi tu sibuk sangat. Kerja sana sini. Nak jenguk Lea kat kedai bunga pun tak ada masa.", Azalea merungut.

Hafizi seorang yang komited dengan kerjanya. Kadang-kadang Azalea merasa terpinggir dengan sikap Hafizi. Pernah suatu ketika, Hafizi membatalkan dinner ulang tahun relationship mereka semata-mata kerana kerja. Azalea hanya mampu menahan rasa. Bila disuarakan pada Hafizi, Hafizi hanya menjawab, 'Kerja sayang, kenalah buat.'

Tidak lama selepas itu makanan yang dipesan pun sampai.

"Lea, lusa Fizi outstation. Ada project besar. Bos suruh Fizi uruskan.", Hafizi mencelah suasana.

"Outstation kat mana? Berapa lama?", Tanya Azalea. Tangannya menguis makanannya.

"Indonesia. Seminggu. Company Fizi dapat project. It's a join venture project between Dana Corporation and some other company di Indonesia. Developement project di Acheh.", jelas Hafizi panjang lebar.

"Acheh?", Azalea mengangkat keningnya. Kemudian tersenyum.

"Kenapa senyum? Takut tsunami ke?", Hafizi meneka.

Azalea mengangguk. Hafizi membalas senyuman Azalea.

"Lea ni. Ada-ada je. Tsunami tu dah lama berlaku.", kata Hafizi.

"Fizi pergi dengan siapa?", Azalea bertanya. Bukan maksudnya untuk jadi busybody. Tapi dia harus tahu, untuk mengelakkan salah faham.

"Secretary bos, Maya", jawab Hafizi acuh tak acuh. Dia terus leka menyuap makanannya. Azalea tidak ditenungnya.

Muka Azalea berkerut. Nini? Ishh, tak kan kot. Azalea berhenti menyuap makanannya.

"Kenapa Lea? Dah kenyang ke?", Hafizi bertanya. Dipandangnya wajah Azalea. Dia tahu apa yang bersarang di dalam hati wanita itu. Cemburu lah tu. Hati Hafizi ketawa kecil.

"Fizi pergi dengan anak bos Fizi la. Adrian.", Hafizi tersenyum. Mengejek Azalea.

Azalea mencebik. Tahu ye, nak kenakan aku! Sengaja la tu. Nak tengok aku cemburu.

"Malas la nak layan Fizi ni. Ada je benda yang nak sakitkan hati Lea. Geram", Azalea merungut. Geram.

"Takkan nak merajuk kot. Ha, ibu apa khabar? Sihat?", Hafizi teringatkan Puan Aida.

"Sihat. Ibu kirim salam. Dia tanya, bila Fizi nak masuk meminang?", soal Azalea. Wajah Hafizi di tatapnya. Azalea tersenyum.

"Ikutkan hati Fizi ni, malam ni juga nak masuk meminang", jawab Hafizi. Ada senyum di bibirnya.

"Tapi, ye lah, sekarang ni Fizi terikat dengan kerja. Fizi tak nak janji apa-apa dulu. Nanti kalau Fizi tak balik-balik lagi, kang, janji tu tinggal janji je. Nanti Lea hentam Fizi pulak.", gurau Hafizi. Dia ketawa.

"Fizi ni. Apa cakap macam tu. Fizi akan balik lah. Bukan nya lama pun outstation tu kan. Akhir-akhir ni Fizi banyak kali dah cakap macam tu. Hati Lea tak tenang lah.", jelas Azalea.

Sejak akhir-akhir ini Hafizi banyak bicara tentang benda yang pelik-pelik. Hati Azalea menjadi rawan. Bila ditanya kenapa, Hafizi hanya tersenyum kecil. Dikatanya Azalea pula yang fikir bukan-bukan. Azalea berdoa dalam hati, Tuhan, Kau jagalah Hafizi walau dimana dia berada. Hambamu ini sangat mencintainya.

                       *                 *                    *                     *                    

Semalaman Azalea tak tidur tenang. Fikirannya masih memikirkan kata-kata Hafizi malam tadi. Hafizi adalah lelaki terbaik untuknya. Lelaki yang sabar dan tenang. Dia api, Hafizi air. Bila dia marah, Hafizi lah yang menenangkannya. Hafizi banyak membantu dia dan ibunya. Ketika ayahnya, En Taufik meninggal, Hafizi lah yang banyak membantu kewangan mereka. Hafizi juga yang menyelamatkan kedai bunga Puan Aida daripada di jual. Azalea sangat terhutang budi pada Hafizi.

            *                 *                       *                       *                         

Keesokkan harinya. Di kedai bunga.

"Lea, pukul 10 nanti jangan lupa ya. Hantar pesanan Dana Corporation.", Jelas Puan Aida.

"Ok bu. Lea ingat. Mana bunganya?", Tanya Azalea. 

"Cuba tanya Maria kat belakang tu. Dia yang gubah bunga tu tadi.", jawab Puan Aida.

Azalea mengangguk. Dia terus melangkah ke ruang belakang kedai untuk mencari Maria. Maria adalah pembantu ibunya di kedai bunga itu. Maria mempunyai kepakaran yang tinggi dalam menggubah bunga.

"Kak Mar, mana bunga untuk Dana Corporation?", tanya Azalea kepada Maria.

"Tu kat atas meja tu.", Maria menjuihkan mulutnya ke arah sebuah meja.

"Ohh, Ok. Wah! Cantiknya bunga-bunga ni. Kak Mar memang terror lah. Nanti Kak Mar gubah bunga untuk majlis Lea ok!", Azalea memuji hasil tangan Maria.

Maria bangkit dari duduknya. Dia berjalan menuju Azalea.

"Boleh je. Suruh la si abang Fizi awak tu masuk meminang cepat-cepat!", seloroh Maria. Tangannya mengusap lengan Azalea. Dia sudah menganggap Azalea sebagai adiknya sendiri.

Azalea hanya tersenyum. Dia teringatkan Hafizi. Rindu. Dia terus mengangkat bunga-bunga itu ke dalam keretanya. 

"Lea pergi dulu ibu'\.", ucap Azalea. Setelah mencium dari tangan ibunya, Azalea berlalu pergi.

                                *                            *                       *                          

Setibanya di bangunan pejabat Dana Corporation, Azalea terus mengangkat gubahan bunga yang telah siap itu ke dalam pejabat besar Dana Corporation. Sebahagian lagi ditinggalkannya di kereta. Nantilah angkat, katanya dalam hati.

Setibanya di kaunter receptionist.

"Hi. Saya Azalea Diyana, dari Aida Florist. Saya nak hantar bunga ni. Pesanan untuk Tuan Firdaus, CEO Dana Corporation.", jelas Azalea.

"Tunggu sebentar ye cik.", jawab receptionist yang kecil molek itu.

Azalea mengangguk. Jambangan bunga diletakkannya di atas meja. 

"Cik, Tuan Firdaus suruh cik masuk.", Pelawa wanita itu. 

Azalea membalas senyuman receptionist itu. Dia terus melangkah masuk ke bilik Tuan Firdaus. 

"Silakan masuk Cik Azalea.", pelawa Tuan Firdaus.

Azalea tersenyum. Dia melangkah masuk ke ruangan Tuan Firdaus.

"Terima kasih Tuan. Ini bunga yang Tuan pesan. Nak taruk kat mana ni?", tanya Azalea. 

"Yang besar tu awak suruh pembantu saya letak kat depan pejabat. Kalau yang kecil-kecil tu, letak dalam bilik saya satu, dan yang lain tu letak dalam bilik orang kanan saya yang lain. Nanti saya suruh pembantu saya yang letak.", terang Tuan Firdaus panjang lebar.

Azalea hanya mengangguk faham.

"Ada apa-apa lagi Tuan?",  tanya Azalea.

Tuan Firdaus menggeleng. "Itu sahaja. Terima kasih Cik Azalea. Bunga-bunga itu sangat cantik. Sebab itu saya suruh pambantu saya pesan setiap selang 3 hari. Saya sukakan bunga-bunga segar.", kata Tuan Firdaus.

"Sama-sama. Maria, pembantu ibu saya yang menggubahnya. Terima kasih kerana menempah bunga-bunga dari kedai bunga kami.", jawab Azalea sambil tersenyum. Setelah itu dia pun berlalu.

Mata Azalea mencari-cari kelibat Hafizi di ruang pejabat itu. Mana Hafizi ni? Desis hatinya.

"Cik, Encik Hafizi mana eh?", tanya Azalea kepada penyambut tetamu Dana Corporation.

"Ohh, Encik Hafizi keluar Cik. Ada meeting dengan klien.", jawab receptionist itu.

Azalea mengangguk. Dia membalas senyuman wanita di hadapannya. Kemudian dia berlalu pergi.

                      *              *                   *                  *                  

Pagi ini Azalea bangun awal. Dia telah berjanji pada Hafizi untuk menghantar Hafizi ke KLIA. Setibanya di KLIA, Hafizi terus check in bagasinya. Azalea pula meminta izin untuk membeli tid-bit di tingkat bawah. Azalea tahu Hafizi suka makan Snickers jika dia berada di dalam flight. Snickers adalah tid-bit kegemaran Hafizi. 

Azalea tercari-cari bungkusan Sinckers di ruangan chocolate. Ehh, mana pulak Snickers ni? Takkan dah habis kot. Azalea menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Tiba-tiba matanya terlihat dua bungkus Snickers bertimpa dengan bungkusan Crunchie.

"Ah! Ni dia.", tangannya mencapai bungkusan Snickers itu. Tetapi belum sempat tangannya mencapai bungkusan itu, sudah ada tangan lain yang mencapai bungkusan itu.

"This is mine.", jawab pemilik tangan itu.

Mata Azalea buntang. Dia terus memandang wajah pemilik tangan itu.

"Tapi, saya yang dulu melihat Snickers itu. Itu milik saya.", tegas Azalea. Dia menggigit bibirnya.

Tetapi lelaki itu hanya tersenyum. "You cuma melihat, tapi I yang mencapainya dulu. So, this is mine.", jawab lelaki itu dengan angkuh dan terus meluru ke kaunter untuk membayar Snickers itu.

Hati Azalea sebal. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah lelaki itu. Huh! kurang ajar kau ya! Dua-dua kau ambik!

Azalea memandang jam tangannya. Opss! pukul 10 pagi! Hafizi! Hafizi akan berangkat dalam masa 45 minit lagi. Azalea terus meninggalkan kedai itu dan terus naik ke atas.

                      *                   *                   *                    *               

Di ruang menunggu di tingkat atas, Adrian berdiri sambil menggalas beg laptopnya. Dia memandang Hafizi yang keresahan di sebelahnya. 

"Bro, kenapa? Macam ayam berak kapur je.", gurau Adrian. Dia dan Hafizi memang rapat. Hafizi adalah pekerja terbaik di Dana Corporation. Dan Hafizi juga merupakan pekerja kesayangan Tuan Firdaus, ayahnya. Dia sendiri menyenangi Hafizi. Mereka rapat. Tetapi perwatakkan mereka berbeza. Hafizi seorang yang penyabar, tetapi dia tidak. Oleh sebab itu dia senang bekerja bersama Hafizi.

"Tak ada apa-apa la Tuan Addy.", Hafizi senyum.

"Hey, you are so official bro. Addy, not Tuan Addy. Kau nak aku sepit ke mulut kau tu? Kita dah macam saudara bro. Relax. Ini bukan pejabat. Tak payah official sangat.", jelas Adrian. Dia kurang senang dipanggil begitu. Baginya Hafizi bukan sahaja kawan. Tak payah panggil dengan panggilan yang rasmi sangat.

"Ok, Aku nak masuk dulu. Kalau kau nak duduk sini, kau duduk dulu la. Tapi, don't miss the flight. Aku tunggu kau kat ruangan Gate C. Nanti kita naik train sama-sama. Tak nak lah naik sorang-sorang.", kata Adrian. Dia menepuk bahu Hafizi. Dia tahu Hafizi menunggu buah hatinya. Hafizi ada memberitahunya tadi. Adrian tersenyum. Hafizi, Hafizi, bertuah la wanita itu dapat kau. 

Hafizi melirik kearah jam tangannya. Hurm, Masih ada waktu lagi. Kelibat Azalea dicari.

"Fizi!" jerit Azalea.

Hafizi senyum. 

"Sorry. Lea tak jumpa la Snickers tu. Jumpa, tapi ada seorang lelaki rampas dari Lea. Then dia terus bayar and blah. Geram betul!", rungut Azalea.

"Tak apa la Lea. Fizi tak nak la tengok muka Lea macam ni. Senyum la sikit. Takut nanti Fizi tak dapat nak tengok senyum Lea tu lagi.", pujuk Hafizi.

Arghhh! Hafizi mula lagi dengan kata-kata itu. Hati Azalea bungkam. Hafizi ni kenapa?

"Fizi ni. Lea kan dah pesan. Jangan cakap macam tu lagi. Degil la Fizi ni.", Azalea mencubit lengan Hafizi.

Hafizi tersenyum lagi. Dia mencapai tangan Azalea.

"Lea, ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Yang penting, hati kita terikat. Fizi masuk dulu. Nanti lama pulak Tuan Adrian tunggu.", kata Hafizi. Tangan Azalea masih digenggamnya. Azalea hanya menurut.

"Fizi jaga diri elok-elok. Nanti dah touch down, call Lea tau.", pinta Azalea.

Hafizi mengangguk. Azalea hanya melihat Hafizi melangkah masuk ke boarding hall. Dia melambai tangannya pada Hafizi. Hafizi pun membalasnya. Hafizi senyum lagi. Senyuman yang menenangkan hati Azalea.

'Tuhan, selamatkanlah dia', detik hati Azalea.

Cinta tak perlu diucap, kerana hati kita telah terikat.




To be continue,
xoxo♥
♥arabella♥




juadah favourite di Hari Raya.

Still beraya? =). Saya sudah! I'm done with my kunjung-mengunjung activity. =) Sangat kenyang. Blurp.

Today kitaorang serang rumah Aunty Suzie beramai-ramai. Yeay! Big buddy, here we come! =)

Hari ni makan dengan banyaknya! I spell it once again B.A.N.Y.A.K a.k.a M to the A to the N to the Y. Diet? Ahh, lupakan diet untuk hari ini. Bukannya selalu pun. * Ayat-ayat bajet untuk menutup kesedihan di hati. Padahal, Arghhhh!!!!!!!* *blwekk*

Okae, back to the topic. Juadah favourite di hari raya. I bet, everyone has their own favourite dish when Hari Raya comes.

Here's my favourite one:

My number one favourite dish. Kelupis. Similar to lemang, but different ways of cooking. Kelupis is a popular rice-based snack. Half-cooked glutinous rice is wrapped in the leaves of daun irik, a local tropical plant and then steamed. The steaming process allows the fragrant aroma of the leaves to permeate the cooked rice. I love the plain kelupis. Because I can eat it with rendang and curry. 

Next, Rendang Tok. Before this i never know what is the diffrence between rendang and rendang tok. I'm bad in comparing foods. *seriously*. So I search some info in the internet and I finally discover what is the difference. Rasa gembira dan bangga!haha. Rendang Tok is a little bit dry, and ordinary rendang is a little bit wet. The taste is differ. I ate Rendang Tok last Raya. Dilla's grandma made it. Apa yang cheq boleh bagitau kat ampa semua, rendang yang tok masak memang SEDAP!


Last but not least, Kuih Lapis Sarawak. The symbol of Sarawak. I prefer the steam one, not the baked one. It is smooth and delicious. I love my mother-made cake. I don;t prefer the layer cake that been sold in the market or kiosk. Because sometimes the cakes were not that delicious enough. Biasalah, nak budget the ingredients. Harga mahal tapi tak sedap mana pun. So, better buat sendiri je. We choose the ingredients. And we satisfy.

Okae, that's all. Tu je juadah yang saya sangat suka. Other than that, I suka lemang & ketupat.

Korang suka juadah apa pulak? Share with me. =) Leave your comments!

xoxo,
♥arabella♥

Raya!

Selamat hari raya to all Muslim. Hari ni saya beraya di rumah aunty saya, Aunty Suzie. Family is family right. =). 

Nothing much to say. Sebenarnya TAK ADA apa pun nak cerita. Tapi saja gedik nak update blog. =)

Tadi saya stalk my traffic feed. Well ada 2 readers yang dah view MY BLOG-LOVE-STORY. Thanks a lot dear. Kalau sudi, please do comment. So I will know whether you like it or not. Kalau tak comment pun tak ape. =). Saya sangat happy korang dah view post itu. Thanks once again! xoxo.

So, bagi yang tak baca lagi, come and read my story. Maybe not a good one, but it is an effort. Will make it better. Promise! * pinky promise*


See you soon! 
I will update my story later.
sekarang masa untuk beraya! eat, eat and eat!

have fun,
bai!
♥arabella♥

my own blog-love-story

Okae, just a quick update. Now, saya menulis love story. *bukan menulis ya, tapi menaip* =). A story that have been dancing in my mind for all these times. A good start, I think. I have too many stories that I wanna share but, I think 'Hatiku Milik Azalea' will be my first blog-love-story. I will not make it too long. Maybe in 4 of 5 parts only. I don't have much time to think and create more tragic story line. =)

Well, in this first try in my blog, *actually this is not my first try in writing short love story, I did it before, when I was in my 2nd Former. I'm in love that time. So, the ideas datang mencurah-curah.* This time, I write again. I hope it will be a good story for you to read. Personally, I am not in love now. So, my imagination on 'romanticness'  is not that high. Please do not expect a lovely words.Because there will be no romantic words or what so ever. But I will make sure that I will get that point of view. Yea, I'm watching love movies nowadays. =). Thanks to Channel 702 for the movies. haha. Smile again. =). Don't worry, I will try my best to give the romantic feeling in my story.

Well readers, ( I wish I have my own die-hard-followers who will read my blog everyday) I hole you will satisfy with my story. It is a love story. I've made you clear. L.O.V.E. S.T.O.R.Y. So, if you like it, please do leave me a comment, not only a comment. You can give me more! =). If you have any suggestion, please let me know. I will try to fit your ideas in my story line.

This is the link--->Hatiku Milik Azalea (Part 1)

Ok guys, gotta go!

xoxo,
♥arabella♥

Love Story : Hatiku Milik Azalea (Part 1)

Hari ini hujan lagi. Rintik-rintik hujan tidak berhenti sejak dari pagi tadi. Hati Azalea gusar. Kalau hujan tidak juga berhenti, jualan bunga di kedai ibunya akan berkurangan. ' Aida Florist', nama kedai milik Puan Aida, ibu Azalea. Kedai bunga ini diusahakan dengan keringatnya sendiri. Disinilah tempat Puan Aida bertemu Encik Taufik, suaminya. 


Gambar hiasan =)

Oleh kerana itu, kedai bunga ini merupakan satu-satunya kenangan terindahnya bersama arwah suaminya. Encik Taufik meninggal dua tahun yang lalu kerana lemah jantung. Dan kini Puan Aida tinggal bersama Azalea, satu-satunya puteri kesayangannya. 

Azalea memilih untuk terus membantu ibunya di kedai bunga. Walaupun dia memiliki segulung ijazah dalam Perakaunan, tetapi dia telah membuat keputusan untuk membantu Puan Aida untuk mengusahakan  kedai bunga itu. 

"Ibu, hujan tak berhenti lagi lah bu. Lea simpan bunga ini kat dalam la ya?", Kata Azalea sambil menarik balang-balang bunga yang terletak di depan kedai.

"Hurmm. Kalau hujan tak juga berhenti, nampaknya, kita tutup je la kedai ni untuk hari ni. Ibu rasa, tak ada lagi kot orang nak beli bunga. Oh ya Lea, pesanan Dana Corporation tu Lea dah hantar?", tanya Puan Aida.

"Dah bu. Awal-awal lagi Lea dah hantar. Ibu jangan risau lah.", Terang Azalea pada ibunya. 

Ibunya paling tidak suka jikalau dia terlupa segala pesanan bunga yang penting. Kata ibunya, walaupun mereka terpaksa meredah laut sekalipun, menghantar pesanan pada waktu yang tepat adalah menjadi keutamaan kedai bunga ibunya itu. Oleh kerana itu lah, kedai bunga Puan Aida selalu menerima tempahan bunga yang banyak setiap hari.

"Ibu, jom kita balik. Lea temankan ibu makan dulu ya.", Kata Azalea pada ibunya.

"Lea temankan je?", tanya Puan Aida. Hairan.

"Lea ada janji dengan Fizi la bu. Lea dah bagi tahu ibu semalam. Ibu lupa?", Azalea memeluk bahu ibunya.

"Tak. Ibu ingat lah. Ye la, orang dilamun cinta.", usik Puan Aida.

Azalea hanya tersenyum. Puan Aida juga tersenyum. Dia tahu anaknya itu ada kekasih. Hafizi, satu-satunya lelaki yang berjaya memikat hati Azalea. 

Setelah menemani ibunya makan, Azalea terus memandu pulang ke rumah. Setelah membersihkan diri dan bersiap-siap, Azalea meminta izin dari ibunya untuk keluar. 

"Ibu, Azalea pergi dulu.", ucap Azalea.

"Jangan balik lambat tau. Jaga diri. Perangai tu, elok-elok sikit.", ujar Puan Aida sambil mencubit lengan Azalea.

"Ibu ni. Sakit lah. Jangan risau la bu. Bukan sehari dua Azalea kenal Fizi tu. Dah lama tau. Ibu pun dah kenal kan dengan Fizi.",terang Azalea panjang.

"Ibu tahu. Ha, pesan kat Fizi, jangan lama-lama sangat. nanti ibu cari calon lain untuk Lea.", gurau Puan Aida.

"Ok Bos!", Azalea ketawa besar mendengar ucapan ibunya itu. 

Azalea memandu sendiri. Dia lebih senang memandu sendiri untuk bertemu Hafizi. Dia tidak mahu menyusahkan Hafizi untuk menjemputnya di rumah. Lagipun, kalau bergaduh semasa makan nanti, senanglah nak balik. Tak payah tunggu Hafizi hantar pulang. =)

Hafizi Rashid. Lelaki yang berjaya mencuri hati Azalea. Hafizi adalah rakan sekolahnya. Dia pun tidak pernah tahu bahawa Hafizi menyimpan perasaan terhadapnya sejak mereka di bangku sekolah lagi. Sehinggalah Hafizi meluahkan perasaannya. Ketika itu Azalea masih lagi menuntut di universiti. Hafizi pun menutut di tempat yang sama. Cuma di fakulti yang berbeza. Hafizi seorang pelajar Architecture, dan Azalea pula Akaun.

Saya angankan Hafizi seperti ini. (Andi Arsyil)


Azalea tidak pernah bercinta. Dia menganggap semua orang yang di sekelilingnya itu adalah kawannya. Dan dia tidak pernah sedar akan kehadiran Hafizi dalam hidupnya. Dari bangku sekolah sehinggalah di universiti. 

Tetapi pada hari jadinya yang ke 20, dia telah menerima sejambak bunga Azalea dari seseorang. Dia juga menerima sekeping VCD. Di dalam VCD itu ada video tentangnya. Semua gerak gerinya dimuatkan di dalam video itu. Gambar dan pergerakkannya semuanya dirakamkan. Dan orang yang telah mengirimkan semua itu adalah Hafizi. 

Azalea bouquet. =)



Marah sungguh Azalea pada Hafizi. Keesokkan harinya, seharian dia menunggu Hafizi di fakulti Seni Bina. Dia ponteng kelas hari itu semata-mata untuk bertemu Hafizi. 

"Hafizi Rashid!!" , jerit Azalea.

Hafizi yang baru keluar dari kelasnya itu terpinga-pinga. Dia terkejut. Tiba-tiba sahaja Azalea muncul di situ.

"Awak panggil saya ke?", tanya Hafizi. Mukanya kelat. Takut.

"Ada Hafizi Rashid lain ke yang saya kenal?", Tanya Azalea. Wajahnya tegang.

Hafizi menggelengkan kepalanya.

"Ni hah! Saya nak awak ambil balik semua ni. Saya tak perlukan semua ni.", Azalea menyerahkan semula bunga kepada Hafizi.

"Dan ini", katanya sambil memegang VCD yang diberi oleh Hafizi itu.

"Saya tak nak VCD ni. Dan, mulai hari ini, awak jangan berani nak ambil gambar saya dan rakam semua pergerakkan saya. Faham!", Tangannya terus mematahkan VCD itu.



"Azalea, dengar dulu. Saya ikhlas nak bagi semua ni. Bunga ni, saya order tau. Bukan sebarang petik. VCD ni, saya buat khas untuk awak. Tak kan awak tak tersentuh langsung kot dengan semua ini?",pujuk Hafizi. 'Amboih, nak tolak begitu aje, mahal kot bunga ni. Habis duit aku.' Kata Hafizi di dalam hati.

Azalea hanya menjegilkan matanya pada Hafizi. Kalau Hafizi itu adalah makanan, sudah semestinya Hafizi lumat di dalam mulutnya.

"Saya tak suka! Faham! Benda macam ni membazir je! Tolong jangan ganggu saya lagi.", tegas Azalea.

"Azalea, saya cintakan awak. Dah lama saya sukakan awak. Sejak kita Form 1 lagi.", Hafizi meluahkan perasaannya.  

Azalea memandang tepat ke anak mata Hafizi. Dia cuba mencari keikhlasan lelaki itu. 

"Argh! Itu bukan masalah saya. Saya cuma ada ibu dan ayah saya. Sesiapa yang ingin memiliki hati saya, dia perlu berjumpa orang tua saya. Saya tidak mahu jatuh cinta pada orang yang tidak disukai oleh orang tua saya. Titik.", Azalea menerangkan isi hatinya dan berlalu pergi dan meninggalkan Hafizi yang terpinga-pinga.

Azalea terlalu hormat pada orang tuanya. Dia tidak mahu jika dia tersalah pilih pasangan hidup. Dia tak mahu menjadi seperti Abang Arman. Abangnya itu telah memilih Kak Rita dan berkahwin tanpa kebenaran En.Taufik dan Pn Aida. Setelah itu, Arman pergi meninggalkan mereka dan tinggal bersama Rita di luar negara. Bertahun-tahun lamanya Arman pergi sehinggalah pada suatu hari Arman pulang ke pangkuan mereka semula. Arman telah menceraikan Rita kerana itu permintaan Rita. Bisnes Arman di luar negara telah lingkup. Dan Rita tidak mahu dibelenggu di dalam hidup yang tidak ada harta.

Apa yang terjadi pada Arman benar-benar memberi kesan di dalam hidup Azalea. Oleh itu, sesiapa sahaja yang akan dipilih oleh orang tuanya, orang itulah yang akan dipilihnya.

Hafizi terkilan dengan apa yang diucapkan oleh Azalea. Hatinya sedih. Setelah sekian lama memendam rasa, dan ini kesudahannya. Azalea memberikan kata putus.

'Baik. Saya akan bertemu kedua-dua orang tua awak', Hafizi nekad. Baginya, inilah masa yang sesuai untuk bertemu orang tua Azalea. Dia tahu, mungkin orang tua Azalea akan memaki hamunnya. Iya lah, baru sahaja masuk universiti, dah gatal nak bercinta dengan anak orang. Tapi Hafizi tidak akan mengubah hasrat hatinya itu. Dia tidak mahu suatu hari nanti dia menyesal kerana tidak dapat memiliki Azalea.

             *                 *                      *              *               *            

Azalea pulang dengan hari yang sebal. Kertas kerjanya kena reject lagi oleh pensyarahnya.

"Urghhh! Orang penat-penat tak tidur siang malam semata-mata nak buat benda ni, dia senang-senang kata 'No, please re-do it again!' ", omel Azalea sambil mengikut mimik muka pensyarahnya.

Dia melihat kasut sport di luar pintu rumahnya. Dari luar dia dapat mendengar ketawa ayahnya. 

"Ayah ketawa dengan siapa tu?Ni kasut siapa pulak?.", kata Azalea dalam hati.

Dia terus masuk ke dalam rumah. Dan alangkah terkejutnya dia bila dia melihat muka Hafizi berada di ruang tamu. Azalea mengelipkan matanya berkali-kali. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia menelan air liur. Hafizi benar-benar berjumpa orang tuanya. Dia ingatkan jika dia menggertak Hafizi dengan cara itu, Hafizi akan takut dan tidak akan mengganggunya lagi. Tapi, ohh tidak!

"Hah, Lea. Kenapa berdiri je? Mari la duduk kat sini.", Ujar Encik Taufik.

"Lea penat lah ayah. Lea nak naik dulu.", Jawab Azalea. Dia cuba mengelak untuk bertemu dengan Hafizi.

"Laa..Ni kan ada Fizi datang ni. Lea suruh dia datang, sekarang Lea tak nak jumpa dia pulak.", tambah Puan Aida.

Azalea hanya mengomel kecil. 

'Kau siap kau nanti! Aku kelar-kelar badan kau!', ujarnya dalam hati.

Azalea duduk di sebelah puan Aida. Bertentangan dengan Hafizi. Muka Hafizi tawar. Dia tahu Azalea marah dengannya. Tapi, ahh..biarlah. Biar dia tahu yang aku betul-betul serius dengannya. Jerit hati Hafizi.

"Betul ke Lea yang suruh Hafizi datang?", tanya En. Taufik.

Azalea diam. Alamak! Aku nak jawab apa ni. Cicak tu dah ada depan mata. 

"Lea?", En. Taufik bertanya lagi. Dia memandang Azalea yang bungkam di tempat duduknya.

"Er..er...Lea cakap je. Bukan suruh.", ujar Azalea. Malas nak terangkan panjang-panjang.

"Kenapa Lea suruh Hafizi datang?",  Puan Aida mencelah.

Alamak! Ni soalan jerat leher sendiri ni! Azalea tak senang duduk. Nak jawab ke tak. Nak jawab ke tak.
Haa!

"Apa kata ayah tanya sendiri dengan Hafizi. Rasanya Azalea cuma cakap, kalau nak kawan ngan Azalea, jumpa la orang tua Azalea. Tak tau pulak dia nak berkawan yang macam mana.", jawab Azalea.

Muka Hafizi pulak kelat. Mak aii. Aku ke yang kena jawab. 

"Se..se..sebenarnya, saya dah lama suka kat Azalea ni, pakcik. Dari sekolah lagi. Jadi saya datang ni saya nak mintak izin dengan pakcik dan makcik. Saya nak bercinta dengan Azalea", Hafizi berkata sambil kepalanya tunduk.

Tiba-tiba En. Taufik ketawa kuat. Puan Aida pun turut ketawa. Azalea dan Hafizi berpandangan sesama sendiri.

"Tu je? Bercinta je?", Puan Aida berseloroh.

En. Taufik memeluk bahu Hafizi.

"Hafizi, kalau kamu nak bercinta dengan Lea, kamu kena tanya Lea sendiri. Tak payah nak jumpa pakcik dan makcik. Pakcik fikirkan tadi kamu nak meminang si Azalea ni ha. ", ujar En Taufik. Ketawanya masih bersisa. 

Hafizi senyum kambing. Yess! Dah ada green light. Kamu macam mana puteriku? Terima ke tak?

Azalea mencuka. Boleh pulak ayahnya setuju. 

"Lea naik atas dulu lah ayah, ibu. Hah, Fizi, kalau rasa-rasa dah kenyang tu, awak balik lah. Malas saya nak melayan orang macam awak ni.", Azalea ingin mengangkat kaki.

                  *               *               *             *            *            *      

Puan Aida menolak daun pintu bilik Azalea. Dilihatnya Azalea sedang berbaring di atas katilnya sambil melayari internet.

"Lea, boleh ibu bicara?",  pinta Puan Aida.

"Boleh. Ada apa bu? Tapi, jangan sebut pasal Fizi.", ujar Azalea.

Puan Aida senyum. 

"Ibu nak tanya pasal Fizi lah ni.", Kata Puan Aida. Dia menguntum senyum pada anak perempuannya itu.

"Taknak lah bu. Jangan la. Lea pening la dengar nama dia.", pinta Azalea. Azalea menggelengkan kepalanya tanda protes.

"Lea, cinta tak datang berkali-kali tau. Cinta sejati cuma datang sekali saja. Tapi peluang bercinta itu ada banyak. Ibu tengok, Hafizi tu baik orangnya. Bijak, rupa pun ada. Not bad. Tak salah kalau Lea bagi dia peluang. Lea dah kenal dia lama kan. Jadi kenapa ragu-ragu lagi Lea?", Kata Puan Aida sambil mengusap rambut Azalea.

"Lea takutlah ibu. Lagipun Lea kan baru je masuk U. Takkan nak bercinta pulak. Lagipun ibu yang cakap, jangan bercinta masa belajar. ", Jawab Azalea sambil memulangkan paku buah keras pada ibunya.

"Memang la ibu yang cakap. Tapi ibu tak cakap pun kalau ada orang nak kat Lea, Lea kena tolak dia. Ibu tak nak Lea jadi andartu. Hidup seorang. Macam Cik Temah sebelah kedai tu ha." , gurau Puan Aida.

Azalea ketawa. Cik Temah, tukang jahit yang menyewa kedai di sebelah kedai ibunya. Tak berkahwin lagi. Umur dah lewat 40an. Lepas tu, moody pulak tu. Pantang customer kekwat sikit, dah marah-marah. tebalik pulak. Selalunya customer yang marah, tapi ni dia pulak yang angin. =)

"Lea fikir lah ye.", pujuk Puan Aida.

"Tengoklah nanti macam mana.", Azalea menjawab malas.

"Kalau lama sangat berfikir, nanti Hafizi cari yang lain!",  tiba-tiba En. Taufik mencelah dari belakang.

Ketiga beranak itu ketawa. Gembira. Azalea bingung. Nak terima ke tak. Nak ke tak?

              *         *            *              *              *                 *               *             *           *

Tiba-tiba cermin kereta diketuk. lamunan Azalea terhenti. Dia menurunkan cermun keretanya.

"Nak keluar ke tak ni? Fizi lama dah tunggu. Lapar.", ujar Hafizi sebaik sahaja Azalea menurunkan cermin keretanya.

Azalea gelabah. Alamak. Lama ke aku berkhayal ni?

"Fizi! Sorry sorry. Lea mengelamun. Sorry. Lama dah ke Fizi kat luar?", tanya Azalea. Dia terus keluar dari keretanya.

"Hurm..lama la juga. Kenapa Lea? Fikir tentang apa?", Hafizi memandang wajah Azalea. Wajah yang dirinduinya. 

Azalea menggelengkan kepala. Biarlah Hafizi tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya. Semua itu adalah kenangan. kenyataan di depan mata. Hafizi. Itu kenyataan hidupnya. Hatinya milik Hafizi. Selamanya.



☻To be continued☻
Hak cipta terpelihara 
♥arabella♥



Monday, 29 August 2011

what does happy means?

When I digging my old school magazines few days ago, I accidentally read my friends wishes at the last page of my magazine. Some said 'good luck', some said 'all the best', some said 'stay cute'..=) *owh, my nostril become bigger* and some said 'BE HAPPY'. 


Tadaa!

I love when someone wish me to be happy. Why? Because happiness is the thing that we cannot buy. But we can offer a pray to someone who seeking for their happiness. It does not mean that I don't like the 'good luck' wish. I love them too, but for me luck is everywhere. Everybody may find their luck everywhere. Without notice. Found a coin below the table, it's luck. Hit the first prize in Magnum 4D, it's luck. Someone treats you for the dinner, it's luck. See, it's everywhere. But happiness? Do you find every second?

Luck is what happens when preparation meets opportunity. True or not? You judge it by yourself. =)

You are lucky because you found a coin under the table, but does your empty heart feels happy forever? you hit the first prize, but does the feeling makes you happy in your entire life? You are full enough when your friend treat you, but do you really happy for tomorrow? If you are happy, you are lucky and you deserved it. But if you don't, you should find your own happiness.

We cannot make everyone happy. But the most important is you can make yourself happy. Happiness does not have sale or discounts. It is fixed price item. That is why money cannot buy happiness. 



I'm happy with my life. I admit that i do have problems in life. Problems with my self, my family, my friends, my financial, my study but, I do happy with everything. Seriously, I do. 

But, why my heart is still empty? There is a big hole inside. Too many void. And nobody can fit and close the void. 

I still seeking for my own happiness. I know the time will come. My heart says it will. 

So, what does happiness means to you? Ask yourself. Because only you know what do you want.


a road to be happy is God,
♥arabella♥

Isnin lagi?

Pejam celik pejam celik, dah hari Isnin. Cepat betul masa berlalu kan? And in few days lagi, September will come. Say hi to Mr September. =). My four months holidays pun dah towards the end. So, I have to prepare my mind and my soul untuk next sem. Cuti lama ni bikin otak saya kosong dan penyakit malas semakin meninggi. 

To all of my Muslims friends, Happy Raya to all of you. Tak lama lagi you all nak sambut Raya kan. And I bet, you all dah siap da dengan shopping Raya korang tu. Wah wah, nanti balik kampus, ada la orang tayang baju baru, kasut baru, tudung baru, beg baru. Semuanya serba baru lah! =). Tinggal la I dengan jeans buruk I tu pergi kelas. =(. Kalau ada yang murah hati tu, ringan-ringankan lah tangan anda ye, bawa la kuih Raya. =). Kita share-share makan kat dalam kelas. Aha! 

Almond London. Hey, biskut ini sangat famous y'all. Dulu saya beraya dengan my best friends kat Utara. Hampir setiap rumah yang kami kunjung, mesti ada biskut ini. Trend ey?

Tart Nenas. Ini favourite sepanjang masa.


Coto Makasar. my favourite soto/coto ever! First time saya try soto ini masa my ex-roommate kat Matrik, Yuny, her mom made this soto for us. Memang sangat sedap ye. I suka soto yang ada daging. I tak prefer sangat sup ayam. Yuny's mom memang hebat! Bila la nak g Labuan lagi ya? Nak try Coto Makasar ini. 


Tahun ni, saya 'beraya' dengan my dad la. =). Thanks to UiTM sebab bagi cuti yang sangat panjang. So, tak payah la saya nak menangis nak mintak belikan tiket balik. Happy again! =) =). *owh, saya terpaksa membuat icon smiley seperti itu, biasa lah, saya buta IT. Tak reti nak buat smiley yang colour-colour gitu*

Okae, I gotta go! *sebenarnya tak de apa nak buat*. Tapi saya nak mandi! (Eww, busuk!) haha. Nanti pukul 3pm , saya ada date ngan Channel 702 pulak. Movie's time!

p/s: 3pm at 702---> Widow on The Hill. Kita enjoy! * tangan kanan terangkat ke atas, ala-ala Nora Danish*



Bai!
♥arabella♥

Sunday, 28 August 2011

Hello Sunday!

It is SUNDAY!

Okae brothers and sisters in Christ, mari kita beribadat.

Bagi yang ada Sunday School, enjoy your class!



Bagi kita-kita yang dewasa, marilah kita mengajak adik-adik yang masih muda untuk bersembahyang bersama.


Bai!
♥arabella☻☻☻♥☺



Friday, 26 August 2011

akhir-akhir ini saya gemar menonton

Watching movies! Itulah yang saya ingin share ngan korang. Tapi saya tidak menonton di cinema. Saya menonton di rumah je. =) Miri's Cinema dah pindah kat shopping mall yang sememangnya jauh dari rumah saya, so, I reduce my 'watching movies' activity. Plus, I can keep my money kan? A better way to keep money. 

Okae. So, sekarang ini saya cuma menonton filem di TV saja. Bukan dalam Astro First ye, tapi di Diva Universal Channel (Astro 702). The movies are quite nice. I'm very impressed. Dulu masa channel tu milik Hallmark, takde pulak movie yang best-best macam tu. Selalunya dorang tayang movie yang lama-lama je. Ala, kiranya macam Astro Prima tayang cerita P.Ramlee berkali-kali la tu. 

Tapi dalam DUC ini, the movies semuanya best-best. The first movie I watched is Three Weeks, Three Kids. Memang best. Lebih-lebih lagi, saya memang minat cerita romance, comedy, family ni. I tak suka cerita yang horror and lawan-lawan. Saya suka yang happy ending giteww. =)

Then I watched Husband For Hire. Dimana saya melihat Mark Consuelos buat pertama kalinya. He is so gorgeous! After that, I watched Just Breathe & today I watched The Edge of The Garden.

Apa yang best tentang movie yang saya tonton hari ini adalah, saya suka time setting movie tu. There are two time settings. 1960 & 2011. Cerita ini memang tak wujud di alam nyata la. Tapi dalam movie ni, saya terbawa-bawa pulak. =). 

This is the synopsis about the story:
CAST:

Rob Estes ... Brian
Sarah Manninen ... Nora
David Lewis ... Thomas
Kelly Monaco ... Julie

Can one man change a whole town’s history in a single moment? Brian Connor (Estes) is about to find out. A job-obsessed corporate man whose fiancĂ©e (Monaco) has just walked out on him, Brian gets a lesson in love and loss when he buys a charming but rundown old cottage in the countryside of Maine. Brian soon figures out he isn’t so alone when strange things start happening: lights mysteriously flicker, voices echo through the halls, and, strangest of all, fresh bouquets of flowers appear around the house when the garden outside is neglected. Curious, Brian wanders down the garden path and finds the spirit of Nora (Manninen), a beautiful woman who is quite literally living in the past! While Brian looks around and sees nothing but weeds, Nora sees a beautiful, blooming garden-just how it was when she lived in the house in the 1960s. Realizing they are living in the same house, fifty years apart, Nora and Brian form a special friendship. But can Brian break through the time barrier to protect Nora from her abusive husband (Lewis) and save her life? Or will history repeat itself?



Source: Internet.

Kalau korang suka story yang macam ni, korang boley try ushar web Diva Universal----> disini!disini!. Ada schedule rancangan, so korang boleh tau la bila movie ni diulang. =)

That's all for now,
Bai!
♥arabella♥

mari memasak bersama Daddy!

Hari ini ada program masak-memasak bersama Daddy! Mum went to her important school occasion, so the kitchen is belong to me and my dad. I saw my dad bring along a number of plastic bags in his hand when he came home this evening. I saw the greeny-greeny thing inside. Guess what? Tadaa...It's Mr. Vegetable!haha. Dad bought brinjal, bitter gourd, long beans, and some of Chinese so-called 'pak-choy'. Ey? Did I hit the right name? haha. 

Okae, here's the plan. my dad nak masak menu the so-called 'sayur tiga macam' yang kitaorang selalu order di kedai. But, the tiga macam sayur consists of Mr. Brinjal, Mr. Long bean and Miss Lady Finger. we had 2 out of three. And where is Miss Lady Finger? And my dad said, "we change the third ingredient. Here's our Mr Bitter gourd." aha! Okae. Let's try!

Dengan semangat yang ada, I pun tolong my dad masak menu yang diinginkan. I tolong y'all! haha. We had fun. haha. When the dish is completely done, we had our dinner. Nyum3. Not bad ey. Delicious maa. Cuma kurang masin sikit la. Tapi boleh dimaafkan. haha. We must reduce salt in our dishes. haha. And here's the dish!


Tadaa! =) nice taw! Sedap. You should try! Kalau nak better taste, try to use udang kering. Me and my dad guna shrimp paste yang ada dalam tin je. Ye la, kalau dah lapar, mana nak larat nak tumbuk udang kering tu kan? hehe. And, nasihat saya, jangan la tukar ingredient tu. Hehe. Because bitter gourd doesn't fit the taste. Brinjal and long beans tu manis, tapi peria tu pahit. So, maybe rasa tu macam-macam la. But, tak salah kalau mencuba. =)

hati gembira tak terkata.
♥arabella♥

takde cerita, tapi nak cerita

What's up you all! Aww, gegedik nye perangai. Awal-awal dah gedik. haha. Nak tanya kabar je pun.

Hari ni takde cerita, tapi nak cerita. Hari ini hari Jumaat, semua tahu tu kan. Apa yang sangat best tentang hari Jumaat ni? Kalau masa sekolah dulu-dulu, hari Jumaat la yang ditunggu-tunggu. Kelas abis awal, Lepas tu boleh produce tahi mata lama-lama before prep petang. Kalau tak cukup, boleh sambung lagi kilang tahi mata tu masa prep nanti. Balik prep boley tido lagi. haha.



Bagi yang beragama Islam, hari ni adalah hari berpuasa yang ke 26. Tak lama lagi nak Raya. So, of course la besok, Sabtu, you all pergi shooping kan? For the government servant, you all dah dapat bonus Raya. Parents aku pun tumpang dapat bonus. Yeay! Tapi aku tak boley mintak banyak-banyak sebab ari tu dah bayar yuran UiTM. Huhu. 

Bercakap pasal shopping raya ni, confirm-confirm lah tempat shopping yang terhangat di KL tu penuh dan sesak, Jalan Tar sudah semestinya. Bagi yang tak hantar kain kat tailor, korang beli yang pasang siap je la ye. Yang pasang siap pun not bad la ey. Siap ada labuci-labuci dan manik-manik lagi. Sekarang ni ramai remaja *opss correction, KITA yang remaja,lebih prefer yang pasang siap*. Why? Sebab, baju yang dah siap tu lebih banyak variasi and more fashionable. Besides, ada yang jauh lebih murah dari yang kita hantar kat tailor. Just pick what style that you want, then search for your size, pick your fav colour, and if it suits you, go to the counter and pay. Check! Shopping is done! Kalau hantar kat tailor, kena tunggu lama-lama, and sometimes hasilnya tak menepati citarasa yang kita inginkan. Oh ya, kalau korang rasa nak something new, korang try ushar blog Hanis Zalikha <--- just click the name. Kenapa saya promote blog dia? Because now, Hanis ada buat some bidding session with her followers and semua orang. Dia nak jual some of her collection. Semuanya lawa-lawa ye. I tak boleh bid, sebab her size tak muat dengan saya. haha. But bagi yang rasa size dia seperti Hanis, you all boleh la try sekaki. 

Tu baru baju je. Kalau baju sepasang saja tak apa. Tapi kalau yang bajet diva nak baju 10 pasang untuk raya? Eww, membazir je. Last-last lepas raya, baju tu simpan je dalam cupboard. Next year, beli baru. Ohh, itu sangat membazir you all. Ok, heels come next! My suggestion, lebih baik pakai flat sandal je time Raya ni. Kenapa? Sebab, nanti kalau nak pergi beraya senang je. Tak perlu terjongket-jongket bontot tu nak jalan. Plus, you can reduce your heel pain. Kalau nak sempoi lagi, use your Japanese slipper. haha. Ey, Banana Peels pun kelas tau! Hari tu saya pergi Boulevard, saya tengok design Banana Peels lawa-lawa lah. Nanti nak beli satu lah!

Saya pernah tgk flat sandal mcm ni kat Shoe Obssesion, Sunway. The price, RM 49.90. Bad ey? Tapi, seriously, it is COMFORTABLE! sebab kat tapak tu mcm ada ruang udara. *eww apa aku cakap ni. yea, I'm bad in explaining something*


Baju done, kasut done, next, accessories. Tak kisah la untuk rambut ke, badan ke, make up ke, yang penting accessories tu will make you look more beautiful. Tapi tak payah la nak berat sangan rantai tu sampai lenguh leher nak tampung. Bagi yang bertudung, you all boleh la dapatkan tudung, pashmina, shawl or selendang yang style terbaru or yang ala-ala Hana Tajima---> Click Here!! tu di pasaran. Kalau malas sangat nak hayun kaki tu pergi jalan-jalan, korang boleh je tengok kat internet. Banyak sangat! Bagi yang free hair tu, make sure rambut korang nampak kemas dan cantik untuk Hari Raya ni. Bagi rambut yang bercabang tiga tu, korang cepat-cepat lah pergi saloon Chinta ke, saloon Amoi ke, korang trim la yang bercabang tu. hehe. Kalau sayang ngan cabang-cabang tu, korang pakai je tudung. Ha, kan sweet gitu. =)

the best place to have your Raya's shopping.

Kuih Raya

borong jangan tak borong! RM 10 je.


Kalau semuanya dah sedia, you all boleh la berpuasa dengan tenang dan beraya dengan hati yang gembira. Yeay! 

Nasihat saya, kalau shopping tu, berpada-pada la. Ye la, nanti lepas Raya tak kan takde nak guna duit kot, kan. So, shopping as much as you can afford but keep some for the other day.

jejari kontot,
♥arabella♥


Wednesday, 24 August 2011

Inspira

Hi semua. You all pe kabar? Saya baik-baik je. Sihat sangat! haha. 

I went to Bank Islam just now. Hurmm, buat ape lagi, bayar segala hutang piutang dengan UiTM la. I spent my 910MYR for the hostel and tuition fees. I used my daddy's money. huhu. Pity me, I still use my parents money although I'm 23 years old. By logic, I am the one who supposed to give my parents some money. But what happen now is vice versa. 

Done with the fees. I'm posting this post bukan untuk bercakap tentang my fees, dear. I want to talk about my new boyfie, Mr Inspira. OhMyGod! Inspira is so handsome! *melting!*. More handsome than Mr Pesona. The red metallic Inspira that I saw just now, was so hot! * But the driver was not that hot!* Nevermind, whatever it is, the car is superb. I don't care what professional car lover said about that car, * they say Inspira is a model that imitate Mitsubishi Lancer*, but I JUST DON'T CARE. The car is so gorgeous. 

Luckily, my dad saw that car too. So, I had a good time to cucuk-cucuk my dad lah. haha. I suggest him to buy an Inspira. cehh...Duit dia dah melayang RM 910 tadi aku cekik. haha. Sekarang ni ada hati nak mintak beli Inspira. hehehe. 

Takpe, nanti bila I dah kerja, I will make sure yang I will have that Inspira. *waktu ni, azam untuk bekerja sangat tinggi, lubang hidung kembang nak bagai ni*. haha. Okae, bagi you all yang maybe berminat nak tahu full details and specification tentang kereta ini, here's the link--->INSPIRA!, the price pun ada kat situ. But this is the listed price by that time la. Maybe di tempat anda harganya lain. So ladies and gentleman, enjoy!

Here's some photos for you!
Inspira =)



the boot!




one word: gorgeous!


bulu-bulu bear,
♥arabella♥

Monday, 22 August 2011

big girl don't cry

Today is 22nd of August. Means that I am 23 years and 1 day old. Horay! I give you ten! So now I am one year older, more mature, gorgeous, beautiful, cute, and superb. Wah! 

Thanks to God the Almighty for these wonderful 23 years that I had lived. It was a WONDERFUL life. 


Thanks to all of my friends, family & teachers that posted on my Facebook wall. I really appreciate your wishes. I raped the "LIKE" button for hundreds times. Sorry! haha.  I enjoyed my birthday by reading your wishes and reply them. I am sorry if there are some wishes that I didn't reply. But I quite sure that I replied all of your wishes.



There is no birthday celebration for this year. My mom said, I have to wait for my big fat brother to coming home. No birthday cake, no candles, no balloons, no party. =( . This situation makes me feel older. Yea, I'm old.

No presents for this year! Because I didn't celebrate with my friends. Hehe. Friends always give me some birthday presents. I miss that moment. hehe. 


Looks like my birthday is the most boring day that I ever had. Is it? But never mind, I still have fun with my parents, my aunties, my cousins and everyone. We eat a lot yesterday. My mouth was non-stop munching yesterday. That is the best part for yesterday.

No special wishes from boyfriend. Alamak! I hope I will get  my dreamed wish next year. So I have 365 days to find my Mr Perfect! haha. 




Oh ya, thanks to Celcom for giving me free calls and messages 7 days in a row! But unfortunately, I don't have someone special to hang on. =(. Damn! Rugi3! It's been 3 years I didn't use this great opportunity to make Celcom loss their profit. Huhu. 

Okae, I think that's all for today. =). Gotta talk to you later! Bubbye!

tereterebozu,
♥arabella♥




Saturday, 20 August 2011

selamat tinggal 22, selamat datang 23.

Ohh...bila saya check blog traffic kat my blog tadi, saya tengok ramai viewer blog saya. Ohh, thanks a lot people. Anda adalah kekuatan saya untuk terus menulis blog ini. I hope next time, you can leave your message in the chat box or comments in my posts. I really appreciate it. Lots of love guys. You guys are great. Walaupun blog saya ini banyak kelemahan dan kekurangan, dan sudah tentunya blog saya ini tidak sepopular blog-blog yang lain, tapi anda yang view blog saya adalah orang-orang yang sangat hebat!

Hari ni berlalu macam biasa. Life is getting bored. Last night I watched some video clip from Najwa Latiff & Maddi Jane. Both of them are great. I wish I have my owh Youtube account one day. Tapi itu nanti-nanti lah ok. Bila blog saya dah stabil nanti, maybe saya akan buat satu akaun untuk Youtube. *cross finger*

Sekarang ini jam 1.12 am, 20th August, so saya rasa ini adalah post yang terakhir saya sebelum saya menginjak ke umur saya yang baru. 23 years old!

Banyak kenangan yang saya lalui di umur 22 tahun ini. It's been a wonderful year. I graduated my diploma and I got Vice Chancellor's Award, CGPA 3.70 and I continue my degree in Shah Alam..whoaa...thanks to the number 22. You are my lucky number!  

So, azam di umur yang baru ini
1. a serious relationship
2. cgpa AD
3. kesihatan dan kecantikkan
4. rezeki yang halal
5. kegembiraan yang berpanjangan

Semua kita ada azam yang sama kan. Kita mengharapkan yang baik-baik untuk diri kita. Bila umur meningkat, jadi kematangan kita meningkat. Saya harap saya mampu berfikir secara rasional dan lebih matang dalam segala keputusan yang saya lakukan. 

Jadi, dengan itu, selamat tinggal 22, selamat datang 23.
Another new candle in my birthday cake.

I nak candle mcm ni boleh? tak nak la yang batang2 tu..buat letih je nak tiup..


hidup mesti ceria,
♥arabella♥

Thursday, 18 August 2011

sleep disorder

Saya ada masalah untuk tidur. Sleep disorder. Kenapa ya? Maybe dulu kat dalam kampus, saya selalu tidur lambat, especially bila tiba waktu final exam. Sebut je pasal final exam, memang bermulalah masa untuk burn the midnight oil. life start at 12midnight until 7 a.m. So, bila cuti semester, saya start menjadi nocturnal. Kalau zaman sekolah dulu-dulu, takde nye saya nak stay up sampai pagi macam ni. Abis je prep malam, terus terkangkang atas katil dan zzzz! 

So sekarang ni saya dapat mengatasi sikap awal tidur, tetapi masalah lambat tidur menyerang kembali. Mana perginya beauty sleep saya? Mana? Mana? Saya pun nak muka yang licin gitu. Tapi kalau masalah tidur lambat ini semakin menjadi-jadi, nampaknya saya terpaksa bersedia untuk memiliki kulit yang menggerutu dan ditumbuhi jerawat-jerawat batu!

Ok, saya taknak cakap banyak kerana semakin banyak saya bercakap, saya semakin sedih dengan keadaan saya ini. So, tu je la untuk hari ini. Bai. Sekian!



jejari yang tak runcing
♥arabella♥