Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Monday, 18 July 2011

lebih atau kurang bukan ukuran

"saya nak hadiah yang lebih besar!".

 dulu dulu, aku memang selalu cakap macam ni kat ayah dan mak aku. ye la..siapa nak hadiah kecik kecik je kan. aku pun nak. bila nak hadiah je, nak yang besar. masa tu aku tak tahu lagi erti nilai matawang yang bernama ringgit. kalau tak dapat yang diinginkan, apa lagi..confirm berderai air mata dari paip semulajadi. kalau cuma menangis tak apa juga. boleh blah sikit. ni tak, aku hentak hentak kaki aku sekuat hati. lepas tu wat keraskan badan. kalau ayah aku tarik aku nak bawak balik rumah, aku tak nak. kalau diberi hadiah yang kurang besar, muka jadi monyok. lepas tu, taruk la kat mana-mana yang aku suka. kalau hilang pun, lantak la. bukannya besar sangat pun.

"saya nak barang yang lebih mahal!"

bila dah meningkat dewasa ni, lain pulak hal nya. tambah tambah lagi bila dah tahu ilmu kira kira. semua nak yang mahal mahal aje. selipar yang seringgit dua tu dah tanak pandang dah. nak gak yang harga 50 ringgit. walaupun tak la cantik mana. tapi apa kesah? 50 ringgit tu..kau ade? kalau nak beli baju tu, nak yang branded-branded aje. sanggup tunggu bila ada sale. kadang kadang kalau dah tak sabar sangat, sanggup beli yang nett price. tapi bila pakai, sama aje rasanya dengan barang yang murah. bila orang lain marah aku beli barang banyak banyak, aku jawab "ala, biasalah perempuan..shopping"..*kau yang shooping tu sedar ke duit sapa kau pakai*. bila beli barang yang kurang mahal, nak pakai pun setakat kalau nak pegi market ikan je. kadang-kadang ada kawan tanya, "eh eh, cantik la..berapa kau beli?". nak jawab pun kadang-kadang nak tak nak.


"saya nak lelaki yang lebih handsome!"
zaman-zaman nak mencari boyfriend ni, semua nak yang hensem-hensem. aku pun nak! sapa tak nak. tengok lelaki hensem je, terus bulat mata. bila tgk yang kurang hensem, anak mata terus naik juling. kalau tengah menonton drama je, aku menjerit jerit dalam hati. "mak aiii...hensem gilerrr". orang kata, lelaki hensem berpotensi untuk curang. aku tak percaya. sebab rata-rata yang berada di depan aku semuanya tak hensem. tapi curang juga. sampai berskandal dua tiga. so, apa relevan nya nak cari lelaki yang kurang hensem kalau mereka pun sama? better amik yang hensem. sekurang-kurangnya bila dia curang, tak la frust mana pun.



seharusnya,lebih atau kurang bukan ukuran. yang penting bagaimana kita menghargai. lama-lama aku pun sedar. barang yang orang bagi free pun, ada nilai sentimentalnya tersendiri. benda yang LEBIH itu kadang-kadang menyusahkan. jangan ukur sesuatu atau seseorang dari segi nilai kerana semuanya ada nilai-nilai yang tersendiri. begitu juga diri kita. nilai diri kita tidak ternilai harganya. saya hargai diri saya. dan saya berharap saya tidak akan tersasar dengan ukuran-ukuran yang akan menyesatkan diri saya. 

cinta dan benci,
♥arabella♥

No comments:

Post a Comment