Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Daisypath - Graduation

Wednesday, 21 December 2011

I Miss You

Hi everyone!
lama dah tak update belog ini.
*lama giler giler*
nak muntah darah rasanya bila hidup di dalam ke-busy-an yang teruk nak mam.

test sana sini, assignments lagi, berlambak lambak. 
*grrrrr*

Kesian belog ni, jadi tanah terbiar pulak.
tapi apa nak buat. 
dah nasib.
no hal, i will be free starting from this 24th dec.
so, i will be updating my blog frequently, ok?

that's all.
bai!
xoxo.
♥arabella♥

Tuesday, 13 December 2011

Suria Di Cordoba

Hari ni episode last drama yang aku tak pernah miss nak tengok iaitu SURIA DI CORDOBA. Ni memang first time aku suka drama yang ada unsur-unsur penulisan Islamic.

Aku tengok cerita ni sebab aku minat gila nak mam dengan Adi Putra tu.

Cerita memang best, (sebab tu aku sanggup turun bilik TV setiap hari Selasa) and aku suka lagu kat dalam drama tu.

Tapi last-last ENDING MACAM HARAM, sial.
(sorry, aku memang suka merapu dan mencarut)
Haaa...kan dah keluar suara jantan aku.
Mangkuk hayun.

ok, aku marah giler.
Bai
♥arabella♥

Saturday, 10 December 2011

Lunar Eclipse

10th December 2011 is a very special day for everyone in Malaysia.

Ada gerhana bulan tapi aku tak boleh tengok bulan sebab awan (damn you cloud) tebal sangat. So, malam ini adalah seperti malam-malam biasa je la. 
(macam haram betul)

Ok lah! 
aku tak ada mood.
choii.
(mencarut mencarut mencarut!)

esok nak pegi kl, nak jumpa aunty, uncle & kazen mazen aku.
Gonna have a better weekend this time, instead terperap dalam bilik.
Yeay!

Bai,
aku chow
♥arabella♥

opsss! nak edir sket!
finally!!!!
aku dapat tengok eclipse!!! Yeay!!!
A big yeay!! horay!!

nah amek kau gambar yang aku sempat captured tadi.




ok, happy!
♥arabella♥


Underpinning MAKES Me Under-PENING!

What else a student should do rather than sucks up the knowledge and vomit out the assignments?
Watching movies? -- A big NO for that.
Dating? --Big big NEVER for a single woman like me.
Eating? -- I'm not in a diet and of course I EAT a lot, so don't worry about that.

I have an assignments regarding my ConsTech subject where I have to find a case study about underpinning.
So I asked Mr Google's help, and horay! I found it! Thank thank thank you Mr. Google!
*ilebiu*

Finding the sources are not that difficult because there is internet but what make it becomes worst is, I got a headache to proceed with the sources.

I wanna search for something, but I found something else. OH Gosh!

I really wanna tell my lecturer, please make me live happily! No assignments, please. There are many tests that I have to be focused on.

Well, thanks to my group-mate, Aini. You choose the topic - Underpinning, and now, I am the one that under-PENING! And maybe it will happen to you too! HAHA.

xoxo, 
♥arabella♥

Ombak Rindu Part 2

Aritu dah buat post title Ombak Rindu, kali ni buat la Ombak Rindu Part 2 pulak la. HOHO.

Sesungguhnya saya dengan rendah hati menyatakan post ini memang dah lapuk dan berkulat kerana u ols mungkin dah tengok sendiri filem Ombak Rindu ni kat pawagam. 

Nak wat macam mana, I busy sangat sampai nak type HI kat blog ni pun payah. Phewww.
Tapi dalam ke-busy-an iteww, saya sempat gak layan citer Gossip Girl! Haha.

Personally, filem Ombak Rindu ni memang best. Tempat best-best belaka. Cuma ada diantara scene yang penting dalam novel, dorang tak lakonkan.

Pemilihan pelakon memang I kurang minat. I lebih prefer kalau watak Izzah itu diberi pada Fazura @ Sari Yanti @ Rita Rudaini. Sebab dorang ni mempunyai accent kampung yang bagus. Maya Karin tak sesuai sebab accent dia memang out giler and muka dia memang nampak tua. Sorry Maya.

Kalau Rita Rudaini diberi peluang, maybe filem ni lebih meletup sebab kombinasi Rita & Aaron memang mantap!

Then, I rasa watak Lisa Surihani tu kalau diberi pada Julia Ziegler, maybe lebih sesuai. Overall, Aaron Azia a.k.a abang long, memang TERBAIK! I cried when he cried. *fullstop*

Ape ape pun, bagi korang yang belom tengok lagi, sila la melangkah ke panggung wayang terdekat. Rugi gak la kalau tak tengok. Sokong filem Malaysia.

Itu je la kot.
Bai!
♥arabella♥

Monday, 5 December 2011

Sorry

Hi!
Sorry for ignoring you and this blog.

I AM VERY BUSY.
that's all.
Sorry a bunch!

I miss you all.
Seriously.

There are many stories that I wanna share, I wanna tell and I wanna say. 
But the tests+ assignments are really made my headache come to the maximum.

Will catch up with all of you later.
Love ya,

xoxo,
♥arabella♥

Friday, 2 December 2011

Finalist For AJL-26

Baru selesai menonton Muzik Muzik Separuh Akhir minggu terakhir dah kita sudah tahu siapa finalis-finalis AJL ke 26.

Before I show you the list, I would like to comment about the performances tonight.

I start with Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet and the song is Kalau Berpacaran. This is one of the best duo/trio nowadays. The lyric of the song is full with some good messages to the teenagers & youth. I love to see the combination between Ana and Suhaimi. Ana, a young generation and Suhaimi, a senior singer. Their performance tonight was a simple one and I admit, less is more. I love Ana's dress (or maybe I can call it a modern transformation of a typical baju kurung)

Yuna - One of the great female singer in Malaysia. The winner for The Most Popular Female Singer in ABP last year (a new winner after the award belong to Siti Nurhaliza for 12 years). Yuna seems very comfortable with the music arrangements and the audience. She can make her audience concentrate with her performance from the start to the end (include me). I love the song, Penakut. Deep meaning. Good job Yuna!

Jaclyn Victor - I can say Jac is the love bird of Malaysia. She has her own style (especially when she drag the microphone a little far from her mouth). Singing the song Sedetik Lebih (original singer is Anuar Zain but he refuses to took part in AJL, so his place was replaced by the gorgeous Jac) Jac really made the song more than a lovely song. Her performance tonight was a superstar and superb. I love her black dress.

Shiha - The first runner up for Mentor this year. She was so beautiful tonight. I love her red dress (damn seriously). Her performance was not that good if compared to the one she had in final concert for Mentor. Maybe tonight she was singing by using the karaoke version and that is why her voice was very typical and studio version.

Sixth Sense - They performed twice tonight. Their songs were Menyesal & Cinta Matiku. I do not put my heart in their performance because it was just like a stereotype performance to the other band. Wearing a dark costume does not really make them like slow rock / rock-ballad band at all. (oh, please do not choose black costume. Every time I watched a band do a performance, they will wear a black shirt, jacket and all in black. Seriously, it sucks. I know you are a man, but can you choose another dark colour please?) The voice was not that really bad and the music also goes well. Maybe the songs was not that attractive to the judges.

Salma - The winner of Mentor. Her performance tonight was over-did. She hit every high note but it doesn't goes well. I do not know where is the problem. Maybe she was too confident with her high note. Her voice is superb, as usual. She should reduce 'screaming'.

Faizal Tahir - A better performance since his performance that I watched in Anugerah Planet Muzik few months ago. There was a little bit pitching mistake especially at the beginning of the chorus. But he catch the right pitching of the chorus when he reached the bridge. I saw he adjusted something at his ears when he was sitting on the stage (I don't know the name, but the function of that thing is to ensure that the singer hear the music clearly and they can get the right note). And after he adjusted it, he can hit the right note. So, maybe he can't hear the music very well before that. Good job Faizal. You manage to solve the problem.

That are my comments about the performance tonight. I'm not that professional in music. I just want to share my opinion.

So, ad I promised before, here's the list of 12 finalis for AJL.
Yuna - Penakut & Gadis Semasa
Ana Raffali, Suhaimi & Altimet - Kalau Berpacaran
Jaclyn Victor - Sedetik Lebih
Faizal Tahir - Karma
Hafiz - Awan Nano
Najwa Latif - Cinta Muka Buku
Project Pistol - Wanita Seluruh Dunia
3 Suara - Beribu Sesalan
Alyah - Kisah Hati
Monoloque & Atilia - Kekanda Adinda
Aizat - Sungai Lui

Satisfy?
by the way, the date for AJL is 29th January 2012.
Do not forget to leave your comment.
Thanks!

xoxo,
♥arabella♥

Thursday, 1 December 2011

Finally I Got This : Kau Laksana Bulan

Saya pernah demam drama Kau Laksana Bulan dan drama itu telah membuatkan saya fall in love pada Zulhuzaimy.

Drama itu telah diadaptasikan dari sebuah novel iaitu Kau Laksana Bulan karya Aina Emir.

Saya bukanlah kaki novel yang kaw kaw punya, tapi banyak novel yang saya baca dan saya ada koleksi novel saya yang tersendiri. (Opss, ok ok, mak I yang punya. Haha)

Tapi ini adalah first time saya berusaha untuk menebalkan muka diri sendiri untuk menempah buku ini secara eksklusif di MPH Bookstore. Cewah! Oleh kerana buku ni dah out of stok di MPH SACC Mall, so depa terpaksa call MPH Sunway untuk dapatkan buku ni and cuma ada SATU naskhah saja lagi yang ada. And it was my luck!

Setelah beberapa minggu saya tunggu and finally, buku ini sampai juga di tangan saya. So dengan bangganya saya "menjemput" buku ini di MPH Bookstore di SACC Mall petang tadi. (sanggup you, walaupun esok ada test and I tak abis study lagi)

So, melayang la RM 19.90 saya. Tapi tak ape, duit boleh dicari, tapi buku ini sangat bermakna. (Perghh, ayat redha ni)

Jadi, lepas ini saya akan menelaah buku ini, tetapi setelah segala tests+assignments+presentations saya dah selesai.

To Firas Ali & Adrianna, I will meet you in few weeks later! Can't wait.

Lepas balik dari MPH, saya and kawan yang kita suka, Ina pun terus melantak Cheesy Ultimate 7.

Akhirnya milikku!



Oh Firas Ali!

ok, itu je.
♥arabella♥

Majlis Anugerah Dekan

Tak terlambat sekiranya nak ucap CONGRATULATIONS kat semua kawan kawan yang kita suka kerana usaha gigih mereka dan kejayaan mereka mendapatkan pointer yang terbaik pada semester lepas.

This semester ayuh kita semua-semuanya kerja kuat lagi. *tapi kemalasan aku menyala nyala*

Dengan bertemakan Aku Orang Kampung (Oh my, skema betul), majlis makan malam tadi agak meriah sebab rata-rata student tak mengikut tema. Hewhewhew. (Yela, mana ada masa nak cari baju opah dan kain batik ala-ala perempuan melayu terakhir)

Makanan untuk malam tadi memang mengikut tema. (Kesian la kat korang yang tak suka makanan kampung). Aku memang hepi giler sebab ada PETAI kegemaranku iteww. (Lepas ni memang bau petai la wei!) Jadi, dengan rasminya saya melantak sepuas-puasnya pada malam ini. (Nasib baik pak arab yang duduk kat meja belakang tu tak menepati citarasa hati, so takyah nak kontrol lebih ok. Haha)

Lepas dapat sijil, kitaorang ambik gambar and blah. Esok ada test yang oiii. Kena balik awal.

Saya sangat suka dengan souvenirs yang ada dalam goodie bag tadi. Haha. Memang cute kerana ada.....
agak-agak ada jin tak dalam ni? Haha.
Kalau ada, saya nak jin yang seperti di bawah ini...
Tadaa!
Haha!

Antara makanan yang saya sempat captured adalah
Aku tak paham why dorang serve ini sebagai "biskut" di atas meja tapi tak ada air? Tak ke tercekik badak seperti aku nak makan benda ini??



So, marilah enjoy melihat gambar kami pulak!

From left : Ismah, Yatie, Hanan, Shaz, Do, Alia, Ma

From left : Ruzli, Simon, Ira, Nazurah, Rafzaina, Acong, Syafiq, Anderson

Kami semua semuanya.

Gambar ini "terpaksa" di upload dalam belog ini atas permintaan encik Bachik.

Arau??

My classmates. Ada dua orang lagi tertinggal. Dorang balik awal. Huhu

EC2205T
(Ops! Aku paling rendah dan gemok! Cabut lari!! Bai!)

Gadis perasan cantik! Haha.

Okae, itu aje.
Hope to meet you again. 
♥arabella♥




Saturday, 26 November 2011

Girlfriends Outing

Hello!

Today me and my beloved friend, Syikin had a GREAT GREAT outing together.

We choose Sunway Pyramid as our venue. =)

Tujuan utama adalah untuk release tension kitaorang dengan menonton wayang. This is our favourite activity. Filem pilihan untuk minggu ini adalah, Aku Bukan Tomboy.

Kitaorang memang supporter filem Melayu. Yeah!!
Filem ini memang lawak giler. Korang cuba la try tengok filem ni instead of korang tengok Twilight iteww. Hewhewhew.

Lepas tu kitaorang melantak bagai badak di Hartz Chicken Buffet. Punyala pening nak cari HCB, rupa-rupanya dah berpindah tempat ke sebelah Jusco. Adoi-adoi. Nasib baik tanya kakak jual 1901 sausages itu. Thanks akak! Kalau tak, berbuih la mata mencari HCB kat tempat lama tu. And maybe we end up our lunch with McD?

Lepas makan, kitaorang masuk Jusco and beli dot dot dot. Haha. Item dirahsiakan atas kehendak sesetengah pihak.

Biasa lah kan, Year End Sale dah bermula, so apa lagi, grab as many as you can! Kat Sunway memang sale yang giler kentang punya sale! 

Tadi masuk Padini Concept Store, and try some of those Vincci flats shoes (ini memang favourite!), dan bila dah berkenan and nak pergi bayar, queue pulak bapak giler panjang!

Tapi oleh kerana hati dah terpikat pada kasut itu, rela juga la berbaris selama setengah jam. 50% sapa tak nak?

Dapat la kasut dengan harga 22 ringgit.

Lepas itu kami jalan-jalan dan meng-grab barang yang di idamkan hati memasing. Antara benda yang saya grab untuk hari ini adalah:

Two headbands, 2 @ RM10

This is the very important item!
My own Christmas Tree!!!!! Yeay!!!!

Kaki memang penat. Otak tak penat. Perut lapar and I makan my favourite Sister's Crispy popia.
Not so crispy sebab dah sejuk. Huhu.

So, saya nak chow dulu!

xoxo,
♥arabella♥






Thanks For Giving Me A Big Damn Christmas.

Totally not in the good mood.
Thanks.

Damn! I got common test which fall on 24th December. And the most damn part are, it is my daddy's birthday, Christmas Eve and the day after is Christmas Day. Damn thank you for giving me such a great great Christmas present ever! No Christmas for this year, no Christmas dinner, and no holiday. Should I say it is more than a damn? I've been waiting for a year to celebrate this Christmas Day, and this is the end of my waiting? No Christmas for this year, plus no Gawai and Christmas for next year too. Oh by the way, UiTM memang sentiasa "dihatiku".

So, tomorrow I will be going to buy myself a cute Christmas tree and buying a new Santa's hat. I really miss my Santa's hats but I left three of them at my home. Damn!

p/s : tak ada chance nak skodeng ucak-ucak rumah panjai di kampung.


I copy paste from my Facebook. I don't have the intention to retype the status.

I gonna be CRAZY soon!!!!

♥arabella♥


Friday, 25 November 2011

Damn

Today, tomorrow and the days after are:

DAMN busy

DAMN sick

DAMN bored

DAMN shit

DAMN DAMN DAMN

ok, that's all.
Bai!
♥arabella♥

p/s: will update this blog after these DAMNS go away!

Saturday, 19 November 2011

Malam Ekspresi Santai Budaya II "Tribute To P.Ramlee"

Bila ditinggalkan oleh kawan kawan yang kita suka, hidup memang agak sesak sedikit. Pergi mana-mana sensorang je. Sedih la juga. Tapi kalau di Miri, saya tak kisah kalau shopping sensorang. Tapi bila spend weekend sensorang di UiTM dan hanya ditemani Little Hadi yang nakal itu, memang rasa agak pelik.

Tapi finally, my Saturday tak berakhir dengan kebosanan sebab malam ini ada Malam Ekspresi Santai Budaya II "Tribute To P.Ramlee" anjuran Faculty of Administrative Science and Policy Studies. 

Ni kali kedua saya tengok performance dorang. 
Students dari FSPPP memang berbakat semuanya. 
Tak rugi kalau mai dan tengok dorang menyanyi, menari dan bersajak.
THUMBS UP!

I love when one of the singer sings the song Tunggu Sekejap by P.Ramlee. 
Memang sangat SUPERB!
Her voice memang sangat SUPERB!
Boleh masuk AF.

Antara lagu-lagu yang dorang nyanyi:
Menceceh (I hope the spelling is correct)
Tunggu Sekejap
Gelora Jiwa
Malam Pesta Muda Mudi
Bunyi Gitar
Bila Larut Malam
Tanya Sama Hati
Dalam Air Ku Terbayang Wajah
Aci Aci Buka Pintu
Dimana Kan Ku Cari Ganti
Getaran Jiwa

Seriously I said, bila dorang nyanyi lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti, 
I memang nak menangis.
Lebih-lebih lagi bila ada montaj yang berkaitan dengan kisah hidupnya.


"P. Ramlee, anda adalah sebutir bintang yang tiada galang gantinya"

♥arabella♥

Friday, 18 November 2011

Having Fun At USJ Murni With Girlfriends

Tadi tetiba time kelas MATLAB yang boring iteww my classmates ajak dinner kat USJ Murni Restaurant.

So, bagi seekor badak air  yang tak kurang comelnya ^hewhewhew^, pelawaan itu TAK KAN KU TOLAK WALAU APA JUA HALANGAN SEKALIPUN.

So, me and my kawan kawan yang kita suka iaitu Syikin #sorry, nama budak kecik ini lagi!#, Aini #nama dia ni juga#, Sha, Ayu dan seorang lagi Sha pun mengada-ngada pergi dinner jauh-jauh. From Shah Alam to Subang Jaya. 
#kelass kau Maria!#

Sekarang ni nak cerita pasal food pulak. I odered NASI GORENG AYAM MARYLAND. (I hope betul la nama tu). Dan untuk drink pula I odered Pink Panther.

Pink Panther (as stated above)
I think it was a combination of watermelon + strawberry. Plus ada topping nata de coco + lychee + watermelon slice
Slurpee!

Nasi Goreng Ayam Maryland
Licin beb!

Ini Nasi Goreng Lamb Chop santapan Cik Aini kiteww.

Ini Nasi Goreng Chicken Chop pilihan Syikin

p/s :Me, Sha, Ayu & Sha ordered the same menu

The beverages. Memang superb!

Syikin, Aini & Sha

Me #the cute one#, Ayu, & Sha

Ok, keperasanan diri telah mencapai tahap maksima.
Chow dulu!

p/s: I try cari belog restaurant ini tapi tak jumpa. Apa-apa hal, korang tanya la encik Google ok? Dia bertugas 24/7. Hewhewhew.

Nak tambah info, #sorry la, cik kepoh ni banyak idea lagi nak tulis#, SERVICE kat sini memang MEMUASKAN. Makanan cepat sampai. So, bagi yang kebuloq iteww, boleh la try melantak sepuas-puasnya kat sini.

Layan bola : Owh, teruja bila menonton Malaysia vs Indonesia tadi. Malaysia 1 - Indonesia teloq ayam.
^Owh Khairul Fahmi Che Mat^
 sumber inspirasi untuk malam ini
I type nama Khairul Fahmi Che Mat, tapi keluar gambar dot dot dot.
Phewww...

♥arabella♥




Thursday, 17 November 2011

Ternganga

Pernah tak korang ternganga seluas luas alam? #cehh..hiperbola#

Siapa pernah, angkat kaki anda!

Antara sebab-sebab saya TERNGANGA adalah:

1) Bila melihat MAKANAN FAVOURITE SAYA.
^Butter Prawn^

Ni memang fav saya dari saya mengenali makanan lagi. The first Butter Prawn yang saya makan adalah Butter Prawn (Udang Galah). Menang sedap hingga menjilat sudu.
Kedainya adalah Seng Kee Restaurant.
p/s: Kedai TAK HALAL. Owner dia Chinese.

2) Bila tengok BENDA-BENDA COLOURFULL

Saya ni memang alah dengan benda-benda yang kaler-kaler giteww. Serious saya cakap, I do not have any fav colour because I LOVE EVERY COLOUR.
Tak kisah la kaler hijau taik lembu ke, ape ke, saya minat gak.
Bagi saya, apa-apa saja jenis colour, mereka mempunyai keunikan tersendiri.

3) Bila tengok HEELS & OUTFIT YANG SUPERB!

Perempuan memang tak bolek dipisahkan dari heels & outfit. Begitu juga saya.
Even dah beli kasut @ heels @ flat sandals yang banyak, tapi nak juga beli yang baru. Nak juga beli yang terbaru di pasaran. Dan kedai kasut yang saya akan serang adalah VINCCI. Kasut dari VINCCI bukan sahaja selesa, cantik, dan menarik malah ianya sangat berpatutan.
#Mari menyokong BARANG BUATAN MALAYSIA#
^pesanan penaja^
p/s : setakat ini saya telah mengumpul lebih kurang *** pasang kasut/heels/sandal/selipar jepun.

 I sengaja gedik pilih kaler Purple. Hewhewhew.

4) ADI PUTRA


Yang ini kita tak payah cerita panjang la ek? Hewhewhew.

Ok, saya nak cabut lari dengan kelajuan 3 meter per jam.
xoxo,
<3 arabella <3

UiTM Idol


Baru balik dari menonton secara LIVE program UiTM Idol yang JULUNG-JULUNG kalinya diadakan di UiTM Shah Alam, khususnya di Kolej Mawar.
#perghh, intro..macam rancangan AIM18 pulak#

Semalam tengok Mawar Idol, hari ni UiTM Idol pulak. Ini semua kupon aktiviti punya pasal.
*nasib baik ada NORANIZA IDRIS tadi. Syok la sikit kan*

Untuk pertandingan malam ni ada 9 orang peserta kesemuanya. 3 peserta mewakili Kolej Mawar. ^yeay!^ #angkat genggaman tangan kanan ke atas#

Taknak cakap banyak, sebab dah sengal dan sebal dengan keletah emcee lelaki yang kononnya havoc gila itu. #kenkadang menyamps gak tengok gelagat dia. Tapi kenkadang best pulak#

Juara UiTM Idol pada malam ini adalah Joshua #nama penuh dia aku tak tahu#. Tapi yang penting dia orang SABAH BAH. Dia bawa lagu You Raise Me up. Memang umphh la suara dia.
The winner. Mr Joshua. Cute la juga.

First Runner Up is Miss Mazwin #sorry kalau spelling salah#
Dia ni favourite I tau!
Ini Mazwin. Orang Sabah juga!
Malam tadi dia nyanyi lagu Mengapa.
#teringat ngan Farah Breep breep#

And the Second Runner Up is Marcell
#sorry, I memang failed kalau bab eja-eja nama orang. Ye la, sekarang ni kan ejaan lain, sebut lain. Macam Ali, sekarang ni maybe dah moden sikit, terus di eja Alee. Miahahaha!#
Dia nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa dari Afgan

Inilah jejaka itu. Dan untuk pengetahuan korang, dia juga ORANG SABAH!!

Konklusinya, ORANG SABAH MEMANG MENANG BESAR MALAM INI.
Boleh bah kalau KAU!!

Malam ni ada artis jemputan. 
Noraniza Idris.
Dia memang ramah dan baik gila!
And plus, dia sangat gorgeous!


#speechless!!#
memang GORGEOUS!

And last sekali, haruslah ada gambar I!
Hahaha!
adakah I bakal jadi UiTM Idol nest sem?? Hahaha!
Omaigod! saya sangat SELEKEH!!
#cabut lari sambil menekup muka!#

Ok Bai!
♥arabella♥






Wednesday, 16 November 2011

Fake Braces

Tadi tengah scroll my facebook home, tetiba ternampak satu post dari group yang I've joined. Dan post itu berkaitan dengan FAKE BRACES.

Apa kebenda FAKE BRACES ni? Before ni pernah dengar pasal braces je. Lebih-lebih lagi bila one of my friend, Wani yang sekarang ni tengah hot pakai braces.
#macam comel je#

Lepas tu kan, hati pun dup dap dup dap nak cari pasal FAKE BRACES ni, so jari jemari yang tak seberapa runcing ni pun gatal sungguh nak type pasal FAKE BRACES ni kat encik Google.

Dan akhirnya, THANKS MR GOOGLE! You solved my problem! HAHA. Akhirnya saya terjumpa satu blog yang diberi nama BraceFace.

Here's the link : Gigi Besi!!

Dalam blog ni, dorang ada jual FAKE BRACES yang macam saya katakan tadi. Apa yang unique pasal FAKE BRACES ni, dia ada macam-macam motive. Ada Hello Kitty, Motive -O, Mickey Mouse dan macam-macam lagi. Plus, mereka ada sediakan bermacam-macam colours. Memang menarik tertarik da bomb.

Tapi! Tapi, tapi tapi, #jari telunjuk bergerak ke kiri dan ke kanan# FAKE BRACES ini hanya untuk korang korang korang yang mempunyai susunan gigi yang normal. Means that, yang gigi tersusun lah katakan. Bukan rongak dan bukan yang tumbuh sana sini. Because, FAKE BRACES ini sekadar accessories sahaja. Macam korang pakai anting-anting and cermin mata tanpa cermin itu. Hewhewhew. So, FAKE BRACES ini tidak akan mengganggu STRUKTUR GIGI ANDA. Bagi yang gigi tumbuh merata itu, sila dapatkan braces yang betul betul punya dari doctor ye. Tapi korang boleh tempah motive braces dari pembekal ini and korang boleh mintak doctor itu pasangkan untuk anda.

Bila dah berminat dengan FAKE BRACES ni, mesti la nak tahu harganya kan? Hewhewhew. BraceFace menawarkan harga yang berpatutan untuk korang yang berminat. Sekarang ni dorang ada buat harga pengenalan untuk sesiapa yang berminat, harganya cuma RM 120 sepasang (gigi atas & bawah) dan kalau yang nak gigi atas or bawah aje, harganya RM90. So, better beli yang sepasang kan?

So, lepas ni saya macam bercadang nak pakai FAKE BRACES ini sebab macam cute+lawa la pulak bila pakai braces. Lebih-lebih lagi yang ada colour-colour itu. Kan kan kan?

Dan yang penting, bila teringat braces, teringat kat Redza Minhat yang cute+hensem tertarik da bomb itu. Hewhewhew.

Lalalala

So, kalau kroang berminat, sila la layari@visit blog BraceFace sekarang juga.
Credit to BraceFace.

p/s: nanti ada la entry mengenai "My Fake Braces". hewhewhew.

Ok, bai!
xoxo,
♥arabella♥

Tuesday, 15 November 2011

Air Dimana Kau Air?

Hi kamu!

Semalam hari Isnin, my class starts at 10.30 am. So, bagi seorang yang sangat CINTA PADA TIDUR, masa untuk bangun adalah 9.30 am.

Bila saya berjalan menuju ke tandas terdekat, saya lihat tandas tu sunyi je. Tak ada orang langsung. Perghh, ni yang BEST ni. Tak payah rebut-rebut nak mandi.

So, I terus la masuk kat dalam bilik shower. Bila I pulas tombol shower tu, OH MY GOD! AIR TAK ADE! Macam mana nak mandi ni?
#hati risau dan melompat-lompat ala-ala Mr. Bean#



Saya turun naik tingkat 4 and 2 (bilik saya di tingkat 3), saya pusing satu blok untuk mencari setitik air, TAPI SAYA TAK BERJUMPA TANDAS YANG ADA AIR.



Jadi, apa yang saya perlu buat?

Nasib baik pengalaman banjir di Arau semasa final semester dulu-dulu telah banyak mengajar saya macam mana nak survive untuk mandi dengan menggunakan kuantiti air yang sedikit.

Saya mandi dengan AIR MASAK. I repeat, AIR MASAK. Perghh, kau ada? Kau pernah?
#nasib baik hari sebelum tu saya terfikir untuk masak air, kalau tak, NASIB LAAAA#

Akhirnya dapat juga attend kelas dengan muka yang separa gembira. Balik dari kelas, terus bergegas-gegas balik kolej dan finally, dah ada air. So, apa lagi, MANDI LA! Haha.

Happy!!

p/s: teringat masa di Matriks Labuan dulu. Bekalan air tak ada sampai sebulan. Mak aii. Memang naya betul la. Kena mandi air tangki. Tu pun kena jimat-jimat. Hampehhhh...

xoxo,
♥arabella♥