Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Friday, 29 July 2011

saya tak sedih saya single

huarghh!lama sangat tak update blog ini. biasa la..kadang2 rajin, kadang2 malas. komposisi malas dan rajin di dalam badan saya tidak seimbang. malas lebih beraja di dalam badan. lama2 minda pun liat. nak tulis ape pun tak tahu. saya xde kisah cinta nak share. x macam jejari runcing tu. dia ada encik apex dia. saya xde..apek tua pun xde. kalau cakap pasal cinta, mmg malas giler. cinta tu x best. awal2 je best. bila dah lama, jadi x best. saya ada suka sorang budak. dulu la. 3 tahun yang lepas. dulu dia mmg terbaik lah. bak kata dafi..baekk punyee..bila nampak dia je, terus x nampak kebaikkan orang lain. masa tu, mmg xde pun orang baik. tapi bila dah lama2 kenal, baru la tau belang masing2. dia yang pemalu tu, cehh..malu la sangat..ptuihh..sekarang ni dah x malu. bukan x tahu malu ye, tapi malunye dah kurang sket. tapi lama2 mcm hantu.dulu pijak semut pun x mati. lama2 terbongkarlah segala rahsia. diatas permintaan ramai, rahsianye xboleh diceritakan. aku je yang tahu. org lain x tahu. sekarang ni aku dah x suka kat dia dah. sumpah aku x suka. xda feel lg kat dia. alahai, bodohnye aku dulu. kalau fikir ttg masa dulu, mmg aku rs aku bodoh sesangat. sekarang ni, jgn harap la aku nak bagi muka kat dia tu lagi. kau boleh blah la jantan. sekarang ni saya single..sentiasa single...wah....baru saya tahu betapa best nye jadik single..kredit tepon tu xya ckp la..10 hengget bleh guna sampai berbulan2. jimat beb. pas tu xya pening2 nak fikir diri ni lawa ke tak. lawa ke tak, x jadi masalah..ada ku kesah?? pas tu kalau bab nak makan, xya risau. mmg makan tahap hepi punye. kalau nak beli baju ke, apa ke, xya nak risau fikir orang tu suka ke tak. asal sendiri suka, dah cukup baik. kadang2 sunyi jg, ye la..orang lain sebok msg2 ngan pakwe, aku ni xde org nak msg. tapi ade aku kesah??aku x sunyi..aku nonton tv..haha..pastu layan fb,twitter,blog...nah...cukup la. single itu simple. mmg terbaekk..umur meningkat?? xde masalah bagi aku. biar la umur meningkat, mmg lumrah. tapi janji hati happy. kumpul duit banyak2, nak beli rumah, kreta,harta pastu jalan2 keliling dunia..pakwe??nonono..itu menyusahkan. bikin otak bingai. jadi, sekarang ini, saya hanya mahu SINGLE! kerana single itu sumber kegembiraan hidup!


Saturday, 23 July 2011

sebab aku fikirkan kau

nocturnal - to - be 
adoii! jam dah menunjukkan pukul 3.05a.m. manusia patutnya dah tidur beb. tapi aku belum lagi. beauty sleep tu mmg xda dalam kamus hidup aku skarang ni. tu zaman dulu kala je. sekarang ni aku dah jadi nocturnal. kalau korang kurang paham word tu, ce google..ce google...tapi terus terang aku cakap, aku tak dapat tidur bukan sebab aku fikirkan kau!

i will become slimmer 
hah! statement x boley blah! kalau beruk pandai baca pun, beruk muntah bila baca statement ini. siyes aku cakap, aku kurang selera makan. bukan HILANG, cuma KURANG. maybe sebab selalu makan ayam kot. ayam la ni x sedap macam zaman skolah dulu. skrg ni ayam x sehat. semua kena inject. kalau dulu dulu, ayam semua sehat dan sedap. lebih lebih lagi bila man cik dewan masak nasik ayam. perghh...beratoq panjang aku hanaq kat hang. kalau orang yang first dalam barisan tu kat sebelah kanan makcik, orang yang paling last beratur tu kat sebelah kiri makcik. perghh...mmg ramai gila kat dewan makan. la ni, ayam goreng ada macam2 rupa, tapi x best pun. hampeh je rasanya. kalau terbeli yang x sedap, puihhh...baziaq duit..rugi je. biasa la, dulu semuanya free..makanan free mmg sedap. tapi aku nak bgtaw, aku kurang selera makan bukan sebab aku fikirkan kau!

nah, dalam otak aku cuma ada dua statement ni je. kalau korang ada statement lain, korang letak kat blog korang sendiri. ok, babai, chow!

khas buat pria tersebut, aku x rugi sesen pun sebab tak jadi bini kau. kau je rugi berjuta-juta sebab x jadi laki aku.phewww...

cintan cintun,
♥arabella♥


Monday, 18 July 2011

lebih atau kurang bukan ukuran

"saya nak hadiah yang lebih besar!".

 dulu dulu, aku memang selalu cakap macam ni kat ayah dan mak aku. ye la..siapa nak hadiah kecik kecik je kan. aku pun nak. bila nak hadiah je, nak yang besar. masa tu aku tak tahu lagi erti nilai matawang yang bernama ringgit. kalau tak dapat yang diinginkan, apa lagi..confirm berderai air mata dari paip semulajadi. kalau cuma menangis tak apa juga. boleh blah sikit. ni tak, aku hentak hentak kaki aku sekuat hati. lepas tu wat keraskan badan. kalau ayah aku tarik aku nak bawak balik rumah, aku tak nak. kalau diberi hadiah yang kurang besar, muka jadi monyok. lepas tu, taruk la kat mana-mana yang aku suka. kalau hilang pun, lantak la. bukannya besar sangat pun.

"saya nak barang yang lebih mahal!"

bila dah meningkat dewasa ni, lain pulak hal nya. tambah tambah lagi bila dah tahu ilmu kira kira. semua nak yang mahal mahal aje. selipar yang seringgit dua tu dah tanak pandang dah. nak gak yang harga 50 ringgit. walaupun tak la cantik mana. tapi apa kesah? 50 ringgit tu..kau ade? kalau nak beli baju tu, nak yang branded-branded aje. sanggup tunggu bila ada sale. kadang kadang kalau dah tak sabar sangat, sanggup beli yang nett price. tapi bila pakai, sama aje rasanya dengan barang yang murah. bila orang lain marah aku beli barang banyak banyak, aku jawab "ala, biasalah perempuan..shopping"..*kau yang shooping tu sedar ke duit sapa kau pakai*. bila beli barang yang kurang mahal, nak pakai pun setakat kalau nak pegi market ikan je. kadang-kadang ada kawan tanya, "eh eh, cantik la..berapa kau beli?". nak jawab pun kadang-kadang nak tak nak.


"saya nak lelaki yang lebih handsome!"
zaman-zaman nak mencari boyfriend ni, semua nak yang hensem-hensem. aku pun nak! sapa tak nak. tengok lelaki hensem je, terus bulat mata. bila tgk yang kurang hensem, anak mata terus naik juling. kalau tengah menonton drama je, aku menjerit jerit dalam hati. "mak aiii...hensem gilerrr". orang kata, lelaki hensem berpotensi untuk curang. aku tak percaya. sebab rata-rata yang berada di depan aku semuanya tak hensem. tapi curang juga. sampai berskandal dua tiga. so, apa relevan nya nak cari lelaki yang kurang hensem kalau mereka pun sama? better amik yang hensem. sekurang-kurangnya bila dia curang, tak la frust mana pun.



seharusnya,lebih atau kurang bukan ukuran. yang penting bagaimana kita menghargai. lama-lama aku pun sedar. barang yang orang bagi free pun, ada nilai sentimentalnya tersendiri. benda yang LEBIH itu kadang-kadang menyusahkan. jangan ukur sesuatu atau seseorang dari segi nilai kerana semuanya ada nilai-nilai yang tersendiri. begitu juga diri kita. nilai diri kita tidak ternilai harganya. saya hargai diri saya. dan saya berharap saya tidak akan tersasar dengan ukuran-ukuran yang akan menyesatkan diri saya. 

cinta dan benci,
♥arabella♥

Saturday, 16 July 2011

lebih baik apabila dikongsi

lama sudah tidak meninggalkan kata kata disini. terasa rindu pada dunia maya. seperti biasa, hari ini berlalu seperti biasa. seperti selalu. tiada yang asing bagiku. dunia ini terlalu indah untuk didiami. terlalu bersar untuk dijelajahi. terima kasih Tuhan, kerana hari ini aku masih bernafas di bumimu. dan dunia ini akan lebih ceria dan lebih baik apabila dikongsi.

kata orang, kata kata yang indah itu dari minda yang berimaginasi. tetapi kata kata itu asalnya dari sekeping hati. kerana kata kata yang merebak ke minda itu bermulanya dari hati. sejenak itu aku terfikir, alangkah indahnya kalau kata kata indah itu dikongsi bersama yang lain. seperti kata kata pujian, kata kata perangsang dan kata kata nasihat. jikalau ianya dikongsi, pasti semua umat bumi tidak akan bertengkar sesama sendiri. kata kata adalah lebih baik apabila dikongsi.

manusia hidup kerana cinta. dan cinta hidup kerana manusia. aku cinta pada penciptaku, ibu bapaku, adik adikku dan seluruh ahli keluargaku. tapi adakah cintaku itu cukup? cintaku tidak sebesar cinta Tuhan terhadap  pengikutnya. cintaku tidak sekecil cinta adam pada hawa. cintaku hanya sederhana, tetapi cintaku membahagiakan semua orang orang yang kucinta. dan semestinya cinta itu adalah lebih baik apabila dikongsi.

semua manusia mengejar harta. sesudah subuh, semuanya turun bekerja untuk mencari harta pencarian. bersarnya atau kecilnya manusia, bukan hak kita untuk mengukurnya. harta yang paling besar didalam hidup ku adalah maruahku, agamaku, keluargaku dan kejayaanku. tiada harta yang paling membahagiakan daripada harta ku ini. harta kekayaan bisa dicari dan bisa pergi. dan adalah lebih baik apabila ianya dikongsi.

hadiah teragung dalam hidupku adalah nafasku. aku bernafas untuk meneruskan hidupku. dan adalah lebih baik bila hidupku dikongsi bersama pemilik rusukku.

cinta dan benci
♥arabella♥

Tuesday, 12 July 2011

hidup ini cubaan

hidup ini, kalau tak ada cubaan, mesti tak best kan? tp kalau banyak sangat cubaan, tak best juga. ada macam macam jenis cubaan dalam hidup. kalau tak tahu, korang boleh google. pasti ada pelbagai result korang dapat. dalam hidup aku, aku memang ada banyak cubaan.

cubaan yang pertama dalam hidup
UPSR. kenapa?terkejut? cubaan aku ni nampak macam statement kanak kanak ke? memang ni cubaan. kerana upsr ni, aku terpaksa menghadiri kelas tambahan di waktu petang. korang bukan tak tahu.masa yang paling best untuk tidur adalah waktu petang. pergghh..siap boleh dapat mimpi lagi! lebih lebih lagi kalau waktu hujan. saat orang lain lena tidur, aku terpaksa berhempas pulas untuk belajar. dah la kena buat set set soalan. kalau spot question, tak apa la pulak kan.

cubaan kedua dalam hidup
PLKN. kenapa? terkejut lagi ke? ni mesti korang expect cubaan kedua aku ni PMR kan? pmr bukan cubaan dah. sbb tu bukan ujian besar yang pertama aku hadapi. ok, kembali kepada cubaan. plkn. walaweh. satu hari tu, kawan kawan aku bising bising di asrama. katanya dapat check nama untuk plkn. dorang check guna sms la waktu tu. biasa la, masa tu handphone mmg famous. nak nak hp nokia 3310. memang famous habis lah! aku slalu ngidam nak handphone tu, tp sampai sekarang tak dapat dapat. ok, kembali lagi pada plkn. oleh kerana aku takda handphone waktu tu, aku mintak la jasa baik kawan kawan aku yang ada handphone utk check nama aku. punya la aku terkejut, sebab aku memang tak expect pun..aku terpilih! masa tu aku buat muka bodoh je. dalam hati memang dah lebur dah. tapi bila kawan kawan aku mula bersuara dengan muka yang separuh mengejek, aku terus pura pura buat macam nak tidur. baring dengan tenang, buat buat je macam tenang, pas tu taruk bantal busuk atas muka..dan nangis! kalau aku ingat balik waktu tu, aku rasa memang bangang betul. kenapa la aku tak turun je pegi toilet dan mandi bawah shower. baru boleh feel nangis tu. macam drama beb!

cubaan yang ketiga dalam hidup
UiTM. aku dapat masuk uitm untuk kali kedua. offer yang pertama aku dapat, aku terima, tapi aku tak pergi pun. biasa lah, masa tu masih kat matrik lagi. bila masuk matrik, kiranya offer diploma mmg dah tak pandang lagi dah. cehh, belagak ye aku masa tu. skali tengok bila abis matrik, pointer x cukup daaa nak amik course yang high. cehh...bajet diva betul ye..pointer sekerat, ada hati nak amik engineering. hati rasa bengang jap. muka memang malu la wei. aku bawak hati balik kampung. bukan hati je. aku siap bawak kain baju lagi. cehh..overr..macam drama..kecewa, bawak diri balik kampung. wei, aku balik kampung untuk jadi guru sandaran da! perghh....matrik pun tak lepas, ada hati nak jadi guru. eleh..atleast aku lulusan matrik masa tu. kau ada? 3 bulan jadi cikgu, aku try apply uitm lagi. ciss, sekarang baru kau tahu! dulu kau tolak uitm. aku apply kos engineering. ciss, belagak lagi! tapi kali ni aku yakin derr, sebab aku bermodalkan result spm. kira ada chance lah! akhirnya dapat jugak masuk uitm. kos engineering. nah, aku dapat jugak kan. ko ade??

cubaan yang keempat
cubaan yang keempat ni belum ada lagi. tapi tak lama lagi ada la tu. sekarang aku masih menuntut lagi. kawan kawan semua dah grad, aku je belom. tapi aku tak kisah. walau ada la menyesal banyak dalam hati. tapi tak gak jeles. yang penting lambat atau awal grad, yang penting bagi aku adalah pointer aku. aku rasa lebih baik juga aku tak sambung degree terus lepas matrik, sebab aku rasa sifat malas belajar aku tu akan lebih menular dan mungkin aku tidak dapat pointer sebaik yang aku ada sekarang. maknanya, apa apa cubaan yang kita hadapi, ada hikmah di sebalik semua nya kan? aku dah lalui 3 cubaan. jadi aku ada 3 hikmah yang aku dah rasa. dan rasa itu mmg tak boleh aku gambarkan. memang sangat indah. jadi, pada kawan kawan yang saya suka, janganlah takut pada cubaan. walaupun sekecil mana atau sebesar mana cubaan, semua itu ada hikmah.


akhirnya, dapat juga aku berkongsi cerita. benarlah kata orang, kalau minda dipaksa, idea tidak mungkin ada. kata kata indah datangnya dari imaginasi, bukannya dari hati. fakta atau auta?

aku menulis berjela jela, aku harap kau baca.

tangan sudat penat, mata sudah berat, mimpi menanti untuk dilihat.

sedarkan aku di waktu pagi, agar ilham menulis datang lagi

benarlah kata orang bercinta, cemburu tanda sayang.
mata aku cemburu padamu, mataku ingin lelap, kerana mataku sayangkan aku, sayangkan kesihatan ku.

cinta dan benci,
♥arabella♥

Monday, 11 July 2011

i am home

Hi loves! finally, i am home...BUT i miss my village! =( xde story for today because i laugh a lot...can't tell you because this space if not enough for the stories... =)..but i will upload my picture soon...hehe....btw, enjoy this video from matluthfi...ok!bubbye..mwah3

p/s : please do not judge the book by it's cover..

love and hate,
♥arabella♥

Thursday, 7 July 2011

my B.E.A.U.T.I.F.U.L life

Hi loves! how are ya? lama x update my blog ni...well, sy d kampung...so, i think line xde la....tp one day i try and try my bb, atas katil my inek, n then i tgk ada line!yahoo!!haha...well, bila da di kampung tu, mmg banyak benda i did....i went fishing.,.digging the ginger plants, collecting the kuini, nanas and other organic vegetables...haha...it's cool huh!really2 cool!and i love what i did...well, Nomo is getting happier here...Nomo is getting fat!!haha...she is turning one kilogram! makan x brenti..haha..and i bet Doree pun makin gemuk jg kan...kan Doree??hehe...when i talk about kampung, i always remember my childhood time..it was a beautiful memories...and i miss all of my kampung friends...i do nothing today...but maybe later i will collect the kuini again...and selling tthem again and again..hahaha...oklah, that's all for today....i love you all and i miss u!bubbye!

p/s : i miss u lah! *bujang baju belang2*..hahaha....

love and hate, 
♥arabella♥
*cinta ini hanya milik kita berdua*

Sunday, 3 July 2011

OFF for a WEEK

i.am.off.for.a.week...love.you.all...bubbye!

Saturday, 2 July 2011

here come July...

Hi loves! Welcome to my July!! =) no big stories for today...but there are happy news for my mother...she will be posted to SK St Joseph Miri as a headmistress..congratulation mummy! i am very proud of you...♥♥♥♥♥ u! a sweet birthday present...hehe....ok..that's all for today..will tell u many things later...bubbye loves!

p/s : kenyang perut makan kat Shasaki today..haha...*betol x spelling ya..haha*

love and hate,
♥arabella♥
*aku cinta padamu, millikku*

Friday, 1 July 2011

the world of balloons

Hi loves! sorry x update semalam..hehe....thanks for reminding me for updating this blog my dear cuzzie! cheq syg sgt kat hang cik Cynthia hehehe....so no hot and cold story for today...but i hate beautiful picture for you...enjoy!
 this is my new background...ni yg ori punya gambar...my background tu, i dah edit sikit..hehe






and the most special one is.....
 ♥♥ lalalalala♥♥

p/s : x lama lg sy akan ada my own balloon pictures...siapa model saya, itu kita tunguuuuuu!

love and hate,
♥arabella♥♥
*dunia in indah..lebih indah daripada apa yang kita gambarkan*